Aktiviti Hujung Minggu di Jengka: Kenduri Kahwin, Mydin dan Ais Krim Mixue
2 minggu lepas Cie menerima jemputan kenduri kahwin dari Kak Mah isteri kepada Penyelia Hospital Jengka dulu. Sekarang dah bertukar ke Hospital Bera. Kenduri menyambut menantu anak bongsu lelaki mereka. Satu-satunya anak lelaki mereka.
Masa Cie bertugas di Hospital Jengka dulu Encik Salleh selalu ajak makan-makan kat rumah dia. Sejak tu la kami rapat selalu buat aktiviti bersama dengan family Encik Salleh. Mereka ada 3 orang anak. 2 orang perempuan dan seorang lelaki.
Tahun 2009 hingga tahun 2012 la kami rapat. Selalu datang ke rumah Kak Mah dan Encik Salleh. Geng kami dulu Cie, Kak Idah Fisioterapi, Mak Long dan Epul Pembantu Tadbir dan Abang Yie Pembantu Perawatan Kesihatan.
Kak Mah memang rajin masak. Masakan dia semuanya sedap. Bila dia masak banyak-banyak dia jemput la kami makan. Bulan puasa selalu ajak berbuka sama-sama.
Anak-anak Kak Mah dan Encik Salleh pun memang rapat dengan kami. Masa tu mereka kecil lagi. Rasanya pengantin ni pun sekolah rendah lagi. Tadi jumpa dah besar panjang dah pun.
Kenduri Kahwin di Jengka
Majlis kenduri kahwin yang Cie hadiri tadi diadakan di rumah Kak Mah dan Encik Salleh. Katanya buat kecilan ajak saudara mara dan kenalan rapat je. Kak Mah dan Encik Salleh ni tiap kali kenduri kahwin anak-anak dia memang selalu jemput. Masa kenduri anak kedua tak dapat datang sebab masa tu sepupu Cie pun kenduri jugak. Cie kirimkan hadiah jela masa tu.
Tadi pun dah siap jemput untuk kenduri kakak iaitu anak sulung mereka pada Januari tahun depan. Kemain awal dah jemput.
Menu kenduri sangat menyelerakan. Ada nasi minyak, nasi putih, gulai daging, nenas masak kuning, salad kobis, ayam goreng kunyit, ulaman, sambal bacang, sambal tempoyak.
Air pulak ada air sirap, air oren, air sarsi agaknya la tadi sebab banyak sangat. Cie ambil sirap je. Cendol pun ada. Kuih muih pelbagai jenis, ada jajan. Banyak betul menu.
Lepas menikmati hidangan yang sedap-sedap kami minta izin nak balik dulu. Kak Mah dan Encik Salleh busy melayan tetamu. Sempat la juga tadi berborak dengan anak kedua mereka iaitu Angah. Dia bersalaman dengan Cie. Tanya dia kenal lagi tak dia cakap mesti la kenal. Bergambar pun sikit je tadi dengan Angah dan Kak Mah. Mak pengantin tak menang tangan melayan tetamu.
Dengan pengantin iaitu Iman pun sempat la jugak beborak ucap tahniah kat dia. Tak bergambar pun dengan pengantin segan juga tadi nak ajak bergambar. Masa Cie nak balik tadi pengantin perempuan tengah makan. Penat dah agaknya melayan tetamu.
Masa sampai tadi pun dah siap-siap bagi hadiah. Kak Mah suruh bagi kat Iman terus je. Cie bagi bantal je. Takde idea nak bagi apa. Terfikir bagi bantal jela. Bantal Cie beli ni kalau buka plastik tu baru dia akan mengembang so wrap jela dengan pembalut hadiah takdela orang nampak bantal. Hihi
Masa nak balik tadi segala macam Kak Mah, Encik Salleh dan Angah bagi goodies. Sampai penuh tangan kami semua. Mereka ni memang macam tu la setiap kali ke rumah mereka memang tak pulang tangan kosong.
Walaupun bukan saudara mara tapi mereka ni memang baik sungguh. Setakat rakan sekerja je pada asalnya tapi dah macam keluarga dah. Sejak Cie pindah kami jarang dah berhubung tapi tak terputus hubungan. Ada masa bertanya khabar juga.
Singgah di Mydin Jengka
Selepas selesai makan kenduri, Cie singgah di Mydin Jengka dah alang-alang sampai. Saja cuci mata je takde plan nak beli apa-apa. Masuk dalam Mydin tengok-tengok harga je. Terjumpa pin terus beli sepeket walaupun kena beratur lama. Harganya 90sen je. Bila ada anak perempuan macam ni la. Pin ibu asyik hilang je so beli sepeket terus.
Ais Krim Mixue yang Menyegarkan
Tujuan utama ke Mydin tadi nak beli Mixue ni la. Mixue ni memang tengah popular di serata Malaysia. Memandangkan cuaca agak panas petang tadi, kami ambil keputusan untuk mencuba ais krim viral ni.
Cie order Super Boba Sundae RM5, Super Mango Sundae RM5 untuk anak-anak. Rasa ais krim Mixue sangat lembut dan creamy walaupun harganya murah. Tak hairanlah kenapa ia cepat jadi kegemaran ramai. Tadi pun kemain ramai orang Jengka dalam Mixue tu.
Mixue bukan sahaja menjual ais krim, tapi juga minuman berasaskan teh seperti lemon tea dan milk tea yang segar. Cie order Peach Black Tea RM6.00. Ternyata rasanya memang menyegarkan dan sangat sesuai sangat untuk minum dalam perjalanan balik.
Solat di Masjid Ahmad Shah Jengka
Sebelum balik kami sempat singgah di masjid untuk solat terlebih dahulu. Selesa solat kat Masjid Ahmad Shah Jengka. Tandas bersih dapat pengiktirafan tempat ketiga, ruang solat yang luas dan ada aircond. Sentiasa on pulak tu aircond. Selesa la jemaah nak singgah solat. Ada sesetengah masjid tu tak on aircond.
Pengalaman Tinggal Di Jengka
Cie tadi macam nak singgah jumpa staf Sajian Jengka tapi tu la Cie dah takde save pulak nombor staf kat situ. Malas nak main terjah je tadi. Maka nya tak jadi la. Lepas solat terus gerak balik.
Rindu jugak kat Jengka ni Cie dulu duduk kat Jengka dari Disember 2008 hingga la Januari 2012. Banyak memory suka duka kat Jengka. Tempat Cie lalu tadi semua penuh dengan memory.
Perjalanan dari Jengka ke Lipis, Lipis ke Jengka melalui jalan hutan, pokok kelapa sawit. Pernah meredah banjir di Kampung Sepial, Tembeling masa nak balik Lipis dari Jengka selepas balik kerja jam 5 petang.
![]() |
Kat bulatan tu la air naik dan Cie redah banjir |
Selalunya lepas balik kerja 5 petang terus tekan pedal minyak balik Lipis. Sorang-sorang drive kenari merah. Entah mana keberanian waktu tu. Dah la bawak kenari manual. Kalau bukit tinggi ada lori ku rela tunggu kat bawah dulu sampai lori tu naik takut terundur. Jalan dari Jengka sampai Jerantut takde bukit tinggi. Dari Jerantut ke Lipis memang bukit bukau.
Tu la pengalaman beberapa tahun tinggal di Jengka. Pindah Lipis pun sebab berkahwin dah. Kalau tak agaknya duduk Jengka lagi la Cie. Seronok duk Jengka walaupun dulu tak semaju macam sekarang.
8 Comments
sedapnya menu kenduri tu, siap ada sambal tempoyak!
BalasPadamkiranya datang jengka ni menggamit memori waktu bujanglah ye, banyak kenangan tu walaupun cuma duduk 5 tahun je. hebatlah dulu drive sorang2 guna kereta manual naik bukit. nak2 kawasan pulak banyak lori huhu takuut
Tak sampai 5 tahun.
Padammacam-macam jenis air kenduri ada....bestnya boleh pilih, alhamdullilah siraturahim yg berpanjangan. tahniah buat pasangan mempelai moga kekal dunia akhhirat
BalasPadamKenduri sekarang macam tu la banyak menu disediakan.
Padamboleh bawak kereta manual tu memang kira hebat....Taufik sendiri pun dah beberapa tahun tak bawak kereta manual...entah macam mana laaa ye
BalasPadamKereta manual masih ada, kalau terdesak boleh je bawa lagi...hihi..zaman dulu kan,dapat lesen je..kita guna je kete yang ada..mcm Linda bawa kete manual wira incikSuami tu lah..
BalasPadamMakcik Linda duduk Jengka 15...Lama dah tak kesana.
Makan dan minum rasa di restauran plus kafe👍
BalasPadamPin tu diorang guna kat tudung ke?
BalasPadamAkak pun rasa ada belikan Wafi tapi tak sure dia buat apa.
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.