Aktiviti Pagi Sabtu

5/31/2025 03:40:00 PTG
Weekend kembali lagi hari ini. Sekejap je masa berlalu. Rasa macam baru je lagi Sabtu dah bertemu Sabtu kembali. Minggu ni cuti 3 hari. Bertambah la yeayyyy dapat beristirehat dengan tenang kat rumah. 

Macam biasa tak dapat ke mana hari Sabtu dan Ahad adik Rania ada kelas tambahan UPKK. Isnin sampai la minggu raya haji baru la adik Rania takde kelas tambahan. Lepas raya nanti sambung semula. Ustazah KAFA adik Rania ni memang all out betul buat kelas.

Kelas mula awal hari ni 8 pagi. Cie tak masak jadinya husband tapau je makanan kat gerai taman ni je. Beli roti canai untuk sarapan husband dan anak-anak. Cie taknak makan sarapan dah jemu menu sama je. Lagipun Cie dah biasa tak sarapan takdela rasa lapar. Buat IF tu dah biasa tak makan sarapan.

So aktiviti pagi Sabtu tadi Cie dan suami keluar nak beli barang dapur macam biasa tu la setiap minggu beli lauk dan sayur. Beli untuk seminggu je. Minggu ni beli lauk dan sayur di BS Freshmart. Ada juga beli barang kering sikit.

Aktiviti Pagi Sabtu

Husband bahagian beli lauk, Cie bahagian beli sayur dan barang kering. Main beli je lepas tu baru fikir nak masak apa. Husband beli ayam, udang dan Cie minta husband beli ikan cencaru. Pertama kali ni beli ikan cencaru. Cie tak makan sangat ikan tu ingat tak sedap. Pernah sekali rasa ikan tu digoreng garing lepas tu cicah sambal kicap. Sedap rupanya walaupun kulit keras.

Aktiviti Pagi Sabtu

Aktiviti Pagi Sabtu

Sayur pulak Cie beli kobis bulat, siew pak choy, cendawan tiram dan timun jepun. Beli barang kering sikit je buat tambah-tambah yang dah habis. Cie beli rempah beriani dan mi segera pan mee. Pertama kali juga beli Vit’s mi segera pan mee tu. Nanti nak buat goreng. Esok atau Isnin tu buat menu sarapan.

Aktiviti Pagi Sabtu

Rempah beriani tu macam nak masak nasi beriani dan ayam beriani sedap juga nanti. Kalau tak masak minggu ni boleh masak minggu depan masa raya. Tengok tahap kerajinan aras mana. Hihi.

Dah settle membeli di BS Freshmart Cie ajak husband ke Pasar Bunga Cengkih kat Bandar Baru Lipis. Kat situ selalunya Cie beli jualan kampung. Hari ni Cie beli pucuk rebung, sayur pucuk paku, jeruk maman dan budu. 

Aktiviti Pagi Sabtu

Aktiviti Pagi Sabtu

Siap berborak dengan makcik jual tu. Makcik tu dah lama menetap di Lipis dan berasal dari Kelantan. Banyak juga bahan makanan dari Kelantan dijual kat situ. Katanya seminggu sekali beliau ke Kelantan ambil stok. Anak-anak semua lahir di Lipis. Anak-anak cucu pun semua menetap di Lipis.

Anak-anak makcik tu pun berniaga kat pasar malam, pasar petang. Memang semua suka berniaga katanya. Kat pasar malam mereka jual air, kerabu maggi, corndog dan banyak lagi la makanan lain. Anak-anak makcik tu Cie perasan sebab muka mereka sama je semua. Sempat lagi kan berborak. Yela saja sambil membeli tu berborak jela. 
Makcik pun peramah tanya Cie kerja mana. Bila Cie jawab kerja hospital makcik pun kata, makcik setiap minggu pergi hospital ambil ubat. Kebetulan ada orang lain datang membeli Cie pun beredar la kang panjang pulak berborak kan.

Dari pasar Cie ajak husband ke 7E Cafe pulak. Biasa la ketagih kalau tak jejak 7E ni tak sah la. Lagipun tadi tak sarapan jadinya kena la beli apa yang patut. Siap bawak tote bag supaya senang nak beli makanan. Tak muat tangan nak pegang je.

Aktiviti Pagi Sabtu

Cie beli ice caramel latte, hot cappucino untuk husband, chicken slice and cheese sandwich, pau coklat coffee, curry puff, air mangga anak-anak. Dah settle membeli baru la balik rumah.

Aktiviti Pagi Sabtu

Ni jela aktiviti pagi Sabtu minggu ni. Takde ke mana-mana la. Adik Rania pun habis kelas 12.30 tengahari hari ni. Kelas petang dah takde. Esok pulak ada kelas lagi.


5 ulasan:

  1. waahh seronok semua anak makcik tu pun minat berniaga ye? dapnyaaaa singgah 7e cafe mmg mcm berhantu juga tu Cie hehe

    BalasPadam
  2. Aktiviti macam ni akak suka...rasa healing sangat...nak2 kalau dapat pi pasar besar...x beli bnayak pun xpe asalkan dapat tengok ikan2, sayur dan daging...

    BalasPadam
  3. Aktiviti membeli barang pun best juga kalau tak berjalan kemana-mana. Banyak juga hasil belian tu. Kopi 7E pun sedap. Murah juga harganya. Bolehlah buat lepas teringin minum kopi.

    BalasPadam
  4. ps semlm, MZ dok umah jer ie lps kuar antar my razeen gi kelas tambahan kat sek dia

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Dikuasakan oleh Blogger.