Nasi Goreng Udang - Blog Roziah Muhammad Nor

Jumaat, 9 Mei 2025

Nasi Goreng Udang

Asyik nasi goreng je menu dinner Cie sejak 2 menjak ni. Hari ni husband kerja luar jadinya balik lambat. Cie malas nak keluar tapau makanan. Nak order online pun taktau nak beli apa. Masak jela nasi goreng udang. Kebetulan ada udang je dalam freezer tu last lauk minggu ni.

Kalau order makanan kat luar pun mesti order nasi goreng jugak. Dah serik hari tu Cie tak masak penat sangat. Cakap kat husband beli jela nasi goreng. Cie nak nasi goreng kerabu, 2 beradik tu nasi goreng kampung. Sekali makan tak sedap. Nasi macam lembik lepas tu takde rasa. Entahla macam mana boleh buka kedai makan.

Nasi Goreng Udang

Masak sendiri lagi sedap walaupun simple je nasi goreng udang Cie masak ni hanya guna beberapa bahan je pun membuatkan anak-anak makan bertambah. Sedap sangat nasi goreng ibu masak. Ibu pun boleh buka kedai makan kalau macam ni. Hihihi

Resipi Nasi Goreng Udang

Bahan-bahan Nasi Goreng Udang

Nasi putih
Udang
Bawang putih blend
Bawang besar blend
Sos tiram
Bahan perasa 
Minyak masak

Sukatan tu anggar jela ikut banyak mana korang nak masak. Macam Cie tu nasi putih dalam 2 cawan beras, udang tu dalam belas-belas ekor rasanya tadi tak kira. Bawang besar blend 2 sudu besar, bawang putih blend 2 sudu besar, minyak masak dalam 3 sudu besar, 2 sudu besar sos tiram.

Cara Membuat Nasi Goreng Udang

  1. Panaskan minyak kemudian masukkan bawang putih dan bawang besar blend. Tumis sehingga naik bau dan masak.
  2. Masukkan udang dan kacau sehingga udang masak.
  3. Masukkan sos tiram dan kacau sebati.
  4. Masukkan nasi dan bahan perasa. Kacau sehingga sebati.
  5. Siap dah boleh dihidangkan. Tabur daun sup bagi naik seri nasi goreng tu.
Simple je resipi nasi goreng udang Cie ni. Takde sayur dalam tu sebab anak-anak tak makan sayur. Cie malas nak letak sayur nanti anak-anak nak asingkan pulak sayur tu. Cie cuma hiris timun je buat ulam. Lepas tu potong cili letak kicap cair. Ni pun dah cukup sedap.

Nasi Goreng Udang

Stok sambal hitam masih ada. Anak-anak makan nasi goreng udang dengan sambal hitam. Tu yang bertambah makan penuh selera walaupun bahan simple je takde apa sangat dalam nasi tu cuma ada udang je.

Keropok goreng pun mesti ada kalau menu nasi goreng. Penambah sedap kalau ada keropok goreng. Memang Cie selalu buat stok keropok goreng. Goreng je dan letak dalam tupperware. Bila nak makan senang dah ada. Husband Cie pulak semua benda dia makan dengan keropok. 

Lepas Maghrib tadi kami 3 beranak makan sama-sama. Husband balik lambat tadi pukul 9 lebih. Biasanya dia kalau ada kerja luar memang tak dinner kat rumah, dia dah makan siap-siap sebelum balik. Kami dinner awal memang tak tunggu la husband balik baru nak dinner.

Kalau buat IF kena close eating window awal baru dapat banyak jam IF. Cie selalunya IF lebih 14 jam dan buat hari bekerja je. Weekend selalunya breakfast dengan family so tak buat la IF. Kalau IF pun setakat 12-13 jam macam tu. Hari bekerja Cie boleh dapat IF dalam 18-19 jam macam tu. 

Cie buat IF ni dah alang-alang kat office memang tak breakfast. Lagipun buat IF dapat merehatkan sistem perut. Asyik makan je kan sekali sekala kena rehatkan usus kita. Takdela bekerja 24 jam proses makanan. Best tau buat IF nanti korang cuba la.




2 ulasan:

  1. Sedapnya nasi goreng udang, fav ni!
    Lagi puashati masak sndiri. Boleh adjust rasa ikut selera. Beli kat kedai kalau nasib tk baik dptlah rasa yg entah apa2 huhu

    BalasPadam
  2. alamakkk. satu lagi blog tayang food tgh2 malam ni. lapar ni cie.

    BalasPadam