Memang sedap betul kepak ayam Ikea tu taktau la bahan apa yang digunakan. Jenuh juga Cie try and error pelbagai resipi takdela dapat rasa yang sama cuma lebih kurang jela. Asalkan dapat rasa kepak ayam goreng ala Ikea pun dah ok. Teringin nak makan boleh buat sendiri. Takkan kena turun KL kan semata-mata nak makan.
Resipi buat sendiri kepak ayam goreng ala Ikea ni pun dah tersangat sedap dah. Boleh makan puas-puas. Banyak kali jugak dah Cie buat cuma bahan-bahan berbeza je setiap kali buat tu mengikut bahan apa yang ada kat rumah. Senang je nak buat Cie boleh share Resipi Kepak Ayam Goreng Ala Ikea.
Bahan-bahan Kepak Ayam Goreng Ala Ikea
8 ketul kepak ayam
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil lada sulah (tak letak pun takpe)
4 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar air
Bahan perasa secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
Cara Membuat Kepak Ayam Goreng Ala Ikea
- Bersihkan ayam. Toskan hingga air ayam tu turun.
- Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk kecuali minyak masak. Gaul hingga sebati dan tepung tidak berketul.
- Kemudian masukkan ayam dan gaul rata. Perap 2-3 jam. Lagi lama lagi sedap.
- Selepas perap boleh la panaskan minyak dan masukkan ayam ke dalam kuali.
- Setiap 2-3 minit terbalikkan ayam. Ulang terbalikkan ayam tu sehingga masak elok dan warna golden brown.
- Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dihidangkan.
Tersangat la senang nak membuat kepak ayam goreng ala Ikea ni. Cie balik rumah lunch time tadi sempat perap kepak ayam. Malam tadi dah keluarkan ayam dari freezer ke chiller. Balik tengahari tadi terus thaw bawah air mengalir. Jadinya tak la lama nak complete thaw tu.
Lepas solat Zohor dan makan lunch Cie terus buat bahan nak perap. Pukul 1 lebih perap dalam mangkuk dan letak dalam fridge. Balik kerja 5 lebih tadi terus mula goreng kepak ayam. Dapat la lebih kurang 4 jam perap. Kalau kejap je tak sebati sangat bancuhan tu dengan ayam.
Tips nak ayam tu masak sekata dan warnanya cantik kena sentiasa terbalikkan ayam tu. Jangan biar lama lepas tu baru terbalikkan. Nanti tak cantik kejadiannya. Dalam 2-3 minit terbalikkan. Ulang hingga la masak kedua bahagian. Warna akan jadi gelap sebab kicap tu.
Korang kena cuba Resipi Kepak Ayam Goreng Ala Ikea yang Cie share ni. Sedap sangat makan dengan coleslaw dan macaroni cheese bake. Memang sedap sangat. Nanti Cie share resipi macaroni cheese bake pulak.
Malam ni dinner lepas Maghrib. Adik Rania takde kelas tambahan UPKK tu yang makan lewat sikit. Seronok tengok anak-anak makan dengan berselera. Bertambah-tambah makan. Sekali sekala pelbagaikan menu dinner. Hari-hari makan nasi jemu jugak. Tu yang masak kepak ayam goreng ala ikea, macaroni cheese bake dan coleslaw.
Anak-anak dan suami makan je apa Cie masak. Takde komen-komen, takde request macam-macam. Apa yang terhidang mereka makan je. Ada la jugak pernah request tapi jarang-jarang la.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan