Pertama Kali Makan Di Kedai Sarjan

5/27/2025 07:28:00 PTG
Hari Sabtu baru-baru ni Cie tak masak dinner sebab sebelah petang kami ke Taman Eko Rimba Terenggun untuk beriadah. Balik rumah pun dah hampir Maghrib so kami decide untuk dinner kat luar je malam tu. Lagipun malam minggu kan boleh la santai-santai makan kat luar.

Sebenarnya dah taktau nak makan kat mana. Mostly kedai makan kat Lipis ni kami dah pernah cuba semua. Cuma ada 1 lagi kedai baru buka yang kami belum pernah cuba makanan kat situ.

Masa balik dari Taman Eko tu kami saja lalu kat kedai tu tengok dah buka so kami decide untuk makan kat situ jela. Anak-anak ajak keluar selepas Isyak. So lepas je solat Isyak dah hampir pukul 9 baru kami keluar. Dekat je dari rumah dalam 5 minit je.

Sampai je kat kedai tengok parking full. Rezeki kami ada satu parking di tepi kedai tu. Terus husband masuk parking kat situ. Mujur bawak kereta Axia je muat la selit tepi tu. Takde petak parking cuma kawasan lapang je. Masuk je ke kedai ada 1 meja kosong ngam untuk kami berempat. Ada meja kosong kat bahagian terbuka tu cuma risau hujan je.

Lepas kami duduk pelayan kedai terus datang bersama menu. Nama kedai tu Kedai Sarjan. Pertama kali makan di Kedai Sarjan. Kami pun buat pesanan minuman dan makanan. Order air sirap untuk adik Rania, kakak Raisha order teh o ais, husband order limau suam, Cie order tembikai ais. 

Makanan pulak adik Rania dan babahnya order chicken chop, kakak Raisha order nasi goreng seafood. Cie pulak order tomyam campur, telur dadar dan nasi putih.

Elok je lepas kami siap buat pesanan minuman dan makanan hujan pun turun dengan lebat. Nasib baik la tak duduk kat tempat terbuka tu. Lebat betul hujan.

Tak lama lepas tu pesanan air pun sampai. Tukang buat air kata tembikai habis suruh tukar air lain so Cie order apple ais. 

Pertama Kali Makan Di Kedai Sarjan

Pesanan adik Rania dan babahnya sampai dulu chicken chop. Chicken chop tu sedap juga walaupun warnanya macam gelap sikit. Sos blackpepper pun sedap. Cumanya coleslaw tu tak sedap. Mungkin kalau tambah lagi mayonis dan potong halus betul-betul kobis tu lagi sedap. Harga tak sure berapa hari tu tak nampak dalam menu. Portion ayam kecil sikit la.

Pertama Kali Makan Di Kedai Sarjan

Pertama Kali Makan Di Kedai Sarjan

Adik Rania dan babahnya dah siap makan tapi makanan ibu dan kakak Raisha tak sampai-sampai. Sejam jugak rasanya baru makanan kami sampai. Kedai memang full house tu yang lambat dapat makanan kami. Asalkan makanan sedap kita boleh jela accepted kan. Next time kena keluar makan awal sikit lepas Maghrib baru cepat sikit kot.

Kakak Raisha punya nasi goreng seafood ada udang dan sotong serta kailan. Nampak sedap. Cie tak rasa. Kakak Raisha kata sedap. 

Pertama Kali Makan Di Kedai Sarjan

Cie punya pulak tomyam campur, nasi putih dan telur dadar. Nasi putih banyak betul sepinggan. Cie makan separuh je, separuh lagi husband habiskan. Tomyam dia ada isi ayam, udang, sotong, cendawan tiram dan tomato. Tomyam sedap cukup rasa. Kuah banyak betul. Dah hirup pun masih berbaki.

Pertama Kali Makan Di Kedai Sarjan

Kesimpulan pertama kali makan di Kedai Sarjan ni sedap cuma service jela lambat sikit mungkin boleh diperbaiki lagi supaya pelanggan tidak menunggu lama. 

Cie tak sure berapa jumlah kami makan malam tu sebabnya jiran depan rumah kami belanja. Masa Cie baru siap makan tiba-tiba pelayan kedai tadi datang katanya maaf ye nak kira ada orang nak bayarkan. Bila toleh ke meja cashier tengok jiran depan rumah kami. 

Masa kami sampai kat kedai tu husband dah berborak dengan jiran. Dia pun makan kat situ dengan family dia termasuk mak dia. Katanya dia dah 3 kali repeat makan kat situ. Chicken chop sedap. Tu yang husband Cie pun order chicken chop berdasarkan testimoni jiran. Hihi.

Alhamdulillah rezeki kami jiran belanja. Semoga jiran kami dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dan dikurniakan rezeki melimpah ruah.

9 ulasan:

  1. Unik nama kedai. Menu pun nampak menyelerakan

    BalasPadam
  2. Hidangan semua nampak tempting. Alhamdulillah, rezeki orang belanja.

    BalasPadam
  3. Mesti rajin mencuba kedai baru ni sampai habis semua kedai dah dijejakinya. Chicken chop nampak menarik tapi itulah nampak ayamnya agak kecil. Telur dadar nampak menyelerakan tu.

    BalasPadam
  4. Askar pencen bukak kedai nie.. Hihihi..
    Alhamdulillah, moga murah rezeki jiran cie tu...

    BalasPadam
  5. Nama kedai unik. Terbayang sarjan yang garang. hihi...Ayam dia kecil betul ek. Kalau sedap okaylah boleh terima. Lambat sangat tu 1 jam baru dapat makanan. Kena bersabar banyak kalau datang kedai makan yang tengah ramai orang. Alhamdulillah ada orang belanja. Semoga bertambah tambah rezeki jiran yang belanja tu. Aamiin...

    BalasPadam
  6. Lambat juga tu, tunggu makanan. Nasib baik sedap.

    BalasPadam
  7. mcm extra burn je chicken chop tu nasibaik sedap ye

    BalasPadam
  8. waahhh murah rezeki jiran sudi belanja Cie sekeluarga

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah...rezeki orang belanja kan...semiga yg belanja tu dimurahkan rezeki berganda ganda...nampak sedap semua menu

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Dikuasakan oleh Blogger.