Rumusan Pengumuman PMX Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini (23 Julai 2025) menyampaikan “penghargaan khas” kepada rakyat Malaysia melalui satu siaran langsung pada pukul 10.30 pagi tadi merangkumi beberapa insentif utama.

Rumusan Pengumuman PMX Anwar Ibrahim


Sorotan Utama Pengumuman Hari Ini


1. One-off Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100


Semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima bantuan tunai sebanyak RM100 secara one‑off.

Pembayaran akan dilakukan melalui MyKad bermula 31 Ogos 2025 hingga 31 Disember 2025, meliputi lebih 4,100 kedai seluruh negara.

Rumusan Pengumuman PMX Anwar Ibrahim


2. Cuti Umum Tambahan – 15 September 2025


Sebagai menghargai semangat perpaduan sempena Hari Malaysia, Isnin, 15 September 2025 diisytiharkan sebagai cuti umum tambahan.

Rumusan Pengumuman PMX Anwar Ibrahim



3. Harga RON95 Turun ke RM1.99 Seliter


Harga RON95 akan diturunkan daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter bagi rakyat Malaysia melalui mekanisme subsidi bersasar.

Subsidi 50 sen seliter akan terus ditanggung kerajaan; warga asing perlu membayar harga pasaran.

Rumusan Pengumuman PMX Anwar Ibrahim



4. Penangguhan Kenaikan Tol bagi 10 Lebuh Raya


Tiada kenaikan harga tol untuk 10 lebuh raya utama.

Kerajaan memperuntukkan lebih RM500 juta untuk menampung kos tersebut, membantu meringankan beban pengguna jalan raya.

Rumusan Pengumuman PMX Anwar Ibrahim



5. Perluasan Program Jualan Rahmah MADANI


Peruntukan untuk Jualan Rahmah dinaikkan kepada RM600 juta.

Disasarkan 600 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memperluas akses barangan asas mampu milik.

Rumusan Pengumuman PMX Anwar Ibrahim



Bersyukur Seadanya


Pengumuman penghargaan khas ini memberi kelegaan kepada rakyat dalam jangka masa pendek, namun keberkesanan jangka panjangnya bergantung kepada keupayaan kerajaan untuk menyeimbangkan antara sokongan rakyat dan kestabilan fiskal negara.

Ada juga yang komen macam-macam kat social media. Netizen Malaysia ni ada je tak puas hati. Bersyukur jela seadanya apa yang diberikan. Kita sama-sama semoga ekonomi negara semakin baik dan lebih banyak insentif kerajaan boleh berikan.

Cie paling suka nombor 2 iaitu tambahan cuti sehari 15 September tu sebab 16 September hari Selasa kena ambil cuti rehat sendiri kalau PMX tak umumkan cuti tambahan tu. So jimat la cuti rehat. Lama cuti tu bermula Sabtu hingga Selasa. Boleh la plan bercuti kat mana-mana.

Kat Radio pagi tadi ada DJ tu teka yang PMX akan umumkan cuti 3 hari dan 4 hari bekerja seminggu. Sipi-sipi dah tu sebab PMX umumkan cuti tambahan sempena hari Malaysia je. Kalau la PMX umumkan kerja 4 hari je seminggu Cie la terpaling happy. Dapat berehat dari kerja 3 hari seminggu siapa tak happy kan. 

2 Comments

  1. Kak SA malas naknbaca komen2 netizwn yg x puas hati, ada je yang diperdebatkan...bagi salah, x bagi salah...

    BalasPadam
  2. alhamdullilah....nak coti 15/9 hahhahahhah

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Copyright © ROZIAH_CIE. Designed by OddThemes