Durian, Mangga dan Jambu Batu

5/29/2025 08:57:00 PTG
Weekend hari tu pergi beli barang dapur tapi tak beli buah-buah. Takde yang menarik nak dibeli. Petang semalam sebelum husband balik kerja Cie whatsapp mintak husband beli mangga. Terliur pulak hari-hari lalu tepi jalan tu tengok mangga kuning je.

Ada 2 tempat jual mangga. Yang jalan Cie balik kerja tu ada jual tepi jalan RM20 5 kilogram. Cie nak suruh husband beli yang tu la. Rupanya husband beli yang jalan lagi satu tu. Kat situ bukan mangga je tapi ada buah lain juga.

Cie siap mandi petang semalam lepas masak dinner anak-anak cakap ada durian kat dapur dalam bekas. Cie macam pelik datang mana pulak durian. Rupanya husband singgah beli mangga tu dia beli durian sekali kat tempat tu ada durian. Sebekas tu sebiji harga dalam RM30 lebih durian kahwin katanya.

Durian, Mangga dan Jambu Batu

Isi durian kuning, tebal dan ada sikit pahit. Takdela pahit sangat. Memang Cie suka yang pahit. Sedap betul nikmat dunia yang ni. Kami sekeluarga memang suka durian. Lagi-lagi adik Rania hantu durian. Kakak Raisha makan juga tapi sikit je. Adik Rania memang boleh makan banyak-banyak dia sorang je.

Mangga pulak 5 biji tu husband kata RM10. Jenis berbeza. Setakat ni dah makan 3 biji semuanya manis betul. Yang hijau tu Cie potong-potong letak dalam bekas letak gula dan serbuk asam. Kebetulan serbuk asam beli dari Shopee dah sampai tadi. Cie beli Serbuk asam boi Warisan Tok Man sedap betul. Hari tu Cie beli yang lain tak sedap sangat.

Durian, Mangga dan Jambu Batu

Durian, Mangga dan Jambu Batu

Durian, Mangga dan Jambu Batu

Durian, Mangga dan Jambu Batu

Durian, Mangga dan Jambu Batu

Adik Rania nak makan jambu pulak. Tadi suruh husband beli kat BS Freshmart. Jambu kat BS tu lembut, rangup dan sedap. Letak serbuk asam boi pulak bertambah sedap. Sebiji habis dah untuk malam ni. Husband beli 3 biji RM12 berapa sen entah tadi. Sekilo dalam RM6 lebih.

Durian, Mangga dan Jambu Batu

Durian, Mangga dan Jambu Batu

Durian, Mangga dan Jambu Batu

Kat gerai tepi jalan jual 1 slice jambu batu RM1. Untung betul jual jambu. Nipis je pun. Rasanya sebiji dalam RM4 je modal. Boleh dapat lebih 10 slice kalau nipis. Rasanya dapat 12 slice sebiji jambu tu. Jual RM1 1 slice boleh dapat RM12 padahal modal kalau campur asam boi ada la RM5-6 kot modal jambu, serbuk asam, plastik, lidi. Untung jual sebiji jambu dalam RM5-6 juga kot. 

Anak-anak siap cakap jom ibu kita jual jambu depan rumah. Hahha. Dia ingat orang taman ni hari-hari ke nak makan jambu kita. Kalau ada hari sukan atau event apa-apa boleh jual tu memang untung.

Meriah dengan buah durian, mangga dan jambu batu minggu ni. Makan puas-puas. Durian habis dah. Mangga ada lagi 2 biji, jambu batu pun ada lagi 2 biji.

4 ulasan:

  1. Rasanya tahun ni akak blom makan durian lagi..x tau dh musim ke.apa..kat Seremban blom nampak ada yg jual...kalau ada pun durian mahal dari Thai...

    BalasPadam
  2. Kita teringin durian. Kalau jual jambu, Acik nak beli. 😁
    Semalam tak dapat masuk blog Cie. Hari ni baru boleh.

    BalasPadam
  3. Sedap juga durian ada pahit-pahit gitu. Seronok dapat makan durian. Puas hati kalau beli jambu batu dengan asam tu. Kalau beli yang orang jual siap potong tu memang tak puas. Betul, nipis betul di potongnya. Saya suka mangga lemak. Buat mangga asam boi sedap.

    BalasPadam
  4. Color kuning durian tu suka tp kalo pucat xsuka hehe . mangga and jambu fav juga

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Dikuasakan oleh Blogger.