Hari Jumaat selalunya husband akan beli makanan untuk lunch. Biasanya gilir-gilir je menu sama ada nasi ayam, nasi kukus atau lauk-pauk campur. Oleh kerana 2 minggu dah nasi ayam dan nasi kukus maka nya Cie masak nasi pagi tadi sebelum pergi kerja.
Kalau Cie tak masak nanti sure la husband akan beli nasi ayam pulak sebab minggu lepas dah nasi kukus. Anak-anak cakap bosan dah nanti mesti babah beli nasi ayam pulak. Tu yang Cie masak nasi siap-siap sebelum pergi kerja pagi tadi.
Husband beli lauk kat Restoran Gulai Kampung. Kurma ayam, ikan keli berlado, kerepek kentang dan kerabu mangga. Lauk ni jela yang biasa husband akan beli kalau kat situ. Sebelum ambil kakak Raisha balik sekolah husband singgah beli lauk dulu. Cie ambil adik Rania.
Gitu lah kami berbagi ambil anak sebab sekolah tak sama. Kakak Raisha dah sekolah menengah, adik Rania sekolah rendah lagi. Laluan tak sama. Kalau salah sorang takde husband kerja luar atau Cie kerja luar memang kalut la kena ambik 2 orang sekali.
Balik rumah Cie panaskan sekejap nasi. Nasi siap panas je husband pun sampai dengan kakak Raisha bawak balik lauk. Boleh la kami makan lunch sama-sama. Kalau hari Isnin hingga Khamis Cie la yang beli makanan sebab Cie ambil adik Rania dulu balik pukul 1. Kakak Raisha babah dia ambil balik pukul 2.
Selalunya beli makanan yang simple je kalau hari Isnin hingga Khamis sebab waktu terhad. Adik Rania balik pukul 1 dan sampai rumah dah hampir 1.30 petang. Pukul 2.15 macam tu nak ke kelas KAFA dah. Hari Jumaat lama la sikit rehat boleh la makan nasi berlauk.
Tu yang hari Jumaat menu berat sikit untuk lunch. Hari lain menu ringan je sebab masing-masing nak cepat waktu rehat sekejap je.
11 Comments
Senang dah ni tinggal masak nasi dan beli lauk. Bosan jugak tu kalau rotate nasi ayam dan nasi kukus tiap Jumaat, hihi.
BalasPadamSaya baru handle sorang nak ambil nak hantar sekolah...tu pun dh kelam kabut...
BalasPadamMacam ni pun ok...tapi akak x leh buat macam ni..PZ perut dia x sesuai masakan kedai..dia langsung x leh ada ajinomoto..sebab tu la sebenarnya akak memang kena masak
BalasPadamMasak nasi beli lauk pun ok, beli yg anak-anak suka makan. Rutin bila anak-anak sekolah tak sama sessi, kak mieja dah lalui fasa kelam kelibut ...nostalgia
BalasPadamsis pun macam ni jugak walaupun tiada anak.. kadang-kadang kalau tak larat nak masak makan malam, sis beli la makanan atau lauk siap2.. sebab biasanya sampai rumah dalam kul 7.00 petang.. tinggal masak nasi je nanti..
BalasPadamsama la dgn Taufik....kalau tak sempat nak masak kalau kerja...balik je rumah beli lauk...masak nasi...Settle
BalasPadamMZ hari2 tapau la sbb keje kan
BalasPadam..weekend kdg2 masak2 jugak simple2
MZ hari2 tapau la sbb keje kan
BalasPadam..weekend kdg2 masak2 jugak simple2
Lauk beli pun nampak semua sodap!
BalasPadamSaya pernah ambil anak sekolah rendah dan menengah. Hantar dan ambil. Tapi saya surirumah. Tak perlu kejar masa.
BalasPadamSuka lauk kerabu mangga tu. Boleh tambah selera makan.
Salute lah Cie.. tengahari masih sempat ambil anak dan sambung semula kerja.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.