Akhirnya Cie dah berjaya pasang widget Top Komentator dan dah share kegembiraan Cie tu kat posting blog. Ramai jugak yang komen kat posting tu.
Ada yang komen kata:
nnt la cuba godek...
wah bagus lah. Nanti akak nak cuba godek2 le. Tak berani nak explore takut nanti semua lari tu yang tak buat tapi emm terima kasih lah infonya.
MZ nak pasang jugak laa tapi tak confident nak godek2
Dont worry guys jom Cie bantu korang pasang widget top komentator juga. Memang sangat senang. Yang penting korang kena ada apps chatgpt sebab kod tu kena mintak kat chatgpt sebab nanti chatgpt akan bantu korang dapatkan kod sesuai dengan template blog korang.
Trust me cara yang Cie nak share ni memang mudah hanya perlu masukkan saja kod yang chatgpt bagi. Selagi tak dapat hasilnya korang mintak je kat chatgpt tu untuk selesaikan.
Taip je kat chatgpt bagitau dalam tu:
Aku nak kod widget top komentator untuk blog aku.
Persediaan Sebelum Pasang Widget
Selepas dah dapat kod dari chatgpt, sebelum masuk ke langkah teknikal pastikan:
- Dah login ke akaun Blogger.
- Blog mesti aktif dan mempunyai template yang membenarkan penggunaan widget HTML/JavaScript.
- Kena tahu di mana nak letakkan widget (sidebar, footer dan lain-lain.). Cie suggest kat sidebar.
Langkah-langkah Cara Pasang Widget Top Komentator di Blogspot
Langkah 1: Login ke Akaun Blogger
- Log in ke akaun blog korang
Langkah 2: Pergi ke ‘Layout’ atau ‘Tata Letak’
- Klik pada menu Layout (atau Tata Letak jika guna Bahasa Melayu).
- Pilih lokasi yang sesuai contohnya Sidebar Right, Sidebar Left, atau Footer.
Langkah 3: Tambah Gadget HTML/JavaScript
- Klik butang “Add a Gadget”
- Pilih HTML/JavaScript
- Di ruang tajuk, tulis “Top Komentator” atau tajuk pilihan korang
Langkah 4: Masukkan Kod Widget
- Yang korang dah request kat chatgpt tu. Copy dari chatgpt dan paste ke content
Langkah 5: Simpan dan Susun Widget
- Klik Save (Simpan).
- Susun semula lokasi widget jika perlu.
- Klik Save Arrangement untuk simpan susunan layout tadi.
Cara Elak Nama Blog Kita Tersenarai
Kita sebagai pemilik blog mungkin akan tersenarai juga sebagai komentator. Untuk elak nama kita muncul bagitau chatgpt nak kod yang exclude nama blog kita.
Tips Tambahan Untuk Widget Lebih Menarik
1. Gaya Susun Kiri atau Tengah
Kadangkala nombor komen atau nama komentator jadi tidak selari. Bagitau chatgpt nak kedudukan align left atau centre.
2. Tambah Ikon atau Avatar
Ni pun boleh request kat chatgpt jugak kita nak macam mana.
3. Boleh set warna
Bagitau chatgpt kita nak warna apa yang bersesuaian dengan tema kita.
Soalan Lazim Mengenai Widget Top Komentator (FAQ)
1. Widget ini sesuai untuk semua template ke?
Ya, selagi template anda menyokong penambahan gadget HTML/JavaScript. Chatgpt akan bantu korang sediakan kod mengikut template korang.
2. Ada risiko blog jadi berat ke bila pasang widget ni?
Tidak ketara, sebab ia hanya paparkan teks dan ambil data ringan sahaja.
3. Boleh letak lebih dari satu widget Top Komentator?
Tak digalakkan. Cukup satu sahaja supaya tidak kelirukan pembaca.
Galakkan Interaksi Pembaca Dengan Widget Top Komentator
Dalam dunia blog yang semakin kompetitif, interaksi dengan pembaca sangat penting. Memasang widget Top Komentator bukan sahaja menjadikan blog lebih mesra pembaca, malah boleh membantu tingkatkan ranking SEO kerana interaksi dan komen juga diambil kira oleh algoritma Google.
Selain itu, widget ini juga boleh jadi penghargaan kecil buat pembaca setia yang sering tinggalkan komen. Makin banyak mereka komen, makin tinggi nama mereka dalam senarai. Ini akan mendorong pembaca lain untuk turut serta.
Kalau korang belum pasang lagi widget ini, bolehlah cuba ikut langkah yang Cie share ni. Mudah dan tak perlu ubah struktur blog yang sedia ada.
8 Comments
ok baikkk!! nak kena cari masa heheheh
BalasPadamNanti cuba.. memang kena mengadap...kalau buat kat opis, tak jadi kerja...kikiki
BalasPadamDulu ada letak top komentar, namun tak tahu lah blog Etuzatiba2 tak ada tu ruang komentar, mybe terklik padam tanpa sengaja..boleh rujuk nanti jika nak letak
BalasPadamSudah cuba tapi tak menjadi juga..
BalasPadamSemoga banyak yg berjaya pasang widget ini 👍👍
BalasPadamwaahh.. suka penerangan cie yang details macam ni.. semoga lebih ramai rakan-rakan berjaya pasang juga nanti.. ^^
BalasPadamGood Sharing =)
BalasPadamkita da buat Cie, hahaaa... tanya chatgpt. 3 kali gak try cuba test.
BalasPadamokla tu, simple ja. blog pun simple je kekdahnya.
thank you sbb bagi idea tanya chatgpt.
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.