Minum Petang Di Josi Donut

Hari ni tak masak lunch. Tadi balik dari beli barang dapur dah singgah 7E Cafe beli sandwich. Balik rumah panaskan dan jadi la menu lunch. Malas nak masak nasi. Husband ada program kesihatan hari ni lepas solat Jumaat dia dah keluar rumah.

Cie pulak nak ke saloon gunting rambut dah rimas rambut semakin panjang. Dah alang-alang nak ke saloon sekali la nak keluar makan terus. Sampai je kat saloon Cie selalu pergi tu tutup pulak. Jadinya teruskan perjalanan mencari makan.

Pagi tadi masa beli barang dapur dah pukul 10 lebih ingatkan nak singgah kat Josi Donut tu beli laksa. Sekalinya belum buka. Tu yang pergi sebelah petang. Rupanya buka pukul 11 pagi.

Minum Petang Di Josi Donut

Masa tu dah pukul 3 jadi la minum petang. Kami order laksa sarang untuk Cie, laksa telur rebus untuk adik Rania dan kakak Raisha makan wafle peanut dan coklat je. Air pulak Cie order indocafe o ais, kakak Raisha teh o ais dan adik Rania lemon soda manggo. Total semua tadi RM31. Ada balance lagi RM9 tadi husband bagi RM40.

Minum Petang Di Josi Donut

Kat Josi Donut tu ada pelbagai juga makanan. Ada kerabu maggi, ada mushroom soup dah garlic bread, ada donut. Cie selalu jugak beli mushroom soup dia. Laksa pun memang kerap la kami beli. Ada juga dia letak kat gerai tepi jalan kat batu 2 yang Cie selalu singgah beli makanan tu.

Minum Petang Di Josi Donut

Minum Petang Di Josi Donut

Minum Petang Di Josi Donut

Minum Petang Di Josi Donut


Cie paling suka laksa telur sarang tu. Telur sarang tu rangup je. Memang sedap la. Cuma kuah dia macam lain sikit hari ni. Biasanya lagi sedap dari tadi. Adik Rania pun perasan jugak. Kami selalu makan laksa Josi Donut ni so memang perasan la kalau rasa tu lain sikit. Mungkin ada la tu bahan terlupa letak kot. Tapi habis jugak la semangkuk.

Minum Petang Di Josi Donut

Minum Petang Di Josi Donut

Minum Petang Di Josi Donut


Terlajak kekenyangan dah makan laksa telur sarang semangkuk. Lepas makan teruskan misi mencari saloon yang buka. Saloon banyak je kat Lipis ni tapi bukan yang melayu muslimah la. Kebanyakkan saloon chinese. Kita lebih prefer saloon melayu muslimah untuk menjaga aurat. 

6 Comments

  1. Nampak selesa cafe ni... Akk pun suka laksa sarang, sbb telurnya tu crunchy .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada aircond, cafe pun tak ramai orang, bersih memang selesa la.

      Padam
  2. sedap, kalau kakmieja boleh kenyang sampai kemlm.

    BalasPadam
  3. Wah, laksanya sebiji telur rebus belah dua. Puas makan ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye telur sebiji. Anak pulak suka telur rebus putih je dimakan. Yang kuning kita la tukang makan.

      Padam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Copyright © ROZIAH_CIE. Designed by OddThemes