Tepung merupakan salah satu bahan asas yang paling penting dalam dunia masakan dan pembuatan kuih-muih. Dari roti yang gebu sehinggalah kepada kuih tradisional yang kenyal, pemilihan jenis tepung yang betul memainkan peranan besar dalam menentukan hasil akhir sesuatu hidangan. 

Walaupun nampak serupa pada pandangan mata kasar, setiap jenis tepung sebenarnya mempunyai kandungan nutrien, tekstur dan fungsi yang berbeza.

Bagi mereka yang gemar memasak, memahami perbezaan antara tepung gandum, tepung pulut, tepung jagung dan lain-lain boleh membantu menghasilkan masakan yang lebih sedap, lembut dan menjadi seperti yang diharapkan. 

Tepung memang nampak macam bahan asas yang ringkas, tapi sebenarnya dunia tepung sangat luas dan menarik. Setiap jenis tepung ada tekstur, rasa dan fungsinya tersendiri dalam masakan. Silap pilih, boleh rosak resipi. Betul tak?

Hari ni Cie berpeluang menjadi presenter untuk program Continuous Catering Education (CCE) Jabatan Dietetik dan Sajian Negeri Pahang secara online menggunakan Google Meet. Topik yang Cie share ialah jenis-jenis tepung dalam masakan. 

Jenis-Jenis Tepung Dalam Masakan

Peserta terdiri dari Pegawai Penyediaan Makanan, Penolong Pegawai Penyediaan Makanan serta Pembantu Penyediaan Makanan semua hospital Negeri Pahang. 

Jenis-Jenis Tepung Dalam Masakan

Dah alang-alang ni Cie share jugak la kat sini 16 jenis tepung yang sering digunakan dalam masakan harian dan komersial, lengkap dengan fungsi dan kegunaannya.

Jenis-Jenis Tepung Dalam Masakan


1. Tepung Gandum (All-Purpose Flour)


Tepung paling asas yang wajib ada di setiap dapur. Sesuai untuk macam-macam jenis masakan dari kuih, cucur, kek sampailah ke gorengan.

Jenis-Jenis Tepung Dalam Masakan

Kegunaan:

  • Kek, biskut, kuih muih
  • Campuran untuk gorengan
  • Pekatkan kuah


2. Tepung Gandum Tinggi Protein (High Protein Flour)


Juga dikenali sebagai tepung roti, ia mengandungi lebih gluten dan sesuai untuk hasilkan struktur doh yang kenyal dan kuat.

Jenis-Jenis Tepung Dalam Masakan

Kegunaan:

  • Roti, donat, pizza
  • Pau yang gebu dan anjal


3. Tepung Gandum Rendah Protein (Low Protein Flour)


Dipanggil juga tepung kek, ia ringan dan halus serta menghasilkan kek yang lembut dan gebu. Kurang kandungan gluten.

Jenis-Jenis Tepung Dalam Masakan

Kegunaan:

  • Kek span, chiffon
  • Kek lapis, swiss roll


4. Tepung Naik Sendiri (Self-Raising Flour)


Tepung gandum yang sudah dicampur serbuk penaik. Sangat mudah digunakan untuk kek dan muffin.

Jenis-Jenis Tepung Dalam Masakan


Kegunaan:

  • Muffin, kek cawan
  • Roti manis ringan


5. Tepung Ubi Kayu (Tapioca Flour)


Tepung putih halus daripada ubi kayu. Memberi tekstur kenyal dan sesuai untuk kuih tradisional.

Jenis-Jenis Tepung Dalam Masakan

Kegunaan:

  • Kuih lapis, bingka
  • Gorengan rangup
  • Perangkap kelembapan dalam kek


6. Tepung Jagung (Corn Flour)


Ringan, putih dan halus. Selalu digunakan sebagai bahan pemekat.

Jenis-Jenis Tepung Dalam Masakan

Kegunaan:

  • Memekatkan sos dan kuah
  • Kastard
  • Lembutkan tekstur kek dan biskut


7. Tepung Beras


Diperbuat dari beras yang dikisar. Ringan dan sesuai untuk gorengan serta kuih.

Jenis-Jenis Tepung Dalam Masakan

Kegunaan

  • Cucur, karipap
  • Kuih tradisional seperti seri muka, kuih koci


8. Tepung Pulut (Glutinous Rice Flour)


Daripada beras pulut. Tekstur sangat kenyal dan melekat tidak sesuai untuk gorengan.

Jenis-Jenis Tepung Dalam Masakan

Kegunaan:

  • Kuih onde-onde, buah melaka
  • Mochi


9. Tepung Kentang (Potato Starch)


Berwarna putih, lembut dan licin. Memberi tekstur halus pada makanan.

Jenis-Jenis Tepung Dalam Masakan

Kegunaan:

  • Sup dan sos (pemekat)
  • Gorengan rangup (terutama masakan Asia)
  • Makanan gluten-free


10. Tepung Mil Penuh (Wholemeal Flour)


Tepung yang masih mengandungi dedak gandum. Warna lebih gelap, tekstur kasar.

Jenis-Jenis Tepung Dalam Masakan

Kegunaan:

  • Roti mil penuh
  • Biskut serat tinggi
  • Sesuai untuk diet sihat

11. Tepung Optima


Tepung khas untuk kek yang telah dicampur dengan gula dan penstabil. Digunakan oleh bakeri dan dapur komersial.

Jenis-Jenis Tepung Dalam Masakan

Kegunaan:

  • Kek span, kek chiffon
  • Kek lapis
  • Kek cepat siap

12. Tepung Hong Kong


Tepung import bertekstur sangat halus dan ringan. Warna putih bersih, sesuai untuk kek premium.

Jenis-Jenis Tepung Dalam Masakan


Kegunaan:

  • Kek kukus
  • Kek lapis kukus
  • Apam gebu


13. Tepung Hoen Kwee


Tepung kacang hijau yang terkenal untuk kuih tradisional. Berwarna putih dan sedikit berkanji.

Jenis-Jenis Tepung Dalam Masakan


Kegunaan:

  • Kuih kaswi, kuih pelita
  • Kuih lapis
  • Tekstur lembut dan kenyal


14. Tepung Kacang Hijau


Tepung dari kacang hijau yang dikisar. Lain daripada hoen kwee kerana ini versi asli tanpa campuran.

Jenis-Jenis Tepung Dalam Masakan


Kegunaan:

  • Kuih tradisional
  • Tepung bayi homemade
  • Kaya serat


15. Tepung Sagu


Tepung ini dibuat dari pokok sagu. Memberikan tekstur kenyal dan lut sinar bila dimasak.

Jenis-Jenis Tepung Dalam Masakan


Kegunaan:

  • Kuih sagu, pengat
  • Sagoo pudding
  • Sesuai dicampur dalam kuih kukus
  • Ambuyat


16. Tepung Kastard


Berwarna kuning lembut. Biasanya digunakan untuk pencuci mulut.

Jenis-Jenis Tepung Dalam Masakan


Kegunaan:

  • Kastard
  • Inti kuih seperti tart telur
  • Pengganti kuning telur dalam kek tertentu


Dengan kenal pasti fungsi dan kegunaan 16 jenis tepung yang biasa digunakan dalam masakan, kita bukan saja boleh hasilkan masakan yang lebih sedap, tapi juga elakkan pembaziran dan kesilapan dalam dapur.

Pengalaman Cie Menjadi Presenter CCE JDS Negeri Pahang


Program Continuous Catering Education (CCE) Jabatan Dietetik dan Sajian Negeri Pahang ialah satu platform ilmu yang dikongsikan untuk semua warga JDS Pahang. 

Cie berpeluang jadi presenter dalam sesi kali ni dan diberi topik tentang jenis-jenis tepung dalam masakan. Satu topik yang nampak mudah tapi sebenarnya ramai yang masih keliru tentang jenis-jenis tepung dalam masakan.

Sebulan awal Cie dah siapkan slide dengan bantuan google dan chatgpt untuk dapatkan info tentang jenis-jenis tepung. Cie buat slide guna canva. Siap awal senang jadinya takdela kelam kabut.

Masuk je kerja awal pagi tadi 7.30am Cie dah test buka pdf, buka google meet kat komputer dan buka kat handphone untuk tengok ok ke tak slide presentation, ok ke tak camera Cie beli kat Shopee je. Alhamdulillah semuanya berfungsi dengan baik.

Jenis-Jenis Tepung Dalam Masakan

Jenis-Jenis Tepung Dalam Masakan

Tadi pun sebelum sesi bermula ada masalah kat komputer. Sementara tunggu peserta masuk Cie sempat la siapkan kerja sikit kat excell. Tiba-tiba hang pulak tak bergerak langsung. Tekan control alt delete pun tak boleh, tekan apa-apa pun tak boleh. Sudahnya Cie off terus plug then on semula baru ok.

Masa nak join semula google meet dan buka slide presentation tu macam nak hang jugak. Adeh nasib baik la dapat start on time juga. Cie guna PDF je tak guna slide show.

Cie ni seorang yang introvert. Sangat susah sebenarnya nak bercakap di khalayak ramai. Walaupun secara online Cie akan berdebar dan jantung akan laju. Sebab kita bekerja kan kadang-kadang memang kena bercakap di khalayak ramai jika ada kursus atau latihan yang memerlukan kita menjadi presenter.

Tadi masa Cie tengah present tiba-tiba jam Cie vibrate. Cie sempat la jeling rasanya macam high heart rate ni. Selepas habis sesi dan balik rumah lunch hour Cie check semula rekod kat jam. Memang sahih waktu Cie bercakap tadi dapat high heart alert. 

Jenis-Jenis Tepung Dalam Masakan

Memang tinggi dari waktu biasa. Cie check hari-hari lain takde pun. Alahai sampai macam ni sekali Cie punya debaran tu. Hahaha. Bagai nak gugur jantung agaknya.

Padahal masa present tadi bukan kita ada nampak sesiapa pun. Guna google meet nampak slide jela. Peserta pun tak on camera jadinya memang takde bertentang mata dengan orang pun. Tetap la berdebar.

Minggu depan nak kena handle kursus dan jadi penceramah jugak. Taktau la berapa kali nanti high heart rate alert tu. Hahaha. Pakai jam smart band watch dapat la trace.