Kem Booster Alpha UPKK Siri 2
Hari Sabtu 12 Julai 2025 sekolah KAFA adik Rania sekali lagi mengadakan Kem Booster Alpha UPKK Siri 2 pulak. Tentatif masih sama dari 9 pagi hingga 9 malam. Cuma topik yang berbeza dengan siri 1. Sebanyak 3 siri untuk sepanjang bulan ni. Tinggal lagi 1 siri yang akan diadakan pada Sabtu akan datang.
Seperti biasa sebelum 9 pagi adik Rania dah kalut nak ke KAFA. Ibu cakap datang la lambat sikit ustazah tulis dalam tentatif tu 9 pagi - 9.10 pagi ketibaan pelajar. Dia jenguk dari rumah tengok kawan-kawan dah ramai datang dia pun nak pergi dah.
Taktaula basah kena apa baju tu |
Dari malam sebelum tu dah siap packing baju letak dalam beg. Pelajar akan mandi sebelum waktu Maghrib so kena bawak peralatan mandi dan baju sepersalinan. Anak-anak memang excited dapat bersama dengan kawan-kawan sepanjang kem.
Ibu la yang sunyi kat rumah takde geng nak gaduh. Selalu adik Rania suka cari pasal dengan ibu dan kakak. Ada jela yang digaduhkan. Bila adik Rania kat kem terasa sunyi pulak. Daripada duduk rumah main handphone elok la dia hadir kem.
Makan tengahari tak perlu hantar sebab ada parents sumbang makanan tengahari. Alhamdulillah rezeki anak-anak. Cie takde menyumbang apa-apa minggu lepas. Husband takde kerja hari Sabtu tu yang tak keluar nak beli apa-apa. Minggu depan la plan nak bagi cocktail. Dah beli bahan cuma bekas je belum beli. Senang pack satu sorang.
Ringan la tugas ibu lunch dah ada parents sumbangkan makanan. Ibu masak dinner jela. Ibu buat nasi goreng ayam je. Senang dan mudah nak pack dalam bekas disposable. Adik Rania siap pesan nak nasi sikit, ayam 1, timun 1. Tapi ibu bagi la 2 ayam kecik je.
Ibu dan kakak Raisha agak adik Rania nak makan sikit sebab dia takut tak sempat nak kejar masa. Dia jenis makan lambat. Kalau makan kat rumah memang menambah nasi goreng dan dia orang last akan siap makan.
Balik je dari kem malam tu duk cakap lapar. Kesian pulak ibu dah agak dah memang dia akan lapar. Makan jela kerepek apa yang ada kat rumah. Risau nak letak nasi banyak takut dia tak sempat makan dan tak habis nanti dia buang je.
Ustazah ada share gambar aktiviti anak-anak. Tak banyak sangat gambar adik Rania. Ada 2 je ok la ibu save terus. Aktiviti dari pagi sampai malam memang pack. Petang je ada masa riadah. Riadah pun bukan main kosong je. Ada berkaitan dengan belajar juga.
Memang rajin ustazah KAFA adik Rania ni buat pelbagai kelas dan kem. Patut la yuran untuk pelajar tahun 5 ada bayaran extra RM60 setiap bulan. Yuran biasa tu RM50 sebulan. RM110 sebulan yuran adik Rania.
Banyak kelas ustazah dah susun sepanjang Julai. Setiap bulan berbeza. Bulan Jun hari tu kelas malam Isnin hingga Rabu dan kelas Sabtu sampai petang, kelas Ahad sampai tengahari.
Bulan Julai ni setiap Sabtu ada kem booster selama 3 minggu. Setiap malam Isnin hingga Rabu ada kelas. Ogos nanti taktau la apa pulak program yang ustazah aturkan.
Semoga dipermudahkan urusan Raniah. Lulus cemerlang. Aamiin!
BalasPadamPenuh jadualnya, tiap sabtu ada kem
BalasPadamMoga beroleh kejayaan ya.....
BalasPadamterharu dengan seemua guru-guru yang bertungkus lumus, demi kejayaan untuk anak bangsa....all the best adik...
BalasPadam