Mi Goreng Sarapan Pagi Tadi
Cie masak mi goreng sarapan pagi tadi. Dah takde idea nak makan apa kat kedai maka nya masak jela kat rumah. Lagipun takde ke mana hari ni. Bermalasan jela kat rumah menghabiskan sisa-sisa cuti. Hujung minggu golek-golek kat rumah memang syok.
Geng mi goreng hari ni ada telur mata, keropok goreng, timun dan cili potong. Telur mata macam biasa anak-anak makan putih saja. Yang kuning tak laku. Cie suka telur kuning yang cair. Kalau keras tak syok nak makan.
Rencah mi goreng pun simple je. Bawang putih Cie titik lepas tu cincang je. Bawang besar hiris nipis. Punya la malas nak menumbuk atau blend. Bawang blend pun dah malas nak standby stok. Sekarang ni sama ada hiris atau tumbuk je bawang tu bila nak masak.
Bahan lain untuk rencah mi goreng Cie letak isi ayam, fish ball dan siew pak choy. Mi kuning Cie guna numee Gardenia.
Mulanya panaskan 2 sudu besar minyak masak. Cie tumis bawang sampai kekuningan baru Cie masukkan isi ayam. Bila ayam dah masak terus masuk fish ball. Kacau sampai masak.
Lepas tu baru la masukkan sos tiram, kicap, sos cili, sos tomato. Kacau-kacau sikit. Masukkan mi dan sayur. Kacau rata. Cie tambah air sikit je nak bagi basah-basah sikit.
Dah siap masak tu boleh la hidangkan. Makan dengan telur mata, timun, cili potong dan keropok. Cie breakfast lambat sikit tadi dalam 9.30 am selepas iron baju kerja 3 hari je minggu ni Selasa hingga Khamis je Cie kerja.
Isnin 2 Jun cuti rasmi Hari Keputeraan Agong. Kebetulan birthday husband pun 2 Jun. Boleh la celebrate esok. Jumaat nanti Cie ambil juga cuti sehari sebab Sabtu dah Raya Haji. Biasanya Jumaat tu nanti mesti jem ramai balik Kelantan. Saja jela ambil cuti duduk rumah je. Takde prepare apa-apa pun untuk raya ni. Sambut seadanya jela.
4 Jun genap la pemergian mak Cie yang ke 15 tahun. Pejam celik 15 tahun dah mak tinggalkan kami. Mak meninggal 4 Jun 2010. Rindunya la. Tak pernah pudar pun kerinduan tu. Ayah pulak dah 5 tahun bulan 11 nanti. Ayah meninggal 3 November 2020.
Bila mak ayah dah takde ni sambutan raya tu biasa jela. Takde dah kalut balik kampung beraya. Gitulah la kan. Pusingan roda kehidupan. Sampai masa nanti kita pulak.
Bila duduk sesaja kat rumah ni bermacam-macam la bermain di fikiran. Mengenang memori lama-lama. Banyak masak terluang ni. Hihi
Anak-anak tadi sarapan dengan babahnya. Cie jela tak join tadi. Takde rasa lapar. Tu yang malas nak sarapan sekali tadi. Mereka sarapan dalam pukul 8 pagi tadi.
Husband awal pagi lepas sarapan mi goreng tadi dah keluar. Katanya nak pergi bersihkan kubur mak abah. Dari rumah Cie ke kampung husband 15 minit je. Dekat sangat-sangat.
Terlintas la tadi dalam kepala nak balik kampung jugak kejap. Kampung Cie 30 minit je. Malas pulak nak drive. Kat kampung tu ada kakak nombor 1 duduk rumah pusaka family dan kakak nombor 2 rumah dia sendiri. Kalau balik kampung 2 rumah ni la Cie berkunjung. Cuma tu la bila penyakit malas drive ni menjelma duduk rumah jela.
Tengok la petang kang ajak husband balik kejap. Kalau husband drive ok la boleh balik. Punya la malas nak drive padahal dekat je pun.
Kalau ikutkan adik Rania ada kelas tambahan UPKK lagi hari ni 8 pagi hingga 12.30 tengahari. Tapi tak pergi sebabnya dia duk bersin je sejak bangun tidur pagi tadi sampai la sekarang ni.
Adik Rania ni mungkin ada resdung dan alergik. Pagi-pagi mesti bersin atau selsema. Dulu-dulu kalau makan seafood siap la mesti nok stop bersin je. Sekarang ni rasanya sebab alergik telur.
Semalam makan sambal telur menu tengahari. Malam pulak makan telur mata, pagi tadi pun ada telur mata. Tu yang dia asyik bersin je. Cie cakap tak payah la pergi kelas tambahan KAFA tu nanti asyik bersin je. Kesian pulak nak belajar tak selesa.
Ustazah update dalam group tadi 12 orang je datang kelas dari 29 orang. Ada yang balik kampung dan jalan-jalan kot. Ustazah KAFA adik Rania ni memang all out rajin betul buat kelas.
Cie pulak risau takut anak stress asyik belajar je. Setiap hari ada kelas. Minggu sekolah kelas malam Isnin hingga Rabu. Hari cuti Sabtu dan Ahad kelas sampai petang. Memang penat budak-budak belajar je.
Masa tahun kakak Raisha dulu takdela banyak sangat kelas tambahan. Tapi masa tu dapat top 5 KAFA terbaik Negeri Pahang. 5 pelajar pun dapat 20 orang terbaik Negeri Pahang termasuk la kakak Raisha antara 5 terbaik dari KAFA dia tu.
UPKK 2024 dah jatuh tak dapat top 5 dah. Start 2024 tu la kelas tambahan banyak. Tahun ni pun sama memang banyak kelas tambahan berbanding KAFA lain. Semoga anak-anak UPKK 2025 ni berjaya dengan cemerlang 9A la hendakNya. Penat lelah mereka belajar kelas tambahan.
Balik rumah tak belajar dah. Cie pun tak paksa sebabnya kesian tengok kat KAFA dah hari-hari belajar. Kat rumah bagi dia relaks pulak la. Kang banyak sangat belajar jadi stress pulak.
Hari ni terpaksa ponteng sebab tak sihat. Dia taknak ponteng biasanya memang nak pergi kelas. Kita pulak cakap kalau tak larat takpe je ponteng sekali sekala. Lepas cuti raya nanti ada kelas lagi.
Rasa rugi agaknya kalau tak pergi kelas. Tadi pun dia duk intai-intai kelas KAFA. Sekolah KAFA dekat je dari rumah. Seberang jalan je. Memang nampak la dari rumah. Kalau duk bersin je nanti ganggu orang lain nak belajar.
Cie pun ada beli aromatherapy resdung tu bagi dia hidu je bila asyik bersin je. Tu nampak dah berkurang sikit. Dah repeat makan mi goreng dah tadi. Ada lagi sikit lepas Cie sarapan tadi.
Tengah fikir nak masak apa la lunch ni. Kalau malas masak kang pun taktau nak makan kat mana. Plan nak masak nasi beriani. 50% malas, 50% rajin. Kita tengok la apa jadi ni kang.
Ayam Cie dah thaw tu. Dalam kepala duk terbayang kalau tak jadi masak nasi beriani ni kang boleh masak tempoyak ayam, buat peria goreng taucu atau kerabu peria. Rebung pun ada boleh je goreng pedas-pedas kalau taknak masak peria.
Nasi beriani boleh masak raya nanti. Ada juga kuah kacang instant beli dari staf kat dalam fridge tu. Raya nanti buat tu je pun ok je. Nasi impit dah beli dah hari tu.
Banyak betul planning ni. Apa kejadian ni kang entahla. Selalunya idea menu apa ni Cie yang tentukan. Bila tanya anak-anak taktau juga nak makan apa. Tanya husband lagi la tak membantu. Apa Cie masak 3 beranak tu makan je dengan penuh selera.
Same here. Masak mee goreng juga pagi ni. Blom sempat snap.
BalasPadamBetul Cie, kalau mengelamun sorang2, macam2 dalam kepala mesti teringat arwah yang telah pergi. Bangun pagi mak2 punya plan memang panjang, entah mana je yang jadi, sama lah tu.
BalasPadamPanjang betul ulasan masak mee goreng nie.. Hihihi...
BalasPadamSek KAFA anak linda tak mula lagi, selalu memang bulan 9,10 baru mula kelas tambahan UPKK..
Linda pun kerja 2 hari je nanti.. Khamis-isnin cuti.. Sakan betul raya nya
pg td MZ kuar bf kat kedai la
BalasPadam