Kat Lipis ni ada 4 cawangan 7E pada asalnya sebelum 3 cawangan dah ditukar kepada 7E Cafe. Tinggal 1 je lagi 7E pertama di Lipis ni belum tukar kepada cafe. Yang ditukar kepada cafe cawangan ketiga ni betul-betul dekat je dengan rumah Cie.
Mulanya hari tu ingatkan dah tutup. Sebabnya signboard dah cabut dan tengok macam kedai tu nak renovate. Masa tu ingatkan kedai lain pulak nak dibuka kat situ. Dulu-dulu pernah la berborak dengan anak-anak, kalau buka 7E Cafe kat situ memang kerap la kita membeli dekat je dengan rumah.
2 minggu lepas lalu situ tengok dah naik signboard 7E Cafe. Apa lagi gembira la kami anak beranak sebab kami ni memang regular customer 7E Cafe. Yang kerap kami beli sandwich chicken slice dan ice latte.
Pagi tadi singgah 7E Cafe cawangan lama kat bandar. Tengok ice latte takde tulis kat situ susu habis. Dah berminggu-minggu jugak dah takde ice latte. Pelik jugak entah kenapa supplier susu tak hantar ke apa entahla.
Tadi dah beli hazelnut latte Tealive dah. Masa balik lalu jalan Tempoyang tu sekali nampak 7E Cafe tu tulis kini dibuka. Husband dah terlajak ke depan tapi dia pusing semula katanya nak cari kopi. Husband pun dah terjebak minum ice latte 7E Cafe ni.
7e Cafe cawangan baru ni lagi best ada meja lepak-lepak. Lepas ni kalau bosan kat rumah boleh la minum kopi kat situ.
Macam biasa tadi beli sandwich chicklen slice, onigiri, ice latte, sausage roll. Lunch makan sandwich jela malas nak masak nasi.
Banyak lagi kosong rak tadi. Ready to eat food tadi pun banyak lagi yang belum ada. Kad-kad pun diletak terbalik tadi maknanya masih belum ada.
7E Cafe cawangan baru ni terletak di Pusat Perniagaan Impian. Jalan utama dari KL ke Kelantan. Tepi jalan je. Kalau ada diantara korang yang selalu balik Kelantan lalu Lipis nanti boleh la singgah kat situ mengopi dulu sebelum teruskan perjalanan.
Cie kalau minum ice latte kat 7E Cafe ni memang cerah mata. Kuat betul kopi dia tu. Harga dah la murah. Kalau ice latte tu 1 cup RM4.90 je. Yang gula aren dan caramel RM5.90. Kat Lipis ni lama dah takde caramel latte. Cie suka yang caramel latte tu. Entahla kenapa dah lama takde. Nanti la nak try tanya adik cashier.
4 Comments
Dah senang ya kalau nak makan situ. Dulu2 7E tak ada kerusi dan meja untuk makan situ.
BalasPadamCawangan yang ni je ada banyak kerusi meja tu. Cawangan bandar baru tu takde space langsung untuk meja kerusi. Cawangan bandar tu ada 2 meja je. Yang ni je meriah siap ada bar table.
Padambestnya siap ada cafe, sini nan hado cafe 7E 😥 kalau ada best jugak boleh lepak-lepak
BalasPadamKat Lipis ni banyak cuma ada 2 cawangan je ada meja kerusi.
PadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.