Gunting Rambut Di Nadat Beauty Salon

Minggu lepas dah plan nak gunting rambut kat salon tapi malas nak keluar. Semakin rimas dah rambut panjang jadinya hari ni keluar jugak la mencari salon yang buka. 
Rambut Cie jenis tebal dan lebat. Kalau panjang tu memang rimas. Nak cuci rambut dan shampoo pun rasa susah. Cie pulak cuci rambut setiap hari. Tu yang potong jela pendek sikit senang nak urus. Rambut dah melepasi paras bahu so Cie nak potong sikit je atas bahu.

Mulanya tadi Cie ke salon Mikayla kat Bandar Baru Kuala Lipis tapinya tutup pulak. Kat situ boleh kumpul sign untuk beberapa kali datang. Nak penuhkan ruang yang masih kosong. Cie pun mencari la salon lain.

Baru teringat ada lagi 1 salon melayu muslimah kat Bandar Baru jugak bersebelahan dengan terminal bas. Nadat Beauty Salon so terus ke situ tadi alhamdulillah rezeki buka salon kat situ.

Gunting Rambut Di Nadat Beauty Salon

Gunting Rambut Di Nadat Beauty Salon


Masa Cie masuk ada 2 orang customer baru keluar dan ada sorang customer yang tengah gunting rambut. Tukang gunting sorang je so kena la tunggu dulu.

Gunting Rambut Di Nadat Beauty Salon

Cie kenal owner salon ni dari dia kecik lagi. Dulu Cie selalu ke salon mak dia di Padang Tengku. Lama dah mak nya buka salon tu masa Cie sekolah menengah lagi. Sampai sekarang masih buka. Anak ketiganya ni ikut jejak langkah buka salon. 

Agaknya minat tengok mak dia buka salon terus la buka juga salon sendiri. Adik ni gunting rambut cantik dan kemas. Memang pandai dia gunting. 

Cie tadi gunting rambut je RM15. Malas nak cuci sekali tadi so potong jela. Lepas gunting rambut rasa ringan sikit kepala. Nak cuci pun senang.

8 Comments

  1. murahnya potong rambut RM15 ajer yer..kat my area, sbb proper saloon, so rate utk potong rambut around RM35, if sekali dgn cuci terus jd RM55, ni pun rasa mcm dh pnjg la rambut MZ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lipis ni bandar kecik je kalau mahal2 seram orang nak pi salon. Hihi

      Padam
  2. Murah RM15, mcm business famili turun temurun. untung sapa pandai potong rambut dan buka salon, permintaan selalu ada dan tinggi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kawasan bandar kecil memang harga murah je. Dulu2 rm10 je. Betul kalau ada kemahiran memang boleh buat duit.

      Padam
  3. Kalau cuci rambut tiap hari, rambut cepat panjang.

    BalasPadam
  4. Murah tu RM15...Linda dah lama tak p gunting kat kedai..gunting sendiri je dalam bilik mandi ..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kawasan kampung murah jela. Kalau mahal2 takde cust la. Hihi.

      Padam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Copyright © ROZIAH_CIE. Designed by OddThemes