Menu Simple Di Hari Sabtu

7/12/2025 07:15:00 PTG
Takde aktiviti pun hari ni. Tinggal berdua je dengan kakak Raisha. Babahnya kerja sampai petang. Adik Rania kat kem booster sampai malam. 

Pagi tadi sempat la berjalan atas walking pad 2km. Lepas tu iron baju kerja seminggu. Begitulah rutin Cie setiap minggu. Kalau tak Sabtu, Ahad iron baju kerja. Siap iron baju kerja terus masuk dapur masak.

Menu Simple Di Hari Sabtu

Malas nak keluar mencari makan. Masak yang simple pun ok je. Kakak Raisha on je makan menu simple dia tak memilih. Adik Rania memilih sikit makan. 

Menu Simple Di Hari Sabtu

Cie masak nasi banyak terus sebabnya untuk dinner plan masak nasi goreng je. Untuk lunch Cie goreng telur dadar je. Macam biasa telur dadar Cie letak bancuhan tepung jagung nak dapatkan tekstur garing tu.

Stok sambal hitam buat hari tu masih ada. Boleh la makan nasi putih, telur dadar dan sambal hitam. Sayur yang ada cuma salad, timun dan tomato ceri je. Makan macam ni pun dah sedap dah. 

Cie suka makan kering-kering je. Tak suka sangat makanan berkuah. Anak-anak pulak suka makanan berkuah tu yang kena juga masak lauk berkuah.

Lepas lunch mengantuk la pulak mata. Terlelap la jugak akhirnya. Dah takde aktiviti nak dibuat. Hujung minggu memang waktu berehat dengan tenang. Hari kerja takde sangat masa nak berehat so bila hujung minggu kita berehat secukupnya sebelum nak mengadap hari bekerja yang sibuk.

Pukul 5 Cie mula masuk kitchen dah. Masak nasi goreng simple je. Tumbuk cili padi, bawang putih dan bawang besar je. Terlupa nak tumbuk ikan bilis sekali. Dah tumis dalam kuali baru teringat tak tumbuk ikan bilis. Takpela bawang pun ok je.

Cie tumis guna minyak lebihan goreng-goreng tu yang nampak kuning nasi goreng Cie. Minyak bekas ada serbuk kunyit tu jadi kuning pada nasi. Dalam nasi goreng takde sayur. Anak-anak tak makan sayur lagipun stok sayur tinggal ulam je belum beli barang dapur.

Ayam pulak Cie celup dan gaul dengan tepung bestari dan tepung serbaguna aroma Cie baru beli hari tu nak try. Berkali dah try. Sedap lagi tepung bestari.

Menu Simple Di Hari Sabtu

Kalau menu bergoreng mesti kena ada cili potong dan keropok goreng. Keropok Cie goreng dah pagi tadi masa goreng cekodok tu guna minyak yang sama. Tak lengkap makan nasi goreng kalau takde keropok. 

Menu Simple Di Hari Sabtu

Oleh kerana nasi goreng takde sayur, Cie ada ulam je pun boleh la makan dengan nasi goreng. Ada baby timun, salad dan tomato ceri. Baby timun tu beli minggu lepas sebab timun jepun takde masa Cie beli barang tu. Ada timun kecil tu je Cie panggil la baby timun. Hihi

Tomato ceri tu buat ulam sedap manis je. Sedap Cie suka makan buat ulam. Cie selalu beli tomato ceri buat stok dalam fridge. Jarang beli tomato merah besar tu. 

Awal siap masak tadi 5.45 petang dah siap masak, hidang, snap gambar. Makanan adik Rania letak dalam bekas disposable je. Lepas makan dia boleh terus buang je. Hari ni tak letak notes dah. Minggu lepas letak notes dia baca. Hihi

Dah cakap kat adik Rania pagi tadi, ibu masak nasi goreng ayam je nanti hantar kat KAFA. Dia ok je siap pesan ayam nak 1 je, nasi taknak banyak, timun 1. Kita ni risau takut tak cukup nasi selalu kat rumah makan bertambah. Agaknya nak kejar masa terhad jadinya makan sikit cepat siap.

Tadi pun Cie hantar dah 6.30 petang. Mereka tengah beriadah kat luar. Lepas Cie siap hantar baru la ustazah bagi masuk untuk mandi dan makan pulak sebelum solat berjemaah waktu Maghrib.

Tak sabar nak tunggu dia balik malam kang share apa aktiviti hari ni. Rumah ni kalau takde adik Rania senyap jela. Dia je banyak cakap dan suara kuat. Kakak Raisha bercakap juga tapi perlahan je. Adik Rania bercakap macam nak bergaduh. Lain anak lain perwatakan.

9 ulasan:

  1. Memang tak kemana lah kan..cikgu² KAFA pun bagus..sanggup korbankan hujung minggu... semoga yg baik² je untuk anak²

    BalasPadam
  2. simple dan sedap! MZ keje lah semlm dan hari ni

    BalasPadam
  3. Sedapnya menu walaupun simple macam tu. Saya pun suka lauk kering-kering je. Janji ada sambal dan ulam tu dengan lauk utamanya. Sedap tu nasi goreng guna lebih minyak goreng. Lagi sedap. Makan nasi goreng dengan keropok ikan lagi bertambah sedapnya.

    BalasPadam
  4. Best makan simple² macam ni tapi kita tak boleh, kena jugak ada lauk berkuah. Kalai terlupa tumbuk ikan bilis, boleh goreng ikan bilis asing, makan bersama nasi goreng.

    BalasPadam
  5. Balance lah 2 anak tu.
    Kalau takde adik sunyi pula ya.

    BalasPadam
  6. nasi goreng ada keropok hmmm tau2 je bertambah 3 kali hehehe

    BalasPadam
  7. makan nasi goreng mesti kena ada keropok!

    BalasPadam
  8. Simple tapi sedap nih. 😁😁. Kalo saya yg penting ada sambal. Mau berkuah atau tidak 😄. Memang lah, kalau anak yg karakternya ramai, di saat dia tak ada, langsung terasa sepi rumah kan 🤭

    BalasPadam
  9. sedap cie...menu simple ....nak keluar nak kena bersiap bagai ....cuaca panas lagilah malas...

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Dikuasakan oleh Blogger.