Brisk Walk Petang Tadi

Balik dari gunting rambut petang tadi dah nak masuk Asar. Lama betul keluar dari pukul 2. Cari makan, cari salon lepas tu baru balik. Lepas solat Asar baring-baring kejap. Macam bosan pulak baring je mengadap blog. Anak-anak ajak brisk walk terus la ibu on je.

Tukar baju keluar la kami berjalan pusing-pusing taman. Taman Cie ni luas jugak kalau masuk semua lorong rasanya capai jugak 5km kot tapi disebabkan kami 3 beranak jalan-jalan santai je takdela pusing semua lorong.

Brisk Walk Petang Tadi


Jalan dari rumah ke area fasa baru tu. Tengok pemaju tengah bina lagi banyak unit jugak rumah teres. Makin luas dan makin banyak dah rumah dalam kawasan taman Cie ni. Makin besar la.





Taktau la berapa ratus ribu pulak tu. Yang mereka tengah promote sekarang ni pun harga setengah juta dah rumah semi d 2 tingkat. Cie pernah la masuk hari launching tu besar jugak atas bukit dan nampak view sungai. Tapi seram jugak buka sliding door bilik bawah tu terus bukit. Risau pulak takut tanah runtuh.

Yang tu dah ramai pembeli agaknya rumah pun dah siap tu maybe tunggu kelulusan jela agaknya. Yang tengah buat tu rasanya tahun depan siap la tu. Taktau la tu berapa ratus ribu pulak. Hampir 300k kot rumah 20x70. Dasyat betul harga seram tengok.

Anak-anak ajak singgah playground masa baru tu pulak. Playground tu takde sangat budak-budak main maybe sebab ke belakang kot. Yang lama tu sebelah surau kat situ ada jugak dewan terbuka yang ada court. Memang ramai la budak-budak main kat situ. 

Brisk Walk Petang Tadi

Brisk Walk Petang Tadi



Layankan 2 beradik tu snap gambar la video la guna handphone ibu. Dah agak hampir 2km dah berjalan baru la kami balik ke rumah. Ngam sampai rumah 2km cukup la dah malas nak berjalan dah. Kalau jalan atas walking pad pun 2km jugak Cie berjalan.


Brisk Walk Petang Tadi



Boleh la kan asal ada juga sikit-sikit berjalan tu. Tu pun dah mencukupi. Kadang-kadang penat otak dah balik kerja memang nak baring jela malas dah nak excercise ke apa.

11 Comments

  1. Best tu Cie ada “geng” nak briskwalk.
    I kalau kat Aussie je rajin sikit nak berjogging bagai sbb ada “geng”. Kalau kat Msia, turun naik MRT tu kira briskwalk juga la kan?. Hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau banyak berjalan (steps) setiap hari tu boleh la dikira. Hihi. Cie ni time anak2 rajin nak ikut, kalau sorang atas walking pad je.

      Padam
  2. Balasan
    1. Jarang2 jugak MZ. Ni tiba2 bosan takde buat apa petang2.

      Padam
  3. Semalam plan nk briskwalk tp jerebu... terus kensel... rugi pulak rasanya sbb cuaca ok je cuma jerebu tu lain macam je kabur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau jerebu elakkan aktiviti luar bahaya untuk kesihatan.

      Padam
  4. At this moment waktu ptg mmg kena pick up 4 org anak di setiap sekolah dan tmpt yg berbeza.. mmg takde masa nak buat apa waktu ptg huhuu.. tunggu anak semua masuk asrama baru ada me time ptg2 huhuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hari sekolah/kerja mostly takde masa la. Hari cuti hujung minggu boleh je spend 30mins je pun dah dapat 2km. Cie pun jarang jugak bila ada free time je.

      Padam
  5. bagus briskwalk ni dapat jugak keluar peluh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul dapat keluar peluh dah bakar sedikit kalori.

      Padam
  6. Tolong tarikkan kita ni, liat betul nak start briskwalk, walhal jika pusing taman rumah ni 5km terus. ergh!

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Copyright © ROZIAH_CIE. Designed by OddThemes