Lunch Di Sushi King Raub

6/02/2025 07:11:00 PTG
Jauh sikit hari ni lunch di Sushi King Raub. Ikut jela birthday boy ajak makan sushi. Kat Lipis takde Sushi King. Yang terdekat di Raub. Lipis ke Raub dalam 45 minit. Semata-mata nak lunch je sampai ke Raub perginya.

Asalnya Cie dan anak-anak plan nak belanja bapaknya makan di Mykori. Lama tak makan bingsu. Sekali semalam masa tengah lunch nasi beriani husband kata jom makan sushi hari ni. Ikut jela kan. Lagipun hari tu adik Rania nak makan sushi kat G-Orange Mall Gua Musang tu tapi lama pulak nak tunggu. 

Pukul 12 lebih tadi kami gerak dari Lipis ke Raub. Kereta kedua hala banyak betul. Hala ke Lipis pun banyak, hala ke Raub pun banyak. Yela kan cuti sekolah semua ambil peluang balik kampung dan bercuti bersama keluarga.

Cuaca agak panas terik jugak la hari ni. Menyebabkan mata pun kuyu-kuyu je mengantuk. Sampai ke Raub pukul 1 lebih kami terus ke Sushi King Raub. Sushi King Raub ni terletak di bangunan bersebelahan dengan Balai Polis Raub.

Masa kami sampai tadi tak penuh pun pelanggan. Ada 3-4 meja saja ada pelanggan. So kami pun terus duduk dan buat pesanan. Anak-anak pun mula ambil sushi atas conveyer belt tu. Senang kat Sushi King ni sebab mereka dah sediakan tab atas meja untuk buat pesanan. Jadi mudah la takdela kita kena guna handphone kita untuk scan QR nak buat pesanan.


Husband dulu tak makan sushi. Dia dah kenal Cie ajar makan. Anak-anak pun suka makan sushi. Selalunya beli sushi biasa je kat Lipis ni ada juga orang jual sushi. Cie pun pernah je buat sushi dulu. Ada share resipi kat facebook.

Lunch Di Sushi King Raub

Lunch Di Sushi King Raub

Lunch Di Sushi King Raub

Lunch Di Sushi King Raub

Cie tak order banyak pun air orange juice, manggo peach, blackcurrent lemon, blackcurrent vitagen. Ori karaage, piri chicken don, cheese maki dan ebi fry. Yang lain ambil je atas conveyer belt tu. 

Lunch Di Sushi King Raub

Lunch Di Sushi King Raub

Lunch Di Sushi King Raub

Lunch Di Sushi King Raub

Semua tak reti pakai chopstick. Balun jela pakai tangan. Cie boleh la sikit-sikit cuma macam kekok je. Pakai tangan jela senang. Ngap masuk mulut settle. Semua dah kekenyangan makan. Klik je semula kat tab tu untuk minta bil. Nanti pelayan akan datang untuk kirakan berapa pinggan kita makan. Bayaran ikut warna pinggan. Nanti bayar kat kaunter.

Lunch Di Sushi King Raub

Total semua kami makan RM121.80 termasuk service charge dan tax. Birthday husband tapi dia yang bayar makan. Plan Cie nak belanja. Hihi. Lain kali la. Selesai makan kami bergerak untuk solat kat masjid sebelum balik semula ke Lipis. Datang ke Raub semata-mata nak makan je. 

Lunch Di Sushi King Raub

Lunch Di Sushi King Raub

Teringat memori dulu Cie pernah kerja HR Assistant kat HQ Sushi King kat Subang. Cie buat payroll semua outlet area KL. Masa tu staf Sushi King kerja pakai punch card. Ada la beberapa outlet yang Cie akan kirakan payroll mereka iaitu gaji. 

Kalau tak sempat siap kena bawak balik rumah tapi tak boleh claim OT. Kat office pun tak boleh claim OT. Nak taknak bawak la balik rumah untuk cepat kira. Kalau tak nanti gaji staf lambat dapat. 

Kalau ada Bon Odori Festival kami yang kat HQ pun kena turun sama untuk join festival tu. Sepanjang Cie kerja dengan Sushi King pernah la sekali Cie join Bon Odori Festival tu kat Shah Alam seingat Cie lama dah.

Cie kerja HR Assistant Sushi King tu pun rasanya tahun 2007-2008 gitu la. Selepas Cie resign kerja ARM KFC, Cie kerja General Clerk kat PJD Construction Ara Damansara. 

Resign dari jadi General Clerk tu Cie sempat training 3-4 hari je Assisstant Manager Coffee Bean. Tak tahan bau kopi Cie resign. Lepas tu baru la kerja HR Assistant Sushi King sebelum dapat kerja sekarang ni bulan Disember 2008. Rasanya Cie resign Sushi King November 2008 kot sebelum masuk kerja government.

Sepanjang kerja Sushi King pernah la Cie kena pergi outlet tolong staf outlet kalau ada promotion apa entah Cie lupa. Waktu promo tu outlet akan penuh sebab banyak diskaun tu yang staf HQ pun kena turun tolong jugak. Cie pernah relief kat Alamanda Putrajaya dan 1 lagi outlet kat Puchong. Tak ingat mall apa nama.

Ingat sikit-sikit jela memori tu sebab dah lama sangat-sangat dah. Almost berbelas tahun yang dulu dah. Masa zaman Cie bujang lagi. Ada la baju tshirt Sushi King yang Cie masih simpan. Ada yang anak-anak pakai muat dengan mereka.

Tu la pengalaman kerja dulu-dulu sebelum dapat kerja tetap dengan kerajaan ni. Kerja Sushi King HQ ni memang disiplin la juga. Tak boleh dengar lagu kuat-kuat kat meja kerja kita. Kena pakai headphone sendiri. Suasana dalam office pun senyap je masing-masing fokus kerja. Takdela nak bergosip dekat-dekat meja. Punctual pun ye semua masuk dan balik kerja on time. 

Masa kerja Sushi King HQ ni dekat je dari rumah sewa Cie. Masa kerja kat Ara Damansara tu jauh hari-hari kena hadap jem kat Federal Highway tu. Masa tu Cie menyewa kat flat apa entah nama lupa dah. Dekat juga dengan Mydin dan Giant Subang tu. Situ la tempat Cie shopping barang dapur. Mall paling dekat kat Subang Parade. Tempat Cie dah housemate karaoke jamban dulu-dulu. Zaman muda. Hihi.

Mengenang memori lampau. Cie ni banyak pengalaman kerja. Semuanya kejap-kejap je. Rasa bosan cari kerja lain. Dulu senang cari kerja kat Jobstreet. Macam-macam kerja ada kat situ. Rezeki Cie pulak mudah dapat kerja. Alhamdulillah. Dah masuk kerja kerajaan baru la kekal terus takde resign dah. Agaknya kalau Cie kerja swasta entah berapa banyak syarikat dah Cie bekerja agaknya.

Meleret dah ni tadi cerita pasal lunch di Sushi King Raub. Lepas keluar dari masjid tadi husband tanya ada nak ke mana-mana tak. Cie pun takde idea nak ke mana. Husband tanya nak ke Bukit Tinggi tak. Cie jawab taknak.

Lupa bawak Cie punya moisturizer dan sunscreen. Lepas solat muka dah togel. Tu yang taknak ke Bukit Tinggi. Nanti kang nak bergambar muka kusam je. Lagipun tadi tengok kereta banyak hala ke KL takut jem je kat tol Bentong tu. Waktu tu dah pukul 2 lebih. Husband terus balik jela dah taknak ke mana-mana dah.

Sampai rumah pukul 3 lebih. Syok baring-baring lagi dari berjalan. Panas terik memang tak best nak berjalan. Duduk rumah baring-baring menghabiskan sisa-sisa cuti hari ni. Esok dah kerja dah. Kerja 3 hari je lepas tu cuti raya. Tak ambil lama pun cuti raya. Takde ke mana-mana jugak.

12 ulasan:

  1. Oh pernah kerja Sushi King ya. Pengalaman berharga yang tak dapat dibeli, kan Cie.

    BalasPadam
  2. Sebenarnya di aturan makan sushi bagi orang jepang, makan sushi memang pakai tangan kak. Bukan pakai sumpit. Sumpit hanya dipakai jika sushinya berjenis sashimi. ☺️. Jadi memang tak salah makan sushi pakai tangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh yeke. Jadi takdela malu pakai tangan kan. Hihi

      Padam
  3. Untuk hari yang special okaylah jalan jauh sikit. Senang juga sistem macam tu kan. Saya tak pernah lagi makan di sushi king. kalau first time mesti kekok tapi tak kekok makan pakai chopstick sebab dah biasa. hihi...

    BalasPadam
  4. Sesekali makan jauh-jauh ye tak.. Tapi kalau kena hadap jem tu yang tak lalu..
    Banyak betul pengalaman kerja Cie ya..
    Yup!! Baring-baring lagi best.. kikiki..

    BalasPadam
  5. Wahhh..Pengalaman mematangkan kita kan...=D

    BalasPadam
  6. thn ni tk singgah lg sushi king

    BalasPadam
  7. Menarik betul pengalaman kerja cie sebagai HR kat fnb foodchain yg terkenal kt malaysia ni. Time kerja swasta boleh lompat2 kerja nk try environment lain, dah masuk kerajaan susah sikitla nak lompat2 kan. Yg penting kerjanya lebih secure

    BalasPadam
  8. waahhhh bestnye Cie pnh kje Sushi King ye? Ana ni smpai skrg tak pandai nak mkn kat sushi king ni.. duk ajak Bong, dia kata ntilah (rsnya sbb dia pun tak reti jugak) malu kalo tak pandai nak order.. pd hal kutip je ikut color pinggan tu kan harganya? hehehe

    BalasPadam
  9. Sushi kalau ada salmon mentah tu akak x leh makan...kalau yang lain2 tu dah boleh dan dah pandai makan dah..selalu ngan Dania je la geng..suami memang x suka

    BalasPadam
  10. ooo penah keje sushi king rupanya...
    sy ni bukan laa pemakan makanan jepun sekadar takoyaki dengan ayam kaarage tu sy makan laa hehehe...

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Dikuasakan oleh Blogger.