Sarapan Di Kedai Dan Beli Barang Dapur
Hari ni kelas tambahan UPKK adik Rania dibatalkan. Jadinya boleh la sarapan di kedai dan beli barang dapur. Lama jugak tak sarapan kat kedai sejak adik Rania selalu ada kelas tambahan UPKK hujung minggu.
Lambat jugak dah kami keluar tadi dah pukul 9 lebih. 2 beradik tu nak sarapan di Kopi Stesen. Sampai je situ tadi kedai full takde meja kosong. Cancel la plan nak makan kat situ. Tukar kedai lain jela.
Cie ajak sarapan kat Restoran Kuah jela senang lepas tu beli barang dapur kat BS Freshmart. Anak-anak follow jela. Babahnya tanya taknak makan nasi kerabu ke laju je Cie jawab taknak. Takde rasa nak makan nasi pagi ni.
Sampai kat Restoran Kuah tadi tak ramai orang. Kami pilih duduk meja kat luar je. Kami duduk terus ada tuan kedai ambil order. Owner kedai ni warga Pakistan berkahwin dengan wanita melayu warga tempatan. Beberapa tahun lepas dia pernah dapat kontrak kantin hospital menggunakan lesen orang lain.
Pekerja semuanya warga Pakistan dan ada seorang pekerja wanita Indonesia. Banyak juga menu disediakan di Restoran Kuah ni.
Cie order capati, husband order mi goreng mamak ayam, adik Rania order maggi goreng dan kakak Raisha roti canai kosong serta ayam goreng. Ayam goreng dia sedap macam ayam KFC.
Capati tak sedap pulak hari ni rasa macam masin sikit. Hari ni dapat sambal pulak. Selalunya kuah dhal dan kari je. Sambal tak pedas, manis je rasanya. Ok la juga makanan kat situ.
Lepas siap sarapan di Restoran Kuah kami terus jalan kaki seberang jalan je nak ke BS Freshmart. Ramai juga orang hari ni. Ada jualan rahmah. Kalau jualan rahman ni ada banyak barang yang ada diskaun. Kira ok la kan boleh dapat berjimat sikit. Kentang sekilo tadi RM1 je. Kebetulan Cie nak beli kentang. Tapi jenuh la memilih banyak yang tak elok. Tu anak Cie cakap patut murah kentang banyak rosak.
Tak banyak pun membeli hari ni sikit je lauk dan sayur. Plan nak masak celup tepung ikan, udang dan sotong. Nak makan celup tepung sedap kena ke Kuantan, jadinya buat sendiri jela boleh buat makan dinner kang. Lunch ni macam tak masak kot sebab tadi pun sarapan dah lewat. Tengok la kang kalau lapar masak la jugak.
Siap membeli di BS Freshmart kami ke Zus Coffee pulak. Lamanya Cie tak beli Zus last hari tu bulan 4. Teringin nak Zus hari ni so beli la juga Spanish Latte dan adik Rania nak creamy manggo. Masuk Zus baru nampak belian RM25 dapat plushie. Cie tadi RM18.70 je selepas tolak voucher. Takpela tak minat pun mak mengumpul nanti mula la buat semak je.
Hari tu pun plushie lama-lama kakak Raisha bawak jual kat open day sekolah dia dan duit masuk tabung PSS. Daripada tersimpan je dalam kotak takde kegunaan dan makan space je nak simpan. Better let go jela.
Balik rumah baring-baring dulu sebelum plan nak buat apa kejap lagi. Nak kerjakan barang dapur tadi jela kot. Husband bahagian haiwan. Dia settle bersihkan semua tu. Cie bab sayuran jela. Takde mood lagi nak ke dapur.
Mengadap blog dulu kejap. Sambil mencari solusi kenapa la susah sangat google nak approved google adsense Cie ni. Sebenarnya dah lulus tahun lepas ke tahun 2023 tak ingat sejak Cie mula aktif berblog semula. Entah macam mana Cie terpadam site tu so kena la apply semula. Jawapan google setiap kali apply masih la sama.
You need to fix some issues before your site is ready for AdSense
Menyampah dah nak apply. Kalau kata low content value, Cie tengok ada je blog yang ada google adsense kontot-kontot je artikel mereka. Tak sampai 30-40 patah perkataan pun rasanya. Ada yang guna shortform pulak tu. Cie ni kemain panjang juga artikel. Select tau google ni. Hahaha
Tapi taktau la kalau mereka dah lama apply adsense tu. Dulu rasa senang je nak approved. Rasanya macam dulu-dulu Cie dah pernah approved juga google adsense ni tapinya terpadam jugak kot site tu.
Cie ni ada blog sejak 2011 dah. Entry pun dah 2500 lebih dah pun. Dulu-dulu ada akaun nuffnag. Sekarang tak wujud dah nuffnag ni. Google adsense pulak banyak sangat syaratnya pun. Nak juga merasa income dari blog walaupun sekadar suka-suka.
Mungkin traffic la kot agaknya. Lama tak aktif tenggelam timbul traffic pun tenggelam timbul. Baru nak naik semula ni. Tapi tu la yang masa approved terbaru hari tu masa mula-mula je Cie aktif balik blog dan try apply google adsense boleh pulak. Masa tu lagi traffic sikit sebab baru mula semula.
Takpela nanti jela tengok macam mana pulak. Kalau ada rezeki nanti ada la tu. Teruskan jela berblog selagi mood masih rajin nak menaip.
nampak sedap mee goreng tu cie
BalasPadamDapatlah jalan berempat minggu ni beli barang barang kan. Kalau dah keluar makan kat luar je senang. Nak balik masak macam tak larat. Nak kemas barang, bersihkan lagi nak susun susun lagi. Banyak kerja. Bagus juga ada suami yang membantu uruskan.
BalasPadamSekarang adsense pun sendu sejak hujung tahun 2023. Kerap bertukar algorithmnya. Trafik pun susut. Adsense pun ikut susut. Sendu.
Nuffnang dulu dapat RM200 tahun 2016 lepas blogging 10 tahun.
BalasPadamterliur maggi goreng tuuu
BalasPadamAkak baru dapat gaji adsense untuk kali kedua..alhamdulillah...adsense akak buat masa ni konsisten, sednag mengumpul untuk cashout kali ke 3...insyaallah 2-3 bulan lagi matang dah tu....nuffnang dulu ntah tinggal baki berapa ntah...pas tulupa password...tapi dah xde kan nuffnang?
BalasPadam