Tukar Provider Domain
Awal bulan 5 baru ni Cie ada beli domain dari provider lain. Sebelum ni Cie dah guna Netkl. Dengan Netkl ni akan expired Julai nanti. Saja konon nak tukar angin. Ingatkan ok rupanya bermasalah sikit. Provider baru ni namanya Jimat Hosting. Murah sikit la dari Netkl. Beza RM5 je. Cuma macam tak pandai sangat nak transfer domain.
Cie bayar 4 Mei tapi tak siap-siap transfer. Tak habis-habis syaratnya akan siap selepas 7 hari. Selepas 7 hari Cie follow up masih tak transfer lagi.
Minggu akhir Mei ye baru dia mula transfer dan bermasalah rupanya tapi dia senyap. Mujur kebetulan Cie tanya baru la dia cakap nak contact senior support. Katanya tak pernah jadi macam tu. Macam special case la domain transfer Cie ni sampai kena mintak pertolongan senior support mereka.
Cie desak setiap minggu suruh dia buat cepat. Sampai tahap Cie nak mintak refund baru la dia kata proses transfer domain dah run tu pun dah minggu akhir Mei. Cie whatsapp mintak refund tu 27 Mei. Cie pun macam ok jela kan dah dia kata proses run dah.
29 Mei 8.57pm Cie ada post 1 entry. Lepas tu bila dah post kita biar jela macam biasa. Tiba-tiba pagi 30 Mei tu Cie tengok kenapa takde orang komen last posting Cie malam tu. Mustahil pulak takde view. Tengok stat 0 view. Cie pun view blog Cie tiba tak keluar posting. Keluar seperti dalam gambar.
Cie pun whatsapp semula admin Jimat Hosting tu. Cie log in account Jimat Hosting rupanya mereka dah transfer domain. Dah active pun domain transfer cuma ada masalah. Bila rectify macam team Jimat Hosting ni tak tau apa punca. Siap minta Cie punya ID dan password dia nak buka blog Cie. Tak berani la nak bagi kan.
Cie pun tanya la chatgpt terus dapat jawapan siap bagi ayat apa nak send ke admin Jimat Hosting tu. Cie pun copy je apa chatgpt dah siapkan skrip tu. Admin Jimat Hosting tu terus buat apa yang dicadangkan chatgpt tu. Cumanya akan ambil masa la nak kembali normal. Katanya kena tunggu 4 hingga 8 jam proses DNS propagate tu. Mereka tukar 30 Mei 4 petang.
Masalah paparan blog Cie jadi begitu sebab pihak Jimat Hosting tu tak tukar DNS blog Cie. Bila tak tukar blogspot tak dapat detect tu yang blog Cie tidak paparkan kandungan sebenar tapi halaman placeholder atau iklan carian rawak. Chatgpt kata ada beberapa sebab jadi begitu.
Macam kes ni domain Cie dah diparkir sementara oleh Jimat Hosting kerana ia belum tau nak tunjuk ke mana sebab tu ia paparkan laman iklan automatik (parked page). Masalah biasa berlaku bila domain baru dipindahkan masuk tapi belum diarahkan semula ke platform blogger. Cie guna hosting blogger je. Domain je beli.
Untuk sambungkan semula domain ke blogger, perlu tambah dua CNAME dan beberapa A record. Chatgpt cadangkan untuk Cie log in ke akaun Jimat Hosting lepas tu tukar sendiri je kat DNS Management atau mintak pihak Jimat Hosting buatkan. Cie pun whatsapp apa chatgpt cadangkan tu dan pihak Jimat Hosting terus tukar.
Kiranya bijak chatgpt lagi la. Memang membantu sangat-sangat chatgpt ni. Tanya apa semua tau jalan penyelesaian. Bila jadi macam ni baru la tau apa itu DNS, CNAME dan lain-lain.
Pengajaran di sini kena cari provider yang betul-betul stabil dan bagus. Jangan mengada nak tukar provider. Cie dah la tak berapa tau sangat bab domain ni. Cie dah baca review jugak sebelum guna servis Jimat Hosting ni. Tapi tu la setiap orang mungkin ada pengalaman berbeza.
Asalnya masa mula-mula Cie beli domain dulu dari Go Daddy tahun 2014. Berblog sejak 2011 pakai blogspot je. 2014 tu la baru mula beli domain. Lepas Go Daddy makin mahal Cie beralih arah ke Netkl sejak 2016 hingga la Julai 2025. Lama Cie dengan Netkl. Belum expired lagi Cie dah tukar kepada Jimat Hosting bulan Mei ni. Tapi expired tetap sama Julai 2026.
Netkl dan Jimat Hosting ni provider domain Malaysia jadi senang la apa-apa masalah boleh terus cari mereka cakap melayu je. Admin kedua-dua provider ni bagus sangat membantu bila kita ada apa-apa pertanyaan atau masalah.
So kita tengok la sepanjang tahun ni macam mana performance Jimat Hosting ni. Kalau ok kita akan renew. Kalau tak ok tengok la macam mana nanti.
Pagi tadi dalam pukul 6.30am Cie buka blog tengok dah ok. Alhamdulillah selesai dah masalah DNS tu dengan bantuan chatgpt. Lega bila blog kembali bernyawa.
mmg susah hati bila jd apa-apa pd blog.. mujur dah ok hehe
BalasPadamSo far sy buat servis tukar domain, beli domain or tukar provider... netkl paling senang, cepat respon dan kalau ada masalah cepat settle... sy pernah tolong kwn2 yg nak tukar provider ke netkl susah sgat... dan walaupun ada support sistem tetap ada yg ada masalah mcm dns, cname semua.. mujurlah sy mmg dah biasa buat kerja2 mcm nie... sbb tu sy galakkan klien guna netkl walaupun harga mungkin sedikit mahal dah..
BalasPadamSaya masih setia dengan NetKL sebab diorang pantas huhu
BalasPadamAlamak.. Kita tak tahu pape bab nie...
BalasPadamHa tu la..akak pelik nape blog Cie jadi mcm tu...akak ingat Cie tukar template...rupanya tukar Domain..akak masih setia dengan NetKL walau harga dah naik..baru renew untuk setahun lagi...
BalasPadamPatutlah haritu keluar yang macam ni. Susah juga kalau bab teknikal ni problem. Tak pasal effect blog kita tak keluar view blog, traffik pun terkesan juga. Mujurlah dah selesai masalahnya. Kalau tak push, entah bila siapnya.
BalasPadamMZ memang bertahun2 dh guna netkl...tak reti la bab2 technical so mls nak tukar...ari tu MZ byr terus fees utk 5 tahun, sbb diaorg naikkan rate fees tu, so MZ byr 5 years tu lump sum tp rate lama
BalasPadam