Baju Raya Aidiladha
Sebenarnya takde perancangan pun nak beli baju raya Aidiladha. Raya Aidiladha sebelum ni pun pakai baju yang sedia ada je dan repeat je baju mana yang ada. Tapi kan tahun ni tiba-tiba beli baju raya Aidiladha.
Lebih kepada beli baju kerja sebenarnya sebab duk scroll Shopee asyik keluar baju kebarung colorblast tu je. Tengok harga ada offer maybe mereka nak clear stock. Cie pun apa lagi dah murah sangat add to cart jela boleh pakai raya Aidiladha yang tak lama lagi ni. Dah alang-alang baju baru kan.
Baju ni colour dusty blue. Bunga baju purple. |
Nanti dah habis raya kita pakai pergi kerja pulak. Takde membazir sebab Cie memang kerja office pakai baju biasa kan. Selalunya gitu lah baju raya dah habis raya pakai pergi kerja pulak. Kadang-kadang jadi baju kenduri jugak.
Untuk anak-anak pulak Cie beli jugak sebab anak-anak takde baju kurung sangat. Rasanya ada 2 pasang je baju raya baru ni dan baju raya tahun lepas je. Nak pergi kenduri pun takde baju.
Tu yang Cie buka website GSD Official tengok ada offer baju kurung kedah yang Cie beli bulan lepas. Harganya lagi murah dari Cie beli hari tu. Cie pun grab lagi sepasang baju kurung kedah nak pakai pergi kerja. Untuk anak-anak Cie ambil size XS ngam elok je dah besar pun anak-anak. Cie pulak size M. Biasanya size S to M jela ikut cutting. L pun pernah je.
2 helai tu untuk anak-anak sedondon, yang krim tu Cie nak pakai pergi kerja |
Nak kena diet balik semula ni dan excercise. Buat IF semata tak turun sangat berat. Kena tambah dengan excercise jugak ni baru la boleh pakai S semula ni. Ada je baju yang cutting besar size S. Bergantung kepada cutting.
Baju kebarung colorblast di Shopee tu sepasang hanya RM53.51 selepas tolak diskaun dan free shipping. Tu pun rasanya mereka nak clear stock sebab dah tak banyak size yang ada. Memang murah sangat dari harga asal RM149. Why not kita grab je kan.
Baju kurung kedah tu pulak kat website GSD Officials sepasang RM39 je. Tolak pulak diskaun RM5 Cie dapat credit sebab bagi feedback kat website mereka selepas pembelian. Bulan lepas beli kurung kedah tu harga RM69. Harga asal RM109. Berbaloi jugak beli waktu sales ni. Postage mereka charge RM8. Size tak banyak dah tu. Cie grab jugak untuk anak-anak.
Kena selalu tengok website butik atau shopee. Beli waktu sales berbaloi sangat. Mula keluar harga mahal. Nak clear stock nanti berganda dapat harga murah. Kena bijak berbelanja. Hihi.
Kurus tu pakai saiz S... Hihihi..
BalasPadamLinda pun rasenya nak pakai jubah yang mak kirim dari Madinah tempoh hari.. Warna purple juga..
Untung beli time sales
BalasPadamCuya jarang beli baju kurung tapi tetap tempah juga bila perlu.
Sebelum ni beli jenama Sabella
Cantik warna dan corak baju baru Cie.
BalasPadamBetul, kita bukan kisah sangat pasal baju keluaran baru. Beli stock clearance lebih berbaloi.
Suka tgk org buat persiapan raya. Cantik 3D. Baju sy pun dah siap sehelai walau pun bukan nak gi mana pun. 😅 Sebenarnya kain tu utk raya puasa tp terlajak sampai nak raya haji baru siap.
BalasPadamCantik bajunya, Cie. Elok sangat, beli time ada offer. Boleh juga pakai waktu kerja. 👍
BalasPadamWahhh..Nice..Baju kerja cum baju raya...=D
BalasPadamwah baju raya aidiladha...biasa aidiladha sarung jubah je utk posing2...lps tu tukar uniform nk kerjakan daging korban hehe
BalasPadamMZ pun byk beli bj2 utk pakai gi keje, beli kat shopee tu...biasanya dpt rege2 yg best ie sesuai dgn kualiti :)
BalasPadamCantik bajunya tu...akk pun kalau ada sale / stock clearance mmg suka grab je apa yg berkenan.
BalasPadammemang berbaloi beli waktu ada sales hehehe
BalasPadamWaktu sales memang murah berbaloi beli kan. Sweet semua design dan warna baju.
BalasPadamAkak pun suka pakai baju kurung kedah...ada beberapa helai kurung kedah dalam koleksi,ni nak cari lagi sebab nak biasakn pakai baju kurung or kurung kedah pi office...
BalasPadamBerbaloi sangat beli baju masa clearance atau out season. Saya pun terbeli sebab ada diskaun. Kalau tidak, tak beli juga untuk raya haji ni. hihi...
BalasPadamCantik bajunya. Bagus macam tu boleh pakai untuk kerja. Taklah membazir beli semata-mata untuk raya je kan.