Pengumuman Tarikh Hari Raya Aidiladha
Pukul 8 malam tadi dah standby depan TV nak tengok pengumuman tarikh Hari Raya Aidiladha. Semua tak sabar nak tau bila raya haji kan. Dah kecoh kat Facebook kata raya awal 6 Jun. Taknak percaya selagi tak tengok anak bulan.
Pernah la hari tu raya puasa raya awal sehari kan. Jadi semua pakat teka meneka buat andaian yang raya haji kali ni akan raya awal. Apa-apa jela yang pasti dengar pengumuman baru la sahih.
Cie ni buat jadual kerja staf jadinya memang kena alert la bila tarikh Hari Raya Aidiladha ni sebab ada staf yang cuti dan ada staf yang akan kerja. Kalau tak kerja tak makan pulak pesakit kat wad tu kan.
Dah sahih pengumuman tarikh Hari Raya Aidiladha jatuh pada 10 Zulhijah 1446H bersamaan dengan 7 Jun 2025 iaitu hari Sabtu. Cie memang dah cuti Sabtu so rugi la mereka yang kerja office hour tak dapat gantian.
Tapi ok je hari raya Aidiladha takdela meriah macam hari raya Aidilfitri sebulan raya kan. Sekarang dah takde parents lagi la takde rasa kemeriahan tu. Cuma sekadar menyambut saja secara sederhana.
Walaupun sederhana dah terbeli baju raya. Hahaha. Mulanya macam plan nak pakai je baju apa-apa. Jenguk Shopee tengok baju murah-murah je. Beli jela nanti pakai pergi kerja pulak. Nanti Cie share baju apa Cie beli.
Indonesia raya 6jun katanya...tak beli baju raya pun, tapi husband ada beli baju untuk kenduri sepupu dia bulan 11 nanti.. Awal gila beli baju.. Kikiki
BalasPadamYe, dah sahih 7 Jun kita raya.
BalasPadamAkk takde beli baju raya haji, biasanya pakai abaya/jubah sedia ada
memang ikut kalendar jer kan tu, alhamdulillah, sbb MZ dh plan cuti etc berdasarkan kalendar so tak pyh nak ubah apa2 ;) plan bertolak balik kg tghari khamis ie lps my zharfan abih kelas
BalasPadamLega dah tahu tarikh hari raya. Senang nak plan kan. Raya kalini macam tak tahu nak beli baju raya ke tidak. Ya, biasanya raya haji ni kurang meriah sikit tapi tetap excited nak raya.
BalasPadamIngatkan 6/6 kan.
BalasPadamAkak pun ada beli baju raya untuk Aidiladha..baju2 lama size M semua dah x muat..so akak keluarkan dari wardrobe lepas tu akak bg adik akak..syg nak hantar kat tempat derma pakaian sebab kebanyakan pakai sekali je..skrg nak cari baju2 size L plak...supaya selesa pakai...
BalasPadamKadang saya nak tahu cara mereka melihat bulan. Sebab berbeda2 tgl raya nya. Di sini pula tgl 6 idul adha kak 😅. Dah confirm agaknya
BalasPadam