Hari Jumaat selalunya husband akan beli makanan untuk lunch. Biasanya gilir-gilir je menu sama ada nasi ayam, nasi kukus atau lauk-pauk campur. Oleh kerana 2 minggu dah nasi ayam dan nasi kukus maka nya Cie masak nasi pagi tadi sebelum pergi kerja.

Kalau Cie tak masak nanti sure la husband akan beli nasi ayam pulak sebab minggu lepas dah nasi kukus. Anak-anak cakap bosan dah nanti mesti babah beli nasi ayam pulak. Tu yang Cie masak nasi siap-siap sebelum pergi kerja pagi tadi.

Husband beli lauk kat Restoran Gulai Kampung. Kurma ayam, ikan keli berlado, kerepek kentang dan kerabu mangga. Lauk ni jela yang biasa husband akan beli kalau kat situ. Sebelum ambil kakak Raisha balik sekolah husband singgah beli lauk dulu. Cie ambil adik Rania.

Menu Lunch Lauk Beli Je

Gitu lah kami berbagi ambil anak sebab sekolah tak sama. Kakak Raisha dah sekolah menengah, adik Rania sekolah rendah lagi. Laluan tak sama. Kalau salah sorang takde husband kerja luar atau Cie kerja luar memang kalut la kena ambik 2 orang sekali.

Balik rumah Cie panaskan sekejap nasi. Nasi siap panas je husband pun sampai dengan kakak Raisha bawak balik lauk. Boleh la kami makan lunch sama-sama. Kalau hari Isnin hingga Khamis Cie la yang beli makanan sebab Cie ambil adik Rania dulu balik pukul 1. Kakak Raisha babah dia ambil balik pukul 2. 

Selalunya beli makanan yang simple je kalau hari Isnin hingga Khamis sebab waktu terhad. Adik Rania balik pukul 1 dan sampai rumah dah hampir 1.30 petang. Pukul 2.15 macam tu nak ke kelas KAFA dah. Hari Jumaat lama la sikit rehat boleh la makan nasi berlauk.

Tu yang hari Jumaat menu berat sikit untuk lunch. Hari lain menu ringan je sebab masing-masing nak cepat waktu rehat sekejap je.