Jenis-jenis Tepung Dalam Masakan
Tepung merupakan salah satu bahan asas yang paling penting dalam dunia masakan dan pembuatan kuih-muih. Dari roti yang gebu sehinggalah kepada kuih tradisional yang kenyal, pemilihan jenis tepung yang betul memainkan peranan besar dalam menentukan hasil akhir sesuatu hidangan.
Walaupun nampak serupa pada pandangan mata kasar, setiap jenis tepung sebenarnya mempunyai kandungan nutrien, tekstur dan fungsi yang berbeza.
Bagi mereka yang gemar memasak, memahami perbezaan antara tepung gandum, tepung pulut, tepung jagung dan lain-lain boleh membantu menghasilkan masakan yang lebih sedap, lembut dan menjadi seperti yang diharapkan.
Tepung memang nampak macam bahan asas yang ringkas, tapi sebenarnya dunia tepung sangat luas dan menarik. Setiap jenis tepung ada tekstur, rasa dan fungsinya tersendiri dalam masakan. Silap pilih, boleh rosak resipi. Betul tak?
Hari ni Cie berpeluang menjadi presenter untuk program Continuous Catering Education (CCE) Jabatan Dietetik dan Sajian Negeri Pahang secara online menggunakan Google Meet. Topik yang Cie share ialah jenis-jenis tepung dalam masakan.
Peserta terdiri dari Pegawai Penyediaan Makanan, Penolong Pegawai Penyediaan Makanan serta Pembantu Penyediaan Makanan semua hospital Negeri Pahang.
Dah alang-alang ni Cie share jugak la kat sini 16 jenis tepung yang sering digunakan dalam masakan harian dan komersial, lengkap dengan fungsi dan kegunaannya.
Jenis-Jenis Tepung Dalam Masakan
1. Tepung Gandum (All-Purpose Flour)
Tepung paling asas yang wajib ada di setiap dapur. Sesuai untuk macam-macam jenis masakan dari kuih, cucur, kek sampailah ke gorengan.
Kegunaan:
- Kek, biskut, kuih muih
- Campuran untuk gorengan
- Pekatkan kuah
2. Tepung Gandum Tinggi Protein (High Protein Flour)
Juga dikenali sebagai tepung roti, ia mengandungi lebih gluten dan sesuai untuk hasilkan struktur doh yang kenyal dan kuat.
Kegunaan:
- Roti, donat, pizza
- Pau yang gebu dan anjal
3. Tepung Gandum Rendah Protein (Low Protein Flour)
Dipanggil juga tepung kek, ia ringan dan halus serta menghasilkan kek yang lembut dan gebu. Kurang kandungan gluten.
Kegunaan:
- Kek span, chiffon
- Kek lapis, swiss roll
4. Tepung Naik Sendiri (Self-Raising Flour)
Tepung gandum yang sudah dicampur serbuk penaik. Sangat mudah digunakan untuk kek dan muffin.
Kegunaan:
- Muffin, kek cawan
- Roti manis ringan
5. Tepung Ubi Kayu (Tapioca Flour)
Tepung putih halus daripada ubi kayu. Memberi tekstur kenyal dan sesuai untuk kuih tradisional.
Kegunaan:
- Kuih lapis, bingka
- Gorengan rangup
- Perangkap kelembapan dalam kek
6. Tepung Jagung (Corn Flour)
Ringan, putih dan halus. Selalu digunakan sebagai bahan pemekat.
Kegunaan:
- Memekatkan sos dan kuah
- Kastard
- Lembutkan tekstur kek dan biskut
7. Tepung Beras
Diperbuat dari beras yang dikisar. Ringan dan sesuai untuk gorengan serta kuih.
Kegunaan
- Cucur, karipap
- Kuih tradisional seperti seri muka, kuih koci
8. Tepung Pulut (Glutinous Rice Flour)
Daripada beras pulut. Tekstur sangat kenyal dan melekat tidak sesuai untuk gorengan.
Kegunaan:
- Kuih onde-onde, buah melaka
- Mochi
9. Tepung Kentang (Potato Starch)
Berwarna putih, lembut dan licin. Memberi tekstur halus pada makanan.
Kegunaan:
- Sup dan sos (pemekat)
- Gorengan rangup (terutama masakan Asia)
- Makanan gluten-free
10. Tepung Mil Penuh (Wholemeal Flour)
Tepung yang masih mengandungi dedak gandum. Warna lebih gelap, tekstur kasar.
Kegunaan:
- Roti mil penuh
- Biskut serat tinggi
- Sesuai untuk diet sihat
11. Tepung Optima
Tepung khas untuk kek yang telah dicampur dengan gula dan penstabil. Digunakan oleh bakeri dan dapur komersial.
Kegunaan:
- Kek span, kek chiffon
- Kek lapis
- Kek cepat siap
12. Tepung Hong Kong
Tepung import bertekstur sangat halus dan ringan. Warna putih bersih, sesuai untuk kek premium.
Kegunaan:
- Kek kukus
- Kek lapis kukus
- Apam gebu
13. Tepung Hoen Kwee
Tepung kacang hijau yang terkenal untuk kuih tradisional. Berwarna putih dan sedikit berkanji.
Kegunaan:
- Kuih kaswi, kuih pelita
- Kuih lapis
- Tekstur lembut dan kenyal
14. Tepung Kacang Hijau
Tepung dari kacang hijau yang dikisar. Lain daripada hoen kwee kerana ini versi asli tanpa campuran.
Kegunaan:
- Kuih tradisional
- Tepung bayi homemade
- Kaya serat
15. Tepung Sagu
Tepung ini dibuat dari pokok sagu. Memberikan tekstur kenyal dan lut sinar bila dimasak.
Kegunaan:
- Kuih sagu, pengat
- Sagoo pudding
- Sesuai dicampur dalam kuih kukus
- Ambuyat
16. Tepung Kastard
Berwarna kuning lembut. Biasanya digunakan untuk pencuci mulut.
Kegunaan:
- Kastard
- Inti kuih seperti tart telur
- Pengganti kuning telur dalam kek tertentu
Dengan kenal pasti fungsi dan kegunaan 16 jenis tepung yang biasa digunakan dalam masakan, kita bukan saja boleh hasilkan masakan yang lebih sedap, tapi juga elakkan pembaziran dan kesilapan dalam dapur.
Pengalaman Cie Menjadi Presenter CCE JDS Negeri Pahang
Program Continuous Catering Education (CCE) Jabatan Dietetik dan Sajian Negeri Pahang ialah satu platform ilmu yang dikongsikan untuk semua warga JDS Pahang.
Cie berpeluang jadi presenter dalam sesi kali ni dan diberi topik tentang jenis-jenis tepung dalam masakan. Satu topik yang nampak mudah tapi sebenarnya ramai yang masih keliru tentang jenis-jenis tepung dalam masakan.
Sebulan awal Cie dah siapkan slide dengan bantuan google dan chatgpt untuk dapatkan info tentang jenis-jenis tepung. Cie buat slide guna canva. Siap awal senang jadinya takdela kelam kabut.
Masuk je kerja awal pagi tadi 7.30am Cie dah test buka pdf, buka google meet kat komputer dan buka kat handphone untuk tengok ok ke tak slide presentation, ok ke tak camera Cie beli kat Shopee je. Alhamdulillah semuanya berfungsi dengan baik.
Tadi pun sebelum sesi bermula ada masalah kat komputer. Sementara tunggu peserta masuk Cie sempat la siapkan kerja sikit kat excell. Tiba-tiba hang pulak tak bergerak langsung. Tekan control alt delete pun tak boleh, tekan apa-apa pun tak boleh. Sudahnya Cie off terus plug then on semula baru ok.
Masa nak join semula google meet dan buka slide presentation tu macam nak hang jugak. Adeh nasib baik la dapat start on time juga. Cie guna PDF je tak guna slide show.
Cie ni seorang yang introvert. Sangat susah sebenarnya nak bercakap di khalayak ramai. Walaupun secara online Cie akan berdebar dan jantung akan laju. Sebab kita bekerja kan kadang-kadang memang kena bercakap di khalayak ramai jika ada kursus atau latihan yang memerlukan kita menjadi presenter.
Tadi masa Cie tengah present tiba-tiba jam Cie vibrate. Cie sempat la jeling rasanya macam high heart rate ni. Selepas habis sesi dan balik rumah lunch hour Cie check semula rekod kat jam. Memang sahih waktu Cie bercakap tadi dapat high heart alert.
Memang tinggi dari waktu biasa. Cie check hari-hari lain takde pun. Alahai sampai macam ni sekali Cie punya debaran tu. Hahaha. Bagai nak gugur jantung agaknya.
Padahal masa present tadi bukan kita ada nampak sesiapa pun. Guna google meet nampak slide jela. Peserta pun tak on camera jadinya memang takde bertentang mata dengan orang pun. Tetap la berdebar.
Minggu depan nak kena handle kursus dan jadi penceramah jugak. Taktau la berapa kali nanti high heart rate alert tu. Hahaha. Pakai jam smart band watch dapat la trace.
Dulu kan kak ana ingatkan tepung gandum tu tepung gandum biasa tu aje, laa nih baru tahu ada beberapa jenis Cie.. patut lah lain jenis untuk resepi yang berbeza kan :)
BalasPadamGigih MZ baca info semua 16 jenis tepung tuuuu
BalasPadamBaru kak SA tau banyak jenis tepung rupanya, yang x pernah nampak kat Supermartket pun ada...
BalasPadamGood job Cie 👏🏻👏🏻👏🏻
BalasPadamMacam² jenis tepung ye, ikut kegunaan. Dan ada sesetengah resepi pula dia nak tepung jenama tertentu, supaya hasilnya lebih baik.
Uishhh..More than i know la jenis2 tepung ni..Nice sharing..nnt bleh refer sini =D
BalasPadamRupanya banyak lagi jenis tepung yang saya tak tahu. Terima kasih share. Senang nak buat rujukan nanti.
BalasPadamTeringat dulu ada sorang ni cakap tepung kastard dan tepung jagung sama, dah kena kecam terpaling! Kita rasa, normal la perasaan gementar ni, kita pun kadang, ketar lutut nak buat presentation. Kalau dalam zoom meeting pun, ketar, takut kena soal, haha.
BalasPadambyk btul jenis tepung tu..kt umh biasanya ada tepung gandung, tepung jagung, tepung beras & tepung pulut
BalasPadambanyaknya tepung.. selalunya kat rumah ni guna tepung gandum biasa je.. boleh ke nanti sis buat entry pasal soda bikarbonat vs baking powder pulak? selalu confuse.. ^^
BalasPadamhaaa tudiaaa tepung gandum saja pun ada byk jenis ehehe.. TQ Cie sharing! mg bedebar bila kena present! ehehe
BalasPadamrate penceramah sekarnag berapa ye?? hihihi...masyuk tu...
BalasPadamdalam banyak2 jenis tepung tu...yg linda tahu ad 2, 3 jenis je
Takde bayaran kami ni 😅. Sharing untuk team dalaman saja. Yang ada bayaran tu gred P&P je kalau tak silap Cie.
PadamAlhamdulillah..pahala juga tu, dapat tolong org tambah jam kursus, dapat bg info tambahan dekat orang lain
PadamDulu2 tepung tak banyak jenis kan, tapi jadi je kuih nya. Ni skrip gaduh pasal buat kuih/kek/roti kalau tak jadi hehe.
BalasPadam