Masak Menu Instant Untuk Dinner

Oleh kerana lunch tadi dah masak menu yang berat dan makan pun dah pukul 2 lebih so malam masak menu instant je untuk dinner. Nak tapau makanan kedai pun taktau nak makan apa. Nak makan luar pun malas nak keluar. So decide masak jela apa yang ada.

Masak Menu Instant Untuk Dinner

Masuk dapur tengok ada 2 bungkus indomie dan 1 bungkus mi kari Gardenia. So buat indomie jela terus sekali 3 bungkus. Tak guna perencah kari tu jela just guna perencah indomie. Rebus je mi segera then gaul dengan perencah indomie.

Masak Menu Instant Untuk Dinner

Teringat minggu lepas ada beli popia carbonara frozen dari staf Cie 2 bungkus. Sebungkus ada 10 pcs RM8. Cie goreng 6 ketul je untuk makan malam ni.

Masak Menu Instant Untuk Dinner

Petang semalam pun ada beli french toast 7E Cafe belum makan lagi simpan dalam fridge so Cie panaskan jela tadi. Semalam beli 3 sandwich chicken slice dan 1 french toast chicken slice. 2 sandwich Cie dan kakak Raisha dah makan petang semalam. 1 sandwich adik Rania dah makan tengahari tadi so tinggal 1 french toast jela.

Cie goreng jugak telur mata 2 biji je. Adik Rania makan telur putih je, Cie la kena makan telur kuning tu. Cie dan husband jela makan telur mata. Adik Rania ambil sikit telur putih yang Cie dan telur putih yang babah dia tu. Kakak Raisha taknak telur tu yang Cie goreng 2 biji je.

Masak Menu Instant Untuk Dinner

Tambahan penyedap makan dengan indomie mesti ada keropok goreng, cili potong, timun dan limau kasturi. Baru la sedap dan enak dimakan. Masak yang instant macam ni jela bila takde idea dah nak makan apa, nak masak apa. 

Asalkan kenyang semua perut-perut orang dalam rumah ni cukup la bersyukur dengan rezeki hari ni. Lepas Maghrib tadi dah kami dinner sama-sama. 

Habis dah cuti weekend 2 hari. Esok semua dah kembali ke rutin biasa. Suami isteri kerja dan anak-anak sekolah. Minggu ni negeri Pahang akan cuti pada Jumaat nanti sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang. Sepatutnya 30 Julai tapi kerajaan Pahang pinda kepada 25 Julai. Entahla kenapa. 

4 Comments

  1. Best laaa keje 4 hari je.. Jumaat pulak tu yang cuti.. memang heaven lah😁

    BalasPadam
  2. Sedapnya menu mee goreng tu.. tetiba teringat mee goreng kat kedai mamak la pulak.. ^^

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.