Lunch Di You & Me Cafe
Hari ni adik Rania ada kelas tambahan UPKK sampai 12.30 je. Esok sama juga sampai tengahari je. Baru habis ujian pertengahan tahun minggu lepas tu agaknya ustazah nak berehat dari buat kelas sampai petang. Minggu depan sampai petang semula.
Cie malas nak masak lunch tadi. Pagi tadi dah masak breakfast, lunch nak berehat pulak. Husband OT hari ni kena kerja ada program. Dia dah tinggal duit untuk lunch tadi so Cie ajak anak-anak keluar selepas solat Zohor.
Tanya kakak Raisha nak makan mana, kakak ajak makan kat You & Me Cafe. Ikut jela Cie pun taktau nak makan apa. Sejak You & Me Cafe bertukar lokasi ni belum jejak lagi. So tadi kami pun ke sana.
Parking penuh la pulak. Depan cafe tu ada Perodua baru buka. So banyak la kereta parking kat situ. Parking jauh sikit kena la jalan kaki. Takpela excercise sikit. Dah beberapa hari tak berjalan atas walking pad sejak sakit gusi hari tu tak berapa nak sihat sangat rasa badan lemah je. Tu yang berehat dari excercise sekejap.
Masuk je ke dalam You & Me Cafe lokasi baru ni nampak luas sikit dalamnya. Ramai jugak orang tadi masa kami sampai. Tapi tu la menu nasi tadi tinggal 1 set je. Kat You & Me Cafe ni ada menu western tapi mula 3 petang. Kami sampai tadi 2.15 so belum mula. Order jela apa yang ada.
Jumlah makanan dan minuman kami tadi RM48.70 tapi Cie tersilap QR RM48.30 sebab Cie dengar 30sen. Tunjuk kat adik tu baru la dia cakap 70sen kak. Cie pun bayar cash jela lagi 40sen. Adoi la kurang pendengaran pulak. Hahaha. Lagipun dalam cafe tu bising sangat orang makan sambil gelak-gelak borak. Kita pulak sound trouble sikit.
Air kami order mojito mangga untuk adik Rania, mojito passion untuk Cie, ice lemon tea untuk kakak Raisha. Makanan pulak nasi ayam penyet untuk kakak Raisha, bakso untuk Cie dan mi sup untuk adik Rania.
Makanan kakak Raisha sampai dulu. Besar jugak portion ayam tu. Cie makan tempe dan tauhu cicah sambal penyet. Kakak Raisha dah habis makan nasi, makanan Cie dan adik Rania belum sampai lagi. Lambat pulak.
Portion bakso dan mi sup pun banyak jugak jenuh habiskan. Patutnya order 1 je tadi. Habiskan la jugak. Walaupun seeh dah perut lepas makan kena jalan pulak ke kereta naik bukit sikit. Ok la kan boleh burn kalori.
Sebelum balik rumah ajak anak-anak pergi Kedai Eco beli jajan. Anak-anak memang suka la kalau masuk kedai Eco main masuk je dalam bakul. Dah siap membeli balik rumah.
Yg bakso tu macam sedap. Harga semua affordable jugak nii
BalasPadamNampak selesa tempat baru ni...
BalasPadamMasuk kedai eco merasa la jadi org kaya hihi
Terliur bakso tu
BalasPadamTerliur bakso tu
BalasPadamAir mojito tu menggoda betul. Dah lah rupa cantik, sedap pulak tu kan. Semua makanan porsi besar, berbaloi tu. Dia punya rencah semua pun banyak, tak kedekut kan.
BalasPadamSedapnya Bakso ibu suka Bakso Suhun. Ibu dtg ziarah sini dan follow salam kenal ya. Terima kasih sudi sggh blog kami.
BalasPadamAkak tengok jajan kat kedai Eco banyak pilihan. Eco area rumah selalu je ramai orang.
BalasPadamportion besar tu kalau dpt kat kita senyum lebar la hihiii :D
BalasPadamBakso nampak sedap nya.
BalasPadamLama akak x makan bakso...nak buat sendiri blom berani kang x sedap plak
BalasPadam