Pertama Kali Masak Ikan Cencaru Bakar
Pagi tadi beli lauk pauk dan sayuran. Mulanya husband ambil ayam dan udang je. Dia takde idea nak beli lauk apa. Selalunya anak-anak suka makan ayam dan udang je. Ikan agak kurang suka terutama adik Rania. Kakak Raisha makan je. Adik Rania hanya makan ikan yang jenis besar macam bawal, siakap, patin, tilapia. Ikan kecil dia tak makan.
Cie nampak ikan cencaru. Cakap kat husband beli cencaru la boleh bakar sedap juga. Husband tanya nak beli berapa 2 ekor cukup ke. Cukup je ikan cencaru ni besar juga. Boleh la tambah sambal telur untuk adik Rania makan.
Kalau ikutkan ni la pertama kali masak ikan cencaru. Pertama kali juga beli ikan cencaru ni. Sebelum ni tak pernah makan ikan cencaru. Seingat Cie la cuma tak pasti masa kecil sebab dah tak ingat.
Tengok orang buat ikan cencaru sumbat la, ikan cencaru goreng la. Nampak macam sedap tapi tak terasa nak mencuba. Even kat hospital pun memang Cie order ikan cencaru untuk pesakit. Memang ada dalam kontrak bahan mentah hospital.
Cie ada tanya siapa entah hari tu rasa ikan cencaru ni macam mana. Katanya sedap masak apa-apa je. Kalau buat goreng garing dan cicah sambal kicap pun sedap katanya.
Pertama kali masak ikan cencaru tadi Cie bakar je atas pan dessini tu senang tak melekat. Malas nak masuk oven. Ikan tu lumur dengan serbuk cili, serbuk kunyit dan garam. Sapu rata ke seluruh badan ikan. Bakar atas pan jela letak atas dapur gas je. Tak melekat guna pan tu boleh terbalikkan pan je senang.
Cie buat juga pencicah ikan cencaru bakar tu. Cie letak bawang besar, cili padi dan tomato. Potong halus je semua tu. Masuk dalam mangkuk perah limau kasturi sikit dan letak kicap.
Oleh kerana ikan cencaru bakar ni adik Rania tak makan, Cie masak sambal telur kegemaran anak-anak. Sambal telur ni warna je merah tapi tak pedas pun. Cie guna cili yidu tu memang tak pedas. Baru la adik Rania boleh makan. Dia memang tak makan langsung kalau pedas.
Sayur pulak Cie goreng pucuk paku. Kakak Raisha makan juga pucuk paku ni. Goreng letak bawang putih dan bawang besar hiris je. Tumis sampai naik bau masukkan pucuk paku dan bahan perasa serta garam. Kacau seketika dah siap. Tak boleh lama sangat.
Buah jambu husband beli baru ni ada lagi. Potong nipis lepas tu tabur serbuk asam boi. Sebiji tu sekejap je habis bila makan dengan serbuk asam boi.
Lepas Zohor tadi baru la kami sama-sama makan lunch hari ni menu simple je ikan cencaru bakar, pencicah kicap, sambak telur, pucuk paku goreng, buah jambu serbuk asam.
Akk mmg selalu beli dan masak ikan cencaru ni.. anak² pun suka ikan ni wpun ikan kecik² lain macam ikan kembung tu diorg tak gemar.
BalasPadamAkka memang suka ikan cencarubtp suka yang besar2, yg kecik2 x beli...masak goreng kunyit bawang putih atau buat bakar je...aedap...kalau yg besar tu daging dia juicy..
BalasPadamBetullah tu, ikan cencaru bakar simple pun dah sedap. Cicah pula tu dengan sambal kicap bahan potong gitu. Berselera makan. Ada sayur pucuk paku rangup dan sambal telur lagi lah sedap. Buah jambu makan dengan asam boi memang tak reti nak berhenti makan. Cepat je habis tanpa sedar.
BalasPadamMZ tak reti mkn ikan cencaru..MZ fussy sikit2 bab2 ikan hahha ada la few ikan yg MZ mkn/suka
BalasPadam