Sarapan Cucur Udang Sayuran
Bila hari cuti je jem kepala fikir nak masak menu apa untuk sarapan. Nak beli sarapan pun dah jemu taktau nak beli sarapan apa. Nasi lemak, nasi kerabu, roti canai, kuih muih, capati tu jela menu sarapan yang dah biasa setiap minggu.
Cucur udang sayuran |
Cucur udang |
Cie buat 2 versi cucur udang ni. 1 jenis yang ada udang saja untuk anak-anak. Anak-anak tak makan sayur. Daripada anak-anak kena pilih dan buang sayur tu better asingkan siap-siap.
1 jenis lagi Cie letak taugeh, bawang besar dan carrot. Jadi la cucur udang sayuran untuk Cie dan husband. Rangup di luar dan lembut di dalam. Jom Cie share resipi cucur udang sayuran cara Cie.
Resipi Cucur Udang Sayuran
Bahan-bahan Cucur Udang Sayuran
3 cawan tepung gandum
2 cawan air suam (lebihkan air panas)
Udang putih kecil (buang kepala dan ekor)
Taugeh
Carrot
Bawang besar
Serbuk perasa atau garam
Serbuk kunyit
Minyak masak untuk menggoreng
Sayuran tu agak-agak jela berapa sukatannya. Udang tu pun sama agak-agak jela. Sayur tu pun ikut la nak letak apa. Kalau ada kucai boleh letak. Cie tak beli kucai. Kat TF tu seikat kemain banyak nanti bazir pulak tak guna rosak.
Cara Membuat Cucur Udang Sayuran
- Masukkan je semua bahan dalam mangkuk. Kecuali air dan minyak.
- Masukkan air sedikit demi sedikit. Jangan keras sangat, jangan cair sangat. Kalau ikut sukatan Cie tu ngam je.
- Panaskan minyak, sudukan adunan ke dalam kuali. Goreng sampai kekuningan atau garing. Lepas tu terbalikkan.
- Siap dah boleh hidangkan.
Cie suka makan cucur dengan sos tomato, mayonis dan blackpepper. Hari tu Cie share ada la rakan blogger kata tak pernah makan macam ni kan. Cuba korang try memang sedap. Blackpper tu tak perlu banyak sikit je macam dalam gambar tu.
Anak-anak dan husband pulak suka makan dengan sos thai. Kakak Raisha dah try makan sos tomato dan mayonis katanya sedap la. Tu la ibu dah kata sedap. Cuma ibu letak blackpepper jela tambahan.
Cucur udang sayuran jela menu breakfast pagi ni. Sarapan pukul 8 pagi tadi. Adik Rania dah pergi kelas tambahan UPKK 8.30 pagi hari ni sampai 12 tengahari je.
Aktiviti Cie pagi ni nak iron baju dan tudung kerja seminggu. Macam ni la rutin hujung minggu. Malas pun terpaksa la jugak rajinkan diri nanti berkedut pulak baju kerja kan.
Akak geng makan dengan sos cili Thai 😀
BalasPadamKalau makan fries, barulah akak suka tambah mayo.
Makan sarapan dengan cucur ni memang ummphh.
BalasPadamsedapnya cucurrrr esp ada udg tuuu
BalasPadamSos cili Thai memang sedap. Makan pulak dengan cucur.
BalasPadam