Hari ni Negeri Pahang cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang. Kalau ikutkan 30 Julai tapi kerajaan umumkan hari kelepasan dipinda ke hari ni 25 Julai so dapat la kami cuti panjang hujung minggu.
Macam biasa la hari cuti hari membeli barang dapur dan terus mencari sarapan. Memang tak memasak la hari ni. Taktau juga nak makan kat mana boleh kata semua kedai dah makan. Jemu la jugak.
Cie ajak husband sarapan di Baha Corner. Cuma kat situ selalunya kalau hari cuti tutup. Sabtu Ahad memang tak buka. Husband pun try masuk ke bandar lama kot la buka kan. Rezeki kami buka pulak hari ni. Mungkin sebab dah tutup Sabtu Ahad so hari Isnin hingga Jumaat jela buka.
Kat Baha Corner ni ada pelbagai jenis menu. Ada roti canai, rojak, nasi ayam, nasi lemak, nasi goreng dan macam-macam lagi la. Cie kalau datang makan di Baha Corner ni memang order rojak ayam jela. Anak-anak order roti canai kosong dan husband order nasi goreng.
Konsep layan diri kat Baha Corner. Buat pesanan kat kaunter, bagitau nombor meja dan buat bayaran. Makanan dan minuman akan dihantar terus ke meja. Sebelum ni layan diri semua kena ambil makanan sendiri. Diberikan queue buzzer dan kalau makanan dah siap akan berbunyi la. Tapi tadi pelayan yang hantar ke meja. Taktau la kenapa dihentikan dah konsep guna queue buzzer tu. Tak user friendly kot. Agak jela sebab kami pun jarang makan kat situ.
Kedai Baha Corner ni memang sentiasa ramai orang. Penuh meja. Mujur kami sampai tadi ada lagi meja kosong. Ada customer baru siap makan. Kami terus duduk dan pelayan datang kemaskan meja.
Tadi pun pelayan tersalah hantar makanan. Patutnya Cie punya order rojak ayam tapi dihantar nasi ayam. Cepat-cepat husband cakap salah tu tadi order rojak ayam.
Siap makan tadi kami terus ke TF nak beli barang dapur. Rutin hujung minggu. Biasa Sabtu atau Ahad tapi sebab dah alang-alang hari ni cuti terus jela keluar beli barang dapur sebab esok Sabtu nak pergi kenduri.
7 Comments
Seronoknya cuti rupanya....x sabar nak tunggu cuti yang PMX bagi tu..hahaha..leh cuti lama skit...
BalasPadamBila dapat cuti extra boleh la buat kerja pelan2...x der la kelam kabut...selamat bercuti orang Pahang..
BalasPadamkat area mana kedai tu?
BalasPadamBandar lama Lipis. Lupa apa nama bangunan kedai yang ada sekali tandas awam tu.
PadamBetul la kadang bila semua kedai dah makan...tak tahu nak makan kat mana pulak....
BalasPadamOh, sepatutnya 30hb ke. Tu la tu malam tadi husband sy cakap, esok Pahang cuti Hari Keputeraan. Sy tak pernah makan rojak ayam, nampak sedap rojak tu. Roti canai gebusss.
BalasPadamOh, sepatutnya 30hb ke. Tu la tu malam tadi husband sy cakap, esok Pahang cuti Hari Keputeraan. Sy tak pernah makan rojak ayam, nampak sedap rojak tu. Roti canai gebusss.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.