Kem Booster Alpha UPKK Siri 1

7/07/2025 07:00:00 PG
5 Julai 2025 hari Sabtu adik Rania ada Kem Booster Alpha UPKK 2025 Siri 1 bermula 9 pagi hingga 9 malam. Seharian la adik Rania takde kat rumah. Sebelum pukul 9 dia dah kalut nak pergi sebab dah janji dengan kawan. 

Kem Booster Alpha UPKK Siri 1

Ibu cakap dah pergi lewat sikit la kem tak bermula lagi sebab pukul 9 pagi akan ada sesi penyerahan slip peperiksaan pertengahan tahun kepada ibu bapa. Dia nak jugak dah pergi sebab nampak dah kawan-kawan dia sampai dah.

Kem Booster Alpha UPKK Siri 1

Sekolah KAFA adik Rania dekat je dengan rumah boleh jalan kaki je pun. Boleh nampak je dari rumah.

Sepanjang bulan Julai ni setiap Sabtu ada Kem Booster Alpha UPKK ni sehingga siri ke3. Memang tenaga pengajar betungkus lumus la nak pastikan semua pelajar berjaya. Kita yang tengok pun rasa penat.

Tahun 2023 masa kakak Raisha dulu sekolah KAFA ni dapat top 5 terbaik Negeri Pahang. Kakak Raisha salah seorang dari top 20 pelajar terbaik UPKK 2023 Negeri Pahang dapat 8A. 5 orang pelajar dari sekolah KAFA ni dapat top 20 pelajar terbaik UPKK 2023. Tahun terakhir dengan 8A.

Tahun 2024 drop sikit result masa permulaan tahun dah dinaikkan kepada 9A. Dah tak dapat KAFA terbaik. Tahun ni ustazah nak kejar semula tu agaknya pencapaian terbaik. Tu yang all out buat kelas tambahan.

Tentatif Kem Booster Alpha UPKK 2025

Penyerahan Slip Peperiksaan Pertengahan Tahun

9.00 Pagi - 9.45 Pagi

Adik Rania dapat 3A 4B 2C. Yang B tu sipi-sipi dah pun nak A. C tu pun sama. Adik Rania ni ustazah cakap tak baca soalan betul-betul dia main hentam je jawab.

Dah jenuh ibu dan kakak Raisha nasihatkan adik Rania supaya baca soalan dengan teliti. Adik Rania ni lain sikit dari kakak Raisha. Ibu pulak risau dapat berapa la UPKK nanti.

Kita sebagai parents hanya mampu doakan jela. Nak ajar pun tak pandai. Nak paksa beria belajar pun dia dah terlebih belajar dah setiap hari kat KAFA.

Slot 1: Subjek Jawi & Khat

10.00 Pagi – 1.00 Petang:

  • Pengenalan Subjek jawi UPKK.
  • Teknik Menjawab jawi upkk.
  • Koleksi Latih tubi vaksin subjek jawi.
  • Aktiviti Kumpulan / LDK.
Kem Booster Alpha UPKK Siri 1


Rehat / Makan Tengah Hari / solat zohor berjemaah.

1.00 Petang  – 2.00 Petang:

Untuk makan tengahari parents kena hantar dalam pukul 12. Cie tak sempat masak semalam tu dah alang-alang keluar beli barang dapur terus la tapau nasi kukus Kak Chik.

Kem Booster Alpha UPKK Siri 1

Cie transfer ke bekas makanan lain senang adik Rania nak makan. Siap tulis notes lagi. Cie bagi jugak air mangga letak ais. Beli kat 7E Cafe air mangga fuzetea kegemaran anak-anak. 

Slot 2: Ibadah

2.00 – 5.00 ptg

  • Pengenalan Subjek Ibadah UPKK.
  • Teknik Menjawab Ibadah UPKK.
  • Melodi
  • Koleksi Latih tubi vaksin subjek Ibadah.

Adik Rania cakap ustazah bagi nap kejap pukul 3 sampai 4 kat meja je. Semua pakat-pakat tidur lena katanya. 3.55 petang ustazah kejut semua bangun basuh muka.

Solat asar berjemaah / Rehat / Aktiviti santai / Kuiz ringan / minum petang

5.00 Petang - 6.30 Petang

Untuk minum petang ustazah takde suruh parents hantar makanan. Cie beli je kek pisang Samudera masa beli barang dapur. Potong-potong letak dalam bekas. Pukul 5 husband hantar.

Kem Booster Alpha UPKK Siri 1

Pukul 6 macam tu ada adik Rania, kawan-kawan dan ustazah beriadah pusing-pusing lorong je. Lalu la depan rumah. 

Kem Booster Alpha UPKK Siri 1

Adik Rania balik malam tu dia cakap ada parents lain bagi kuih, bagi air untuk mereka makan ramai-ramai.

Kendiri / makan malam

6.30 Malam - 7.30 Malam: 

Pukul 6 lebih masa mereka beriadah Cie pergi la jalan kaki hantar bekal makanan dinner.

Cie masak ayam goreng kicap, kangkung belacan dan timun bagi sikit je ke adik Rania. Sayur dia tak makan sangat. Cie bagi jugak jambu batu letak serbuk asam.

Kem Booster Alpha UPKK Siri 1

Kem Booster Alpha UPKK Siri 1

Adik Rania balik tu dia cakap habis kawan-kawan makan jambu semua cakap sedap. Cie bagi sikit je risau takut tak habis. Parents masing-masing hantar makanan.

Mandi kat sekolah KAFA. Siap-siap dah bawak baju, tuala, barang mandi.

Solat Maghrib berjemaah

7.30 Malam - 8.00 Malam: 

Ulangkaji dan Aktiviti Kumpulan 

8.00 -  9.00 malam: 

Kem Booster Alpha UPKK Siri 1

Bersurai

9.00 malam 

Balik je rumah macam-macam adik Rania bercerita. Seronok sangat join kem seharian kat sekolah KAFA. Tahun ni tak pasti ada bermalam ke tak.

Masa tahun 2023 kakak Raisha dulu ada bermalam kat KAFA. Tidur la kat KAFA. Makanan parents hantar setiap waktu. Seronok la anak-anak dapat merasa tidur dengan kawan-kawan, mandi sama-sama, makan sama-sama, belajar sama-sama.

Semoga adik Rania dan kawan-kawan UPKK Tahun 2025 ni berjaya dengan cemerlang dengan memperolehi 9A. Nanti minggu depan Cie cerita siri 2 pulak.

14 ulasan:

  1. Ammi agak risau juga dengan anak bongsu yg nak ambil UPKK tahun ni. Agak sambil lewa je dia ni dan bila dipaksa belajar terus off mood dia. Gerammmm je ammi melayan perangai anak bongsu ni

    BalasPadam
  2. teringat dulu si bongsu pun mcm Rania juga, seronok jumpa kawan dan bila balik tak henti pot pet pot pet bercerita

    BalasPadam
  3. bagus aktiviti2 gini utk anak2 kita

    BalasPadam
  4. Wahhh..best ni...Sy suka htr kids kalau ade program2 mcm ni..=D

    BalasPadam
  5. anak-anak mmg suka kem begini. daripada stay home main game, silalah korang join sana. kita da takde anak skolah rendah, hanya tgk anak-anak kawan yg masih bersekolah.

    BalasPadam
  6. seronoknya seharian kem ilmu.... moga beroleh kejayaan dalam peperiksaan nanti ❤❤❤

    BalasPadam
  7. Best ada kem macam ni .. dekat sekolah Kakak biasanya pagi sampai petang je. Belum pernah bermalam di sekolah

    BalasPadam
  8. Memang sangat bagus buat aktiviti macam ni utuk anak-anak.

    BalasPadam
  9. Bagus aktiviti macam ni untuk anak2 kan

    BalasPadam
  10. Dia punya excited datang awal sebab kawan-kawan dah sampai. Bagus juga inisiatif Ustazah buat kelas tambahan kem booster macam ni. Semoga mereka semua dapat keputusan yang cemerlang. Aamiin...
    Senang sekolah dekat je dengan rumah, jalan kaki je. Senang nak hantar bekal pun. Seronoklah masing-masing dapat belajar dan makan-makan kongsi bekal.

    BalasPadam
  11. bagusnya kakak rania mau join kem cmni penuh aktiviti semua

    BalasPadam
  12. Wah..bagusnya sek Kafa nya..sek anak linda tak mula lagi,biasa lagi 2 bulan baru ada kelas tambahan..layan je lah...abang Mueez tu pun tak tau lah mcm mana nanti..

    BalasPadam
  13. Padat ngan aktiviti, bagus ye program ni...

    BalasPadam
  14. Anak sulung kita baru darjah 4 tapi sekolah dah bagi focus pada UPKK ni.. mmg terbaikla sekolah top 5 dalam negeri pahang.. insyallah semoga berjaya Amin..

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Dikuasakan oleh Blogger.