Nasi Beriani Ayam Sedap
Akhirnya setelah ditimbang tara Cie stick dengan plan asal masak nasi beriani ayam sedap. Menu raya awal sikit kita hari ni. Hihi. Ramai orang fikir masak nasi berperisa ni susah. Entahla Cie selalu je masak nasi planta, nasi minyak, nasi arab. Macam senang je. Tak raya pun Cie masak.
Raya haji nanti plan masak menu lain la. Dah masak nasi beriani hari ni. Maybe buat nasi impit dan kuah kacang jela kot. Nanti pergi beraya kat rumah kakak Cie jugak.
Hari ni Cie masak nasi beriani, ayam berani, acar timun dan papadom. Resipi sendiri jela ikut bahan apa yang ada je. Oleh kerana buah mangga husband beli minggu lepas ada lagi so habiskan terus la dah terlalu masak. Jambu pun ada lagi sebiji. Potong-potong letak serbuk asam.
Tapi masak cara Cie la. Guna bahan apa yang ada je. Nasi berani ni ada banyak resipi. Nama dan ejaan beriani tu pun ada pelbagai. Cie guna rempah beriani Adabi. Brand lain pun ada. Kebetulan semalam lalu depan rak rempah kat BS tu nampak Adabi punya ambil jela.
Kat peket rempah Adabi tu pun ada bahan-bahan dan step by step untuk masak nasi beriani. Boleh juga ikut resipi kat situ bagi yang baru mula nak memasak nasi beriani. Mudah kan kan pihak Adabi dah sediakan sekali resipi. Boleh je follow.
Asal Usul Nasi Beriani
Ada orang eja beriani, ada juga eja biryani, briyani pun ada. Nasi beriani ni merupakan hidangan nasi yang popular di India, Timur Tengah dan Asia Tenggara termasuklah Malaysia.
Nasi beriani ni terkenal dengan gabungan rempah ratus yang pelbagai dan harum, nasi dimasak menggunakan beras basmati yang panjang dan lembut. Lauk pula ada yang menggunakan kambing, ayam, daging, telur serta sayuran seperti acar. Tak lengkap nasi beriani kalau takde papadom.
Kat Malaysia pula nasi beriani sangat terkenal dalam kalangan komuniti India Muslim dan Johor. Pernah dengar kan nasi beriani gam Johor. Nasi beriani gam Johor di masak menggunakan teknik khas ‘gam’ yang dikukus bersama bahan di dalam 1 periuk yang bertutup rapat.
Jenis-jenis Nasi Beriani Popular Di Malaysia
- Nasi Beriani Gam Johor - dimasak dalam periuk bertutup. Disekalikan nasi dan lauk seperti ayam atau daging berempah. Nasi disusun berlapis dalam periuk.
- Nasi Beriani Ayam atau Kambing - dimasak berasingan nasi dan lauk. Nasi beriani dan lauk pelbagai jenis seperti ayam masak beriani, ayam masak merah dan lain-lain.
- Nasi Beriani Sayur - dimasak bersama sayuran berempah seperti lobak merah dan kentang. Sesuai untuk mereka yang mengamalkan vegetarian.
- Nasi Beriani Pakistan atau Arab - menggunakan rempah lebih ringan, disajikan bersama yogurt dan salad.
Resipi nasi beriani pun berbeza la mengikut jenis nasi beriani tersebut. Cie pun hentam saja la masak nasi beriani ikut resipi yang mudah. Kalau new beginner nak cuba masak nasi beriani boleh la follow resipi Cie ni memang simple je.
Resipi Nasi Beriani Ayam Sedap
Bahan-bahan Nasi Beriani Ayam
8 ketul ayam dipotong kecil
1 biji bawang besar (size sederhana)
3 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
2 sudu besar marjerin (boleh guna minyak sapi atau minyak masak)
8 sudu besar rempah beriani
2 helai daun salam kering
2 cawan beras basmati
3 cawan air
Bahan perasa
Pewarna kuning
1 biji Cili hijau potong 4
2 biji tomato ceri potong 4
Daun ketumbar (kalau takde takpe)
Bawang goreng (kalau takde takpe)
Cara Membuat Nasi Beriani dan Ayam Beriani
- Blend bawang besar dan bawang putih bersama sedikit air.
- Masukkan marjerin dalam kuali. Apabila dah cair masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bahan blend. Kacau sehingga bahan blend sedikit garing.
- Masukkan rempah beriani dan sedikit air. Kacau jangan sampai hangit. Tutupkan api.
- Bersihkan beras basmati dan toskan air. Masukkan ke dalam periuk dan masukkan air mengikut sukatan 2 cawan beras dan 3 cawan air.
- Rempah yang ditumis tadi kita ambil dalam 2 sudu besar. Ambil sekali kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang tu masukkan ke dalam periuk nasi. Masukkan juga daun salam dan bahan perasa. Tekan la rice cooker tu. Biar sehingga masak.
- Lebihan rempah tadi biar je dalam kuali tu. Kita sambung buka semula api dan masukkan ayam dan air. Sukatan air tu ikut la kalau rasa nak kuah banyak boleh letak banyak.
- Bila dah mendidih dan ayam masak, perasakan dengan garam atau bahan perasa. Sebelum tutup api masukkan cili hijau dan tomato. Terus tutup api. Boleh la dihidangkan.
- Nasi pun dah masak, buka penutup periuk dan titiskan pewarna kuning. Kacau guna garfu untuk ratakan nasi dengan warna.
- Masukkan dalam mangkuk dan taburkan daun ketumbar serta bawang goreng.
Cie tak masak sekali nasi beriani dan ayam tu sebab Cie nak ayam tu berkuah. Cuma bahan tumis yang sama je. Senang je kan sekali arung je kita buat. Lepas tu boleh buat acar timun dan goreng papadom.
Bahan-bahan dan Cara Membuat Acar Timun
1/2 biji timun jepun
1/2 biji bawang besar
1/2 biji cili merah
1 sudu kecil gula
Secubit garam
2 sudu besar cuka
- Timun tu Cie potong memanjang. Buang biji timun tu. Tapi tak kesah je nak potong macam mana pun.
- Bawang besar dan cili merah hiris nipis.
- Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata. Siap.
Acar timun Cie takde nenas dan sengkuang memang tak suka letak. Cie tak makan nenas. Sengkuang pun tak minat sangat. Acar timun Cie guna bahan yang simple je.
Kalau pergi kenduri ada acar timun dengan nenas dan sengkuang Cie akan kutip timun je. Nenas dan sengkuang tu tak ambil. Tu kalau cedok sendiri la. Kalau ada pelayan yang ceduk terpaksa la ambil juga.
Mudah je sebenarnya masak nasi berperisa ni. Kita buat je mengikut citarasa kita. Takde betul takde salah dalam memasak ni. Jangan dengar kata-kata makcik bawang itu salah ini salah. Masing-masing ada cara tersendiri so abaikan kata-kata orang.
Pukul 2 tadi kami lunch sama-sama. Tunggu husband balik dari kubur dan kebun. Lepas husband mandi dan solat baru la kami makan. Mulanya tadi husband kata 12.30 nak gerak. Pukul 1 Cie tengok tak sampai lagi. Mula la risau takkan tak sampai lagi. 1.06 pm husband whatsapp bagitau sepupu dia nak tengok kebun kejap. Baru la lega.
Dah siap makan boleh sambung tengok Nona. Hari Ahad ni jela aktiviti kalau takde ke mana. Tengok Nona kat TV3. Dari dulu memang suka tengok Nona. Rancangan yang tak jemu ditonton. Penuh dengan pengisian macam-macam.
biryani is always my fav!
BalasPadamRajinnya cie buat nasi biryani, ambil masa juga tu nak buat. Kalau saya beli jelah 🤣
BalasPadamNampak sedapp!
Wah, sedapnya menu weekend ni.. sy pn mcm cie jugak, kalau rasa nk masak sy masak je, bknn sbb nk mkn selalunya sbb craving nak masak.. hahaha.. sy suka masak nasi serai sbb lauknya pelbagai nk gu dgn kari ke masak merah ke kurma ke semua on.. hihi
BalasPadamSedapnya Cie masak. Nasi beriyani ni, renyah jugak kan, banyak aturcara nya, tapi confirm sedap.
BalasPadam