Menu Lunch Dan Dinner Hari Ni

7/06/2025 08:50:00 PTG
Plan nak balik kampung pun tak kesampaian. Plan nak melepak kat Tealive dengan anak-anak pagi tadi pun tak jadi. Kononnya nak pergi Kedai ECO beli barang sikit lepas tu terus nak melepak kat Tealive. Malas punya pasal nak keluar rumah maka nya mereput jela kat rumah lepas sarapan mi goreng pagi tadi.



Menu Lunch Hari Ni

Pukul 11 lebih macam tu check in kitchen masak lunch. Masak rajin pulak. Hihi. Menu lunch hari ni:

  • Tomyam ayam dan sayur
  • Telur dadar goreng crispy
  • Tempe goreng tepung bestari
  • Ulam timun
  • Sambal belacan
Menu Lunch Dan Dinner Hari Ni


Tomyam Ayam dan Sayur

Setiap kali husband beli ayam dan bersihkan ayam akan ada bahagian tulang leher, bahagian isi ayam so selalunya Cie akan asingkan sebekas untuk masak tomyam atau sup.  Cie guna perencah tomyam Nona. Selalu tukar-tukar perencah ni.

Menu Lunch Dan Dinner Hari Ni


Sayur pulak Cie letak cendawan, bunga kobis, tomato ceri. Bahan lain daun ketumbar, bawang besar dan serai je. Masukkan je semua dalam periuk. Letak bahan perasa dah siap. Lepas tutup api masukkan sos ikan dan jus limau.

Telur Dadar Goreng Crispy

Nak bagi crispy tu tips nya adalah kena minyak banyak dan betul-betul panas. Dalam telur pulak kena letak air bancuhan tepung jagung. Tepung jagung tu dalam 1/2 sudu teh dan air 1 sudu besar macam tu masuk je sekali dalam telur dan pukul.

Menu Lunch Dan Dinner Hari Ni

Cie goreng 2 biji telur. Minyak dalam 1 cawan kot anggarannya. Bagi betul-betul panas berasap tu baru masukkan telur. Nanti akan jadi crispy la.

Tempe Goreng Tepung Bestari

Potong tempe nipis-nipis. Bancuh tepung bestari dengan sedikit air. Masukkan tempe. Kacau-kacau bagi sebati. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.

Menu Lunch Dan Dinner Hari Ni

Ulam Timun dan Sambal Belacan

Cie suka guna timun jepun. Rangup je. Sambal belacan tu pulak ada balance sambal nasi kukus tu. Selalunya memang banyak lebih. Simpan jela dalam fridge tahan lama jugak. Sekali makan sikit-sikit je.

Menu Lunch Dan Dinner Hari Ni


Menu Dinner Hari Ini

Oleh kerana breakfast dan lunch tadi dah rajin masak, Dinner dah tak berapa rajin nak masak. Alang-alang pukul 5 lebih tadi ke Kedai Eco terus la misi mencari dinner. Tanya anak-anak macam biasa la jawapan taktau.

Babahnya cakap tapau kuetiau Sungai Kerpan jela.
Dalam fikiran Cie pun menu sama cuma malas nak cakap kot mereka ada idea lain. Nampaknya fikiran Cie dan husband sama. Sampai je kedai husband sorang je turun untuk tapau.

Menu Lunch Dan Dinner Hari Ni

Cie dan husband kuetiau kerang, adik Rania char kuetiau udang, kakak Raisha nasi goreng udang. Kakak Raisha memang tak makan sangat kuetiau. Kalau ibu masak takde menu lain baru dia makan.

Menu Lunch Dan Dinner Hari Ni

Cie suruh juga husband beli keropok lekor goreng. Kalau makan panas-panas sedap. Bila dah sejuk jadi liat. Anak-anak makan dalam kereta dah. Sampai rumah dah tinggal berapa keping je.

Menu Lunch Dan Dinner Hari Ni

Sampai rumah tengah snap gambar makanan dengar orang bagi salam. Tapinya sekali je. Intai kat sliding takde orang pun kat luar. Maybe orang datang rumah jiran. Lepas tu jiran whatsapp kata ambil keropok atas gate. Jiran bagi keropok lekor rupanya. 

Menu Lunch Dan Dinner Hari Ni

Rezeki. Nanti esok la goreng. Malam ni dah off kitchen dan tadi pun dah beli keropok lekor jugak.

9 ulasan:

  1. Salam kunjungan..selamat menjamu selera

    BalasPadam
  2. Timun Jepun memang rangup. Kadang-kadang kalau perut lapar, sambil masak saya ratah jew sampai setengah biji. Biasanya kalau balik kerja, lewat sampai rumah laaaa, kelam kabut nak masak.

    BalasPadam
  3. Oo..gitu cara hasilkan telur dadar crispy. Campur bancuhan tepung jagung.
    Pernah makan kat kedai, tapi tak pernah buat sendiri.

    BalasPadam
  4. Dalam malas keluar tu, rajin masak makanan sedap-sedap di rumah. Sedapnya tempe goreng, kena ada sambal kicap baru sedap tu. hihi..
    oo akhirnya keluar jugak petang tu ek. Okaylah dapat cuti masak malam. Kuetiau macam tu saya suka siap ada cili jeruk lagi. Alhamdulillah rezeki dapat keropok lekor. Dapat juga buat menu minum petang esoknya kan.

    BalasPadam
  5. Kalau dirumah ammi pun selalu beli timun jepun sbb lebih sedapkan banding timun biasa ru

    BalasPadam
  6. bila malas nak keluar, jadi auto rajin ke dapur, jika tiada bahan nak masak jadi auto foodpanda, muahahaa.
    kita suka keropok yg da liat, hahaaa lambat sikit habis bila mengunyah.

    BalasPadam
  7. Lepas ni bawak lunch kena banyakkan portion sayur la kan...

    BalasPadam
  8. Penuh nyer makanan.. tak tahu nak comment yang mana huhuu :D
    tom yam ayam tu mmg favorite anak2.. tempe goreng bistari tu nk try buatlah..

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Dikuasakan oleh Blogger.