Nasi Lemak Homemade Untuk Breakfast Dan Lunch

Hari ini Cie masak satu menu yang boleh dimakan berkali-kali iaitu untuk sarapan pagi dan makan tengah hari sekaligus. Menu pilihan Cie tentulah nasi lemak homemade. 

Selain sedap dan mengenyangkan, nasi lemak juga mudah disediakan kalau kena dengan cara. Lagi pun bila masak dalam kuantiti yang banyak, tak payah fikir nak masak dua kali. Jimat masa, jimat tenaga, jimat bajet. Senang sekali terus makan breakfast dan lunch jadi la brunch.

Kenapa Pilih Nasi Lemak?


Nasi lemak bukan sekadar menu biasa. Ia adalah makanan warisan yang dekat di hati kita semua. Aromanya yang wangi, lemak santannya yang menyerap dalam nasi, sambalnya yang pedas manis dan pelengkap seperti telur rebus, timun, kacang goreng dan ikan bilis rangup. Semuanya menjadikan nasi lemak satu hidangan yang lengkap.

Hari ni Cie terfikir nak buat nasi lemak jela sebab malas nak keluar mencari sarapan pagi. Husband ada program di Jerantut. Seawal 6.30 pagi dia dah keluar rumah. Adik Rania pulak ada kem booster UPKK lagi dari 9 pagi hingga 9 malam. Tu yang tercetus idea masak nasi lemak jela.

Nasi Lemak Homemade Untuk Breakfast Dan Lunch


Lagipun kalau Cie masak nasi lemak banyak nanti kakak Raisha boleh repeat makan berkali-kali. Jadi takdela Cie nak kena masak makanan lagi kan. Si kakak ni kuat makan tapi badan dia kurus jela tak naik pun badan.

Bahan-Bahan Nasi Lemak


Cie kongsi bahan yang Cie guna untuk sediakan nasi lemak hari ini. Resipi ini cukup untuk 5 hingga 6 orang makan lebih kurang:

Untuk Nasi:

  • 3 cawan beras biasa campur sedikit beras basmathi
  • 1 pek santan 65ml campur dengan air jadikan 4 1/2 cawan
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu kecil garam

Untuk Sambal:

  • Ikan bilis segenggam
  • 2 senduk cili blend yang dah dimasak - cili blend tu campur dah bawang besar dan bawang putih tumis sekejap lepas tu simpan dalam freezer. Boleh tahan lama.
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • Garam, bahan perasa dan gula secukup rasa
  • 1/2 sudu kecil pes asam jawa
  • 2 sudu besar minyak masak


Pelengkap Menu Nasi Lemak

  • Telur rebus
  • Telur mata goreng
  • Timun jepun dihiris nipis
  • Keropok goreng

Cara Penyediaan Nasi Lemak


1. Masak Nasi Lemak


Pertama sekali basuh beras hingga bersih. Masukkan bancuhan air santan dan garam serta daun pandan ke dalam mangkuk stainless steel. Kacau rata hingga sebati. Masukkan ke dalam pengukus. Kukus hingga masak. Bau harum daun pandan dengan santan tu memang cukup menyelerakan.

Nasi Lemak Homemade Untuk Breakfast Dan Lunch

Nasi Lemak Homemade Untuk Breakfast Dan Lunch


2. Buat Sambal Tumis


Masukkan minyak ke dalam kuali. Bila dah minyak dah panas, masukkan cili blend tadi. Tumis sekejap je sebab cili tu dah masak. Cie memang standby siap-siap dah cili blend masak supaya tak perlu tumis lama. Bila dah pecah minyak masukkan sedikit air, ikan bilis, bawang besar dan daun pandan. Kacau seketika. Biarkan sehingga bawang besar kecut sikit. Baru la perasakan. Sambal Cie ni warna je merah tapi tak pedas sebabnya Cie gula cili kering yidu. 

Nasi Lemak Homemade Untuk Breakfast Dan Lunch


3. Sediakan Pelengkap


Telur pulak Cie tak rebus. Masukkan dalam pengukus sekali dengan nasi tadi. Telur akan mudah dikupas kulit kalau kukus. Kejadiannya cantik je. Anak-anak tak makan telur kuning, mereka makan putih saja. Cie la tukang makan telur kuning.

Telur mata goreng Cie suka yang kuning cair.  Kalau keras Cie tak suka. Timun pulak Cie suka timun jepun rangup sikit. Keropok goreng pulak memang kesukaan kami anak beranak makan nasi lemak dengan keropok.

Nasi Lemak Homemade Untuk Breakfast Dan Lunch

Nasi Lemak Homemade Untuk Breakfast Dan Lunch

Nasi Lemak Homemade Untuk Breakfast Dan Lunch



Tip Jimat Masa

  • Cili blend masak siap-siap lepas tu simpan dalam freezer. Bila nak masak sambal tak perlu tumis lama dah.
  • Telur kukus sekali dengan nasi senang sekali masak je.

Tips Nasi Lemak Lembut Dan Wangi

  • Kukus nasi lemak akan membuatkan nasi menjadi lembut.
  • Campur beras biasa dengan sedikit beras basmathi.
  • Kukus nasi lemak bersama daun pandan.

Kenapa Masak Sekali untuk Dua Waktu?


Memudahkan kerja dan menjimatkan masa. Hari cuti nak banyakkan berehat. Lagipun hari ni Cie hanya tinggal dengan kakak Raisha je kat rumah. Jadinya tak payah la masak banyak kali dah. Senang sekali arung je makan breakfast dan lunch.

Apa Kata Anak-anak?


Alhamdulillah anak-anak Cie memang suka nasi lemak Cie masak. Sambal tak pedas senang anak-anak nak makan. Bertambah-tambah 2 beradik tu makan nasi lemak.

Nasi Lemak dan Nostalgia


Setiap kali masak nasi lemak, Cie pasti teringat zaman kecil dulu. Mak selalu masak nasi lemak. Bau santan dan sambal yang tengah ditumis masih Cie ingat sampai sekarang. Sambal nasi lemak mak sambal yang tersedap sekali. Rindunya nak makan masakan mak. Dah 15 tahun tak merasa air tangan mak.

Nasi lemak homemade bukan sahaja lebih sedap dan bersih, tetapi juga lebih jimat dan praktikal. Bila buat sendiri, kita tahu bahan apa yang digunakan. Kita boleh kawal tahap pedas sambal, kemasinan nasi, dan pilih lauk tambahan ikut citarasa sendiri.

Nasi lemak ni banyak pilihan sambal. Sambal kerang, sambal udang, sambal sotong. Bahan sampingan pulak boleh dimakan dengan rendang, ayam goreng, ikan goreng. Ada juga nasi lemak dimakan dengan kangkung celur. Semuanya atas selera masing-masing.

7 Comments

  1. fav my family ni! time rajin, i ada jugaklah masak nasi lemak sekali sekala

    BalasPadam
  2. Bestnyaaa....nasib tgh diet...kena sabar dulu..x leh nak buat nasi lemak sekarang

    BalasPadam
  3. sedapnya...kenyang sampai kemalam ni kalau kakmieja

    BalasPadam
  4. wahh sedapnya! senang yg rebus tu kukus sekali dgn nasi tadi. sekali jalan je
    thanks share resipi!

    BalasPadam
  5. Nasi lemak memang tak boleh tolak. Menu lejen, dulu kini dan selamanya.

    BalasPadam
  6. Sedapnya nasi lemak Cie menyelerakan

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.