Sarapan Nasi Lemak Pagi Tadi

6/06/2025 11:48:00 PG
Hari ni Cie dah cuti raya. Saja je cuti padahal takde apa-apa plan pun. Cumanya saja nak berehat jela kat rumah. Lagipun malas nak mengadap jem orang balik beraya ke Kelantan. 

Selalunya akan jem kat simpang nak masuk taman Cie tu. Kereta jem berderet tak putus jadinya peluang nak masuk simpang tu susah la jugak. Nak keluar simpang pun susah jadinya cuti jela senang boleh bermalasan kat rumah. 

Kalau kerja pun nanti mula la rasa malas nak masuk kerja petang pulak dari 2.45 pm sampai 4.30 pm je hari ni Jumaat waktu rehat lama. Senang cerita apply jela cuti. Cuti pun banyak je lagi. Anak-anak pun cuti sekolah kan. Boleh la duduk rumah dengan anak-anak. Husband kerja.

Pagi tadi seawal 7 pagi Cie dah naik atas walking pad. Oh ya semalam dah sampai walking pad Cie. Dah test pun walking petang semalam 4km. Pagi tadi sebelum keluar beli sarapan sempat walking 5km. Syok juga berpeluh je. Nanti dah guna 3 hingga 4 hari ke Cie share ye pasal walking pad tu. Baru 2 hari guna ni. 

Pukul 8 lebih macam tu Cie keluar dengan anak-anak nak mencari sarapan. Husband dah keluar bekerja. Sampai kat kedai taman Cie ni tengok kereta banyak maknanya buka la. Ingatkan tutup sebab esok nak raya dah kan. 

Mulanya nak sarapan kat situ je senang. Tapinya takde meja kosong. Meja kedai dia pulak tak banyak sangat. Jadinya terbantut la hasrat kami nak makan kat situ dan terus bertukar plan untuk bungkus jela.

Cie bungkus nasi lemak ayam 3 bungkus. Jumlah semua tadi RM21. Sebungkus RM7. Menu kat situ ada roti canai, lontong, nasi impit kuah kacang, nasi ayam penyet. Tadi Cie malas nak menunggu lama kalau nak order roti canai. Bungkus nasi lemak jela senang.

Sarapan Nasi Lemak Pagi Tadi

Sarapan nasi lemak jela pagi tadi. Ayam kat kedai dia ni lain sikit. Ayam madu rasanya sebab rasa manis madu. Lepas tu ada rasa serbuk cili juga. Ayam digoreng. Sedap la juga bila dimakan dengan nasi lemak. Sambal nasi lemak dia pun sedap.

Kalau malas nak keluar dari taman memang sarapan kat kedai tu jela. Mujur la buka tadi kalau tak malas betul nak keluar dari taman ni. Selalunya dekat raya kedai banyak tutup. Masing-masing sibuk buat persiapan raya.

Mesti ramai dah balik kampung kan hari ni? Cie ni dekat je dari rumah Cie ke kampung. Sejak mak ayah takde ni memang takdela balik kampung awal. Kadang-kadang pagi raya baru balik rumah kakak-kakak beraya. 

Mak abah mertua pun dah takde. Ada kakak ipar je kat kampung suami. Rutin kami beraya dulu kat rumah sendiri then baru la gerak ke kampung kami. Jarak dari rumah Cie ke kampung suami 15 minit je. Lepas tu dari kampung suami ke kampung Cie 15 minit juga. Dekat je 1 daerah je kami ni. Senang kan takde mengadap jem balik kampung jauh-jauh.

3 ulasan:

  1. Nasi lemak tu memang nampak sedap, lembap-lembap gitu kesan santan.

    BalasPadam
  2. Saya harini balik half day. Mmg macam tak buat keje pun datang ofis pagi tadi, ramai yg balik kg.
    Oh senangla kampung cie dekat je dgn rumah. Bila2 masa boleh jenguk 😁 btw selamat hari raya!

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Dikuasakan oleh Blogger.