Instant Pan Mee Goreng
Tengahari tadi dah masak nasi so malam dah malas nak masak nasi. Nak masak yang ringkas dan mudah je. Kalau malas masak pun tak guna juga sebab nanti macam takde idea nak makan apa. Bosan dah kedai kat Lipis ni Taktau nak makan kat mana dah.
Selalunya weekend Cie memang malas masak sebab nak berehat je. Hari bekerja dah setiap hari masak menu dinner tu yang weekend malas dah masak. Tapi tu la kalau malas masak kang takde idea juga nak makan apa dan kat mana. Kalau kedai sama je nanti jemu juga.
Nak taknak masak jela menu yang simple pun takpe je asalkan kita masak sendiri dan tak perlu pening fikir nak makan apa, nak makan kat kedai mana. Masak sendiri je kat rumah.
Pagi tadi beli barang dapur. Lalu kat bahagian mi segera. Memang sengaja lalu kat situ nak cari apa yang boleh dibeli. Ternampak la Vit’s Instant Pan Mee tu macam menarik je. Dulu selalu beli tak ingat brand apa Cintan rasanya. Buat goreng bekal anak sekolah. Peket hijau. Lepas tu lama tak nampak maybe Cintan dah tak keluarkan pan mee tu.
Kami selalu makan pan mee kat Old Town White Coffee. Anak-anak Cie memang suka dry pan mee kat Old Town White Coffee tu. Selalu order yang tu je kalau makan kat Old Town White Coffee. Nampak macam senang je boleh try buat nanti. Banyak keping juga dalam 1 pek Vit’s Instant Pan Mee ni.
Cie masak 3 keping je tadi cukup je untuk makan 4 orang. Cie rebus dulu Instant Pan Mee tu sampai lembut lepas tu tapiskan air. Sama je macam masak mi goreng tu je bahannya. Nak share resipi tapi tu la Cie tadi guna bahan lebihan menu lunch tadi.
Lunch tadi kan Cie masak sambal telur dan ada juga kuah kicap untuk ikan cencaru bakar. Ada lebihan sambal telur tu dan kuah kicap tu pun ada lebih. Nak buang sayang jadinya Cie guna jela untuk masa Instant Pan Mee Goreng ni. Dalam sambal telur tu dah ada bawang putih dan bawang besar. So Cie tak tambah dah dalam pan mee goreng tu.
Cuma Cie tambah bahan lain iaitu isi ayam Cie potong kecil, fish ball pun potong 3 slice untuk sebiji tu, sayur siew pak choy sikit, kicap. Bahan perasa semua tak letak.
Selalunya kalau dah letak kicap Cie dah tak letak bahan perasa atau garam dah. Sebabnya kicap tu dah cukup rasa dah. Tak perlu nak tambah lagi dah. Cie pulak jenis tak kuat sangat makan masin.
Mulanya panaskan sedikit minyak dalam 2 sudu besar. Cie masukkan ayam kacau sampai ayam masak. Bila ayam dah masak masukkan fish ball kacau sampai kekuningan sikit fish ball tu. Lepas tu masukkan siew pak choy. Kacau kejap.
Cie masukkan lebihan sambal telur dan kicap lepas tu masukkan Instant Pan Mee tu kacau rata. Masukkan sikit air dalam 1/4 cawan. Kacau sampai sebati la sambal tu. Masukkan sikit lagi kicap. Bila dah sebati siap dah Instant Pan Mee Goreng.
Macam biasa kalau ada makanan bergoreng ni Cie tambah la keropok goreng. Kakak Raisha gorengkan keropok. Memang 1 family suka makan keropok dengan makanan bergoreng. Kalau makan kat kedai pun selalu order keropok goreng.
Cie goreng jugak telur mata 3 biji je. Anak-anak Cie spesis tak makan telur kuning. Mereka hanya makan telur putih saja tak kira la telur mata atau telur rebus. Telur dadar je makan semua sebab dah pukul sebati bercampur putih dan kuning tu kan.
Suruh dah rasa tetap jugak taknak makan. Cie jela yang tukang kutip telur kuning. Telur putih bagi anak-anak. Pengorbanan seorang ibu kan. Kolesterol ibu pun naik banyak makan kuning telur. Apa boleh buat kan takkan nak buang bazir pulak.
Cili potong campur kicap pun kena ada kalau makan makanan bergoreng. Nak bagi pedas sikit. Cie tak masak pan mee goreng tu pedas. Nanti adik Rania tak makan kalau pedas. Nampak je merah tu sebab guna cili kering yidu yang tak pedas tu. Sebenarnya tak pedas pun.
Lepas Maghrib tadi kami dinner. Husband balik dari surau terus kami makan. Selalunya sebelum 8 malam kami dah siap dinner. Memang dah terbiasa macam tu sejak dari dulu. Kecuali makan kat luar atau kat kampung baru la lewat sikit.
Bila dah siap makan awal ni boleh berehat awal. Sementara tunggu Isyak boleh santai-santai dan makanan pun dah turun. Nanti dah nak tidur kan. Takdela lemak tu berkumpul je tak sempat nak burn kalau lepas makan tu terus nak tidur.
Seeloknya 3 jam sebelum tidur kita kena makan. Untuk kesihatan la. Lagi bagus kalau makan sebelum jam 6 petang. Kalau nak kurus dan sihat la. Cie makan sebelum 8 malam. Tidur selalunya 10 malam ke atas. Kurang 3 jam. 2 jam pun ok dah makanan dah turun.
Selepas jam 8 malam tu memang Cie tak makan apa-apa dah. Minum air je. Memang tak amalkan mengunyah dah malam-malam selepas makan malam. Takde istilah supper ye. Masa sekolah asrama dulu je malam-malam ada lagi supper makanan kering macam biskut, roti kering dan air bersusu. Cie selalunya skip je tak lalu nak makan malam-malam.
Masa dalam pantang bersalin anak je kadang-kadang malam mengunyah lagi sebab cepat lapar menyusu anak kan. Tapi takpe masa pantang kurus walaupun makan banyak. Kalori burn masa menyusu anak. Zat kita pun anak dah sedut. Makanan pantang pulak tak berminyak dan tak berlemak tu yang berat mudah turun.
Gitulah kena jaga betul-betul. Kalau tak jaga mengembang dengan jayanya la. Cie ni berat cepat je naik kalau makan banyak. Excercise pun jarang-jarang je. Brisk walk pun jarang sekali nak buat. Tu yang teringin nak beli walking pad tu. Siap masak petang-petang boleh berjalan atas walking pad.
Dah survey tinggal nak beli je nanti kat Shopee. Harapnya rajin la berjalan atas walking pad tu kalau dah beli. Hari tu beli mini stepper tu Cie dah jual ada dah orang beli RM50 je. Ni Cie nak jual excercise bike pulak RM50 jugak. Takde masa dah nak mengayuh excercise bike tu Cie beli tahun 2021 dulu.
Syok juga mengayuh excercise bike tu. Sambil main handphone je. Sedar-sedar berpeluh dah. Tengok kat jam banyak dah kalori burn. Memang boleh turun berat kalau excercise ni. Cuma rajin atau malas je.
Inipun dh nampaknsedap Cie..nanti nak cari la vits pan mee ni..nampak sedap
BalasPadamKecik² dulu brand ni la kami beli kalau teringin nak makan mi segera. 1 pek single tu tak sampai 50 sen rasanya.
BalasPadamCie nanti review ye walking pad tu. Macam nak try juga guna
Nak cari la Mee Vits ni.
BalasPadamnampak sedap betul pan mee ni.. nak kena beli juga nti hehe
BalasPadamYe begitulah kehidupan hujung minggu. Cuti masak dan makan yang ringkas-ringkas je kalau malam. Asalkan perut kenyang. Betul tu, dah letak kicap tak letak garam dah. Dah cukup dah rasa tu. Bertambah berselera makan mi dengan telur goreng, cili kicap, timun dan keropok goreng tu.
BalasPadamnmpk sgt sedap laaaa
BalasPadam