Kegunaan Sos Sachet Dalam Masakan

Kalau beli makanan bungkus macam ayam goreng, popia, burger atau keropok lekor memang automatik kita akan dapat sekali sos dalam bentuk sachet kecil. 

Kegunaan Sos Sachet Dalam Masakan

Satu kali beli, dapat dua tiga paket. Lama-lama kalau tak digunakan, sos tu akan terkumpul banyak dalam laci, peti ais atau bekas khas. Dekat rumah Cie ni pun sama satu bekas penuh dengan sos-sos ni.

Awalnya Cie biarkan je. Niat asal, “Nanti boleh guna untuk cicah.” Tapi realitinya sos tu jarang terusik. Bila beli pek makanan lain, dapat lagi. Lama-lama stok makin bertambah, tapi tak digunakan pun. 

Semalam mengemas dapur check expired date sos tu pun ada la beberapa sachet dah expired 2024. Punya lama terbiar dalam bekas tu. Check semua expired date ada la dalam 10-15 sachet expired bulan Ogos ni. Yang expired 2026 pun banyak.

Sayang pulak kalau nak buang. Jadi, daripada dibazirkan macam tu je, Cie ambil keputusan untuk masak guna sos tu. Jadilah Ayam Goreng Sos untuk makan malam kami sekeluarga malam ni.

Nak tahu macam mana rasanya? Sama je rasanya dengan sos dalam botol tu. Sos-sos kecil tu memang berjasa besar malam ni.

Sos Sachet Banyak Kegunaan


Ramai anggap sos dalam sachet ni kecil dan tak penting. Tapi sebenarnya kalau dikumpul banyak-banyak, boleh buat satu hidangan lengkap. Sos dalam sachet ni ada banyak jenis:

  • Sos cili – yang paling biasa kita dapat. Pedas manis dan sesuai untuk ayam goreng atau makanan bergoreng.
  • Sos tomato – rasa manis, sesuai untuk budak-budak atau sebagai asas masakan berkuah.
  • Sambal kicap / Sos Thai – jarang dapat, tapi kalau dapat memang bonus.

Kelebihan sos sachet ni:

  • Tak mudah tumpah
  • Tahan lama
  • Mudah disimpan
  • Sesuai untuk “emergency” bila kehabisan sos botol
  • Boleh bawak travel / camping


Cuma masalahnya, kalau terlalu banyak terkumpul dan tak digunakan, akhirnya akan rosak atau melepasi tarikh luput. Jadi daripada dibazirkan, lebih baik kita kreatif guna dalam masakan.

Masak Ayam Goreng Sos Guna Sos Sachet – Mudah Tapi Sedap


Semalam masa fikir nak masak apa untuk dinner hari ni, Cie teringat stok sos sachet yang makin banyak tu. Tengok dalam freezer ada ayam. Haaa idea pun datang Ayam Goreng Sos Guna Sos Sachet!

Kegunaan Sos Sachet Dalam Masakan



Bahan-bahan:
6 ketul ayam 
Garam & serbuk kunyit untuk perap
10–15 paket sos cili (boleh campur dengan sos tomato kalau ada)
1/2 biji bawang besar (hiris)
3 ulas bawang putih (hirus)
Sedikit air
1 sudu besar gula
Bahan perasa
Daun ketumbar

Cara Memasak:
  1. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam sampai garing.
  3. Salin minyak goreng tu tinggalkan sedikit je, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi dan layu.
  4. Masukkan semua sos sachet tadi. Campur sikit air supaya tak terlalu pekat.
  5. Tambah gula dan bahan perasa.
  6. Gaul semua bahan sampai sebati dan kuah pekat.
  7. Masukkan ayam goreng tadi ke dalam sos, gaul rata. Masukkan daun ketumbar.
  8. Siap untuk dihidangkan!

Makan dengan nasi putih panas-panas, memang puas hati. Anak-anak pun suka sebab rasa dia seakan ayam masak merah tapi lebih simple dan pedas manis.

Lebih Jimat, Kurang Membazir


Lepas dah guna sos sachet tu maka berkurang la stok sos sachet yang ada kat rumah ni. Dapat elakkan pembaziran. Sos botol kita pun boleh jimat. Sebenarnya bukan ayam goreng je kita boleh buat guna sos sachet. Banyak lagi idea lain:

Spaghetti Sos Cili & Tomato:

Campurkan sos cili dan tomato sachet, tumis dengan bawang dan sedikit daging kisar. Siap dah sos pasta versi bajet.

Burger Homemade:

Guna mayonis dan sos cili sachet untuk sapuan burger. Rasa tetap padu!

Telur Goreng Sos atau Telur Rebus Goreng Sos:

Buat telur mata kicap. Kalau telur rebus goreng sekejap telur tu bagi garing. Lepas tu buat sos macam ayam goreng sos tu.

Ikan Goreng Sos:

Goreng ikan, kemudian tumis bawang dengan campuran sos cili sachet dan sikit air asam. Simple tapi sedap.

Yang penting, kita kreatif. Jangan buang sebelum fikir boleh guna untuk apa. Kadang-kadang dari benda kecil macam sos sachet pun kita boleh cipta resepi baru.

Lepas Ni Jangan Buang Sos Sachet Tu


Dulu Cie pun rasa macam sos sachet ni tak penting sangat. Tapi bila dah buat ayam goreng sos tadi, terus rasa berbaloi simpan. Rasa dia tak kalah langsung dengan sos botol biasa. Malah lebih jimat, tak perlu beli sos baru pun.

Daripada terus simpan sampai tak tahu nak buat apa, baik guna terus. Masak untuk keluarga, boleh elak pembaziran, dan satu rumah kenyang makan malam.

Selalunya husband la tukang bawak balik sos sachet ni bila dia beli makanan. Cie kalau beli makanan bagitau siap-siap kat penjual taknak sos. Sebab kita tapau bawak balik rumah untuk makan. Memang tuang sos botol jela senang malas nak buka sos sachet tu.

Kalau kat rumah korang ada stok sos sachet yang banyak, jangan biar je. Cuba masak sesuatu dengannya. Mulakan dengan ayam goreng sos yang mudah, sedap dan confirm habis anak-anak dan suami makan dengan penuh selera!

5 Comments

  1. Kat rumah pun ada jugak sos sachet banyak2 ni. Macam biasa, niat asalnya konon nak makan cicah2. Last2 terguna sos botol jugak..

    Elok macam ni kan,perabiskan sos sachet mana yg tu

    BalasPadam
  2. Kalau tak habis biasanya baling dalam esboklah

    BalasPadam
  3. Bagus Cie x membazir boleh gunakan blk utk mskan lain

    BalasPadam
  4. Jarang buang sos sachet sebab suka letak sos banyak. Kadang kena tambah sos di rumah lagi :)

    BalasPadam
  5. bagus idea cie...kakmieja pon sama, banyak ....akak bawak pergi opis....sebab dekat opis selalu buat makan-makan

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.