Sarapan Pagi Dengan Cekodok Pisang
Taktau dah nak masak apa sarapan pagi ni. Sabtu baru ni beli sesikat pisang berangan. Cie beli 6 biji pisang berangan. Sesikat pisang tu ada 6 biji. Dalam RM4 lebih sesikat tu. Pagi ni dah cukup masak boleh la buat cekodok pisang. Sarapan pagi dengan cekodok pisang panas-panas dan makan bersama family memang syok.
Hari ni 2 Jun 2025 cuti Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong. Hari Isnin minggu pertama Jun merupakan Hari Keputeraan rasmi Yang Dipertuan Agong. Kebetulan juga hari ni birthday husband Cie 2 Jun. Nanti kita celebrate. Beli hadiah kat Shopee tak sempat sampai.
Pukul 7 lebih tadi Cie masuk dapur. Rajinkan diri kalau layankan malas sedap baring-baring je hari cuti. Semalam seharian tak keluar rumah. Takde ke mana-mana memang mereput jela kat rumah.
Teringat pulak dulu masa masak bekal anak sekolah selalu la buat cekodok pisang buat bekal anak-anak. Sejak dah tak masak bekal ni lama dah tak buat cekodok pisang.
Cie buat cekodok pisang yang rangup kat luar dan lembut kat dalam. Ada juga orang buat cekodok pisang letak kelapa parut. Cie tak suka sangat cekodok pisang ada kelapa tu.
Resipi Cekodok Pisang
Bahan-bahan Cekodok Pisang
5 biji pisang berangan (masak sepenuhnya)
4-5 sudu besar tepung gandum
1-2 sudu besar gula perang (boleh guna gula biasa)
Secubit garam
1 sudu kecil marjerin
Minyak masak untuk menggoreng
Cara Membuat Cekodok Pisang
- Lenyek pisang hingga hancur dalam mangkuk.
- Masukkan gula, garam dan marjerin. Kacau rata.
- Masukkan tepung dan gaul sebati.
- Panaskan minyak. Sudukan adunan cekodok ke dalam kuali.
- Goreng sehingga masak dan terbalikkan. Bila dah masak warna coklat tu boleh angkat dan toskan minyak.
Senang je resipi cekodok pisang Cie. Ada orang letak serbuk penaik. Ada juga letak yis. Cie tak letak pun. Sedap juga rangup je sebab letak marjerin tu. Ada masa Cie tak letak pun marjerin. Ni tadi Cie letak sikit. Saja pelbagaikan resipi try and error mana yang sedap dan menjadi.
Sejenis cukup la menu sarapan pagi ni dengan cekodok pisang. Isi perut dulu sebelum plan nak ke mana hari ni. Plan asal Cie dan anak-anak nak belanja babahnya makan kat Mykori je.
Lunch semalam husband ajak pergi makan Sushi King. Kalau dia ajak tu selamat la duit Cie. Hahahah. Taktau juga nak ke mana dah destinasi yang dekat-dekat.
Nak ke Cameron Highlands sure jem cuti panjang minggu ni. Lagipun dah taktau nak jalan mana kat sana dah banyak kali dah ke sana. Dekat je dari Lipis dalam 2 jam je. Memang kerap juga kami ke sana. Tu yang kadang-kadang naik ke sana semata-mata pergi makan je lepas tu turun semula.
Bukit Tinggi Bentong pun dah banyak kali pergi. Takde tempat sangat kat atas tu. Nanti bosan pulak tempat sama je dah pernah pergi.
Genting Highlands pulak Cie lagi la bosan. Dulu hampir setahun Cie duduk Genting masa kerja sebagai Assistant Restaurant Manager KFC Genting dan reshuffle ke KFC First World. Tahun 2006-2007 kot Cie duduk sana. Lepas dah resign pun dah banyak kali ke sana.
Last ke Genting naik cable car kat Genting Premium Outlet bawak anak-anak. Jalan-jalan kat puncak Genting lepas tu turun semula. Dah puas sangat naik turun Genting tu.
Janda Baik pun dah pernah pergi banyak kali juga dah. Tu jela pusat peranginan sekitar Negeri Pahang ni. Takde tempat menarik juga nak bawak anak-anak berjalan sempena hari cuti ni.
Hari ni je cuti. Kalau nak berjalan pun tempat dekat-dekat jela. Taktau la ni kang ke mana nak pergi. Makan-makan jela kot celebrate birthday husband.
Memang sedap sangatlah makan cekodok panas² ni...
BalasPadamNampak rupa cekodok dia tu, tahu.. sedap tu.
BalasPadamSedapnya fav tu cekodok pisang,, sama laa cuti ni pun tak tau ke mana. Kalau keluar pun bawa anak pegi tempat yang dia suka jela
BalasPadamkebetulan saya masak cekodok pisang jugak utk minum ptg semlm ;)
BalasPadamTak pernah lagi letak marjerin. Boleh cuba nanti. Sedap tu rangup di luar, lembut di dalam. Makan panas-panas lagi sedap kan. Kalau dah biasa ke tempat-tempat tu memang bosan dah lah kan. Lagi-lagi se negeri je.
BalasPadamSedapnya sarapan cekodok pisang pastu kawan kan dengan kopi.. Pergh!! Kenyang..
BalasPadamsedapnya cekodok pisang
BalasPadamcekodok mkn panas-panas mmg sedap sangat Cie! hehehe
BalasPadam