Projek Buat Cocktail

Hari Sabtu 19 Julai baru ni Cie buat projek cocktail. Nak hantar ke sekola KAFA adik Rania dia ada lagi kem booster UPKK terakhir untuk bulan Julai. Cie plan dari minggu lepas dah nak buat projek cocktail sebab ada nata de coco dalam fridge tu dah lama adik Rania la nak makan beli sebekas dia makan sikit je lepas tu tak makan dah.

Projek Buat Cocktail

Sebelum expired baik la kita plan buat cocktail je bagi anak-anak UPKK makan just tambah beli bahan lain je. Minggu lepas dah beli 1 tin susu cair, 1 kotak susu full cream, 1 tin laici dan 1 tin cocktail. Bila tengok semula macam tak cukup je pelajar ada 28 orang mesti kena buat 28 bekas dan extra untuk ustazah sekali.

Projek Buat Cocktail

So masa keluar makan kat kedai hari Jumaat tu terus singgah Mini Ria beli lagi 1 bekas nata de coco, 1 tin cocktail dan 1 tin laici. Bekas pulak husband dah beli pagi Jumaat tu. Sudu memang dah ada kat rumah. Susu cair guna 2 tin. 1 tin lagi memang stok dah ada kat rumah.

Projek Buat Cocktail


Resipi Cocktail 

Bahan-bahan Cocktail

2 tin cocktail
2 tin laici
1 1/2 bekas nata de coco
1 liter susu full cream
1/2 cawan susu pekat

Cara Membuat Cocktail

Nak buat cocktail ni takdela susah sebabnya campurkan je semua bahan tu. Cuma Cie tak guna air nata de coco dan air cocktail tu. Cie cuma guna air laici je campur dalam bancuhan susu. Bagi Cie air cocktail dan air nata de coco tu rasanya tak sedap kalau dimasukkan sekali.

Projek Buat Cocktail

Projek Buat Cocktail

Projek Buat Cocktail

Susu pulak guna 3 jenis susu. Bancuh sekali iaitu susu cair, susu full cream dan susu pekat. Kacau sebati.

Projek Buat Cocktail

Disebabkan nak bagi anak-anak setiap sorang 1 bekas jadinya Cie kena bahagikan semua bahan tu sama banyak la lebih kurang ke dalam setiap bekas tu. Cie buat 38 bekas.

Projek Buat Cocktail

Dah siap bahagikan ke dalam semua bekas tu baru la Cie tuangkan bancuhan susu. Selepas dah siap semua Cie masukkan dalam fridge sekejap. Cie start buat pukul 3.30 petang. Ngam pukul 4.30 petang siap semuanya dan terus simpan dalam fridge.

Projek Buat Cocktail

Pukul 5.30 petang macam tu baru la Cie hantar ke sekolah KAFA. Letak dalam bekas polistrin dan letak ketulan ais. Mulanya Cie nak hantar jalan kaki je tapi berat pulak. Husband pulak tak balik dari program lagi. Maka nya start la kereta hantar kejap walaupun tak sampai 1km pun.

Projek Buat Cocktail

Adik Rania balik dari kem terus cari ibu dalam bilik. Katanya habis semua cocktail sedap sangat. Mereka makan waktu petang. Lepas solat agaknya sebab masa ibu hantar tu mereka baru nak solat. Alhamdulillah lega dengar semua cocktail tu habis. 

4 Comments

  1. alhamdulillah dpt berkongsi rezeki dgn budak-budak... bangga la tu rania kan sbb kwn² puji maknya masak sedap

    BalasPadam
  2. Good idea. Nanti bole buat juga utk sedekah kawan2 anak akk :)

    BalasPadam
  3. NIE kadang² buat kat rumah, memang ngulang je lah anak²..dah lama juga tak buat koktel nie

    BalasPadam
  4. Hmmm..Sedapnyaaaa..Dah lama x buat...=q

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.