Pagi ni bangun pagi dah bertambah baik gusi Cie. Ada kesan merah lagi pada gusi tu. Kiranya belum pulih sepenuhnya lagi. Cuma dah semakin baik. Alhamdulillah. InsyaAllah esok lusa ok la ni.

Hari ni masuk kerja macam biasa. Kalau masih sakit tadi memang plan nak cuti je hari ni. Nasib baik dah semakin ok boleh la kerja. Banyak kerja menimbun. Lagi-lagi Julai ni start kontrak bahan mentah yang baru memang banyak la dokumen yang nak disiapkan sebelum masuk 1 Julai.

Bila diuji dengan sakit sewaktu tengah sibuk dengan kerja banyak memang rasa nak menangis. Tapi takpela kita buat jela slow slow ikut kemampuan. Kadang-kadang nak sakit tu macam kena tangguh tau. Kalau sakit kerja tertangguh bila kita bercuti. Siapa la kita kan nak mengaturkan semuanya. Allah sebaik-baik perancang. Kita just ikut jela aturan Allah.

Husband takde hari ni. Jadinya Cie la kena ambil dua beradik tu. Dah la sekolah berbeza. Bila husband takde Cie kusut sikit la tekejar-kejar. Sekolah kakak Raisha dekat je office Cie. Sekolah adik Rania je jauh sikit dalam 5 minit je.

Kakak Raisha jalan kaki je ke tepi hospital dan Cie pick up tepi jalan je. Nak masuk ke kawasan tepi sekolah dia memang banyak kereta dan akan stuck bila bertemu kereta kiri kanan. 

Sampai sekolah adik Rania dia dah lama tunggu. Tapi takdela risau masih ramai budak-budak sekolah depan sekolah tu. Cuma Cie jela rasa kesian kalau anak-anak kena menunggu lama.

Dah ambil 2 beradik tu kena tanya pulak nak makan apa. Selalu jawapan taktau la. Bila ibu tanya nak 7E tak. Laju je jawab nak. Jadinya beli makanan di 7E Cafe jela senang. Kena pusing balik la kalau nak ke 7E Cafe ni dekat dengan sekolah kakak Raisha dan hospital ibu. 

Hari Jumaat biasanya sana sini jem. Banyak kereta semuanya keluar pukul 12. Budak sekolah rendah, sekolah menengah pun keluar pukul 12. Orang kerja pejabat pun pukul 12 tu yang jem. 

Cie tadi pergi 7E Cafe sebaris dengan KFC tu. Sampai situ penuh budak-budak sekolah kakak. Sekolah tu je dekat dengan 7E Cafe memang budak sekolah jela ramai.

Cie beli latte je. Takde pulak ice caramel latte. Dari minggu lepas takde. Takde caramel agaknya. Cie pun ambil jela yang gula aren tu sedap jugak. Nak bawak ke office masuk kerja petang kang. Cie beli jugak sandwich kegemaran kami chicken slices cheese ada 1 je.

Beli Makanan Di 7E Cafe

Anak-anak taknak sandwich, nak pizza bun dan onigiri je. Adik Rania dan ibu share je makan aiskrim. Tu jela makanan lunch hari ni. Anak-anak Cie ni kekadang lunch hari sekolah mereka taknak makan nasi. Sebab nanti malam makan nasi lagi. Mereka lebih suka yang ringan macam tu je.

Sampai rumah dah 12 lebih. Ada beberapa tempat jem tadi dari 7E Cafe ke rumah. Area rumah Cie ni ada 1 7E tapi belum di upgrade cafe lagi. Kalau cafe memang makin kerap la kami anak beranak membeli makanan kat 7E Cafe tu.