Sarapan Mi Goreng
Seawal 7 pagi dah masuk kitchen nak masak sarapan. Cie masak mi goreng je pagi ni. Semalam beli barang dapur terus beli bahan mi goreng. Cie beli fish ball, taugeh, mi kuning Gardenia. Siew pak choy dah beli minggu lepas ada lagi sikit so boleh la letak dalam mi goreng.
Tiba rajin nak masak sarapan pagi ni sebabnya taktau nak makan apa kalau kat kedai. Makanan yang sama jela repeat pun. Masak sendiri jela lagi sedap dan boleh letak apa-apa bahan yang kita suka.
Resipi Mi Goreng Style Cie
Bahan-bahan Mi Goreng
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
Fish ball
Isi ayam
Siew pak choy
Taugeh
Kicap
Sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Minyak masak
Cara Membuat Mi Goreng
- Blend bawang putih dan bawang besar dalam chopper tapi Cie letak air sikit.
- Potong fish ball dan isi ayam ikut citarasa sendiri.
- Panaskan minyak dan masukkan fish ball. Goreng sehingga garing.
- Masukkan isi ayam pula dan kacau sampai masak.
- Masukkan bawang blend dan kacau rata. Biarkan hingga sedikit garing.
- Masukkan siew pak choy kacau rata.
- Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap dan sedikit air. Kacau rata.
- Masukkan mi kuning dan kacau hingga sebati.
- Akhir sekali masukkan taugeh kacau rata dan tutup api. Siap untuk dihidangkan.
Setiap orang ada cara sendiri untuk masak. Takde siapa salah atau siapa betul pun. Letak la bahan mana dulu pun end up hasilnya dapat la mi goreng.
Kalau masak kek ke biskut ke ye betul kena follow step by step baru la menjadi. Tapi kalau masak mi goreng ke apa takdela step by step kena masuk apa.
Ada orang tumis bawang dulu baru masuk bahan lain. Ada orang letak sayur last sekali terus tutup api. Ada orang letak bawang putih je tak letak bawang besar. Terpulang la sebab kita yang buat dia.
Jangan la jadi makcik terpaling ye.
Kalau saya tumis bawang dulu lepas tu baru bahan lain
Saya pulak tak suka letak kicap dalam mi goreng
Eh kalau saya letak cili kisar dalam mi goreng
Terpulang la kau nak letak apa makcik. Masak ni senang je jangan kita rumitkan. Campak-campak siap jadi la mi goreng. Begitulah ye tak perlu suruh orang ikut cara kita. Kita buat style kita je. Nama sama mi goreng tapi bahan atau cara masak tak semestinya sama.
Ada masa Cie tak letak juga sayur sebab nanti anak-anak asingkan sayur ke tepi mereka tak makan sayur. Tapi kalau nak sedap mesti kena ada sayur dalam mi goreng baru la tak nampak kosong je.
Mesti juga kena ada telur mata, cili potong, limau kasturi, keropok goreng. Ni la bahan sampingan untuk mi goreng Cie. Ada semua ni baru lengkap dan sedap. Sebelum makan tabur sikit bawang goreng dan daun sup. Tabur dalam pinggan sendiri la masa nak makan.
Awal sarapan mi goreng pagi tadi. Seawal 7.30 pagi adik Rania orang pertama duduk di meja makan. Lapar agaknya semalam makan awal kat kem dan ibu pulak letak nasi sikit je takut tak habis.
Cie dah try bancuh white coffee hadiah kiriman blogger Kak Amie. Husband nak minum. Cie rasa sikit. Sedap la white coffee tu. Cie buat suam. Nanti nak try bancuh letak ice pulak.
Nak pergi rumah Kak Ngah. 10 Julai nanti anak bongsu dia dah pergi masuk belajar kat UiTM Dengkil program asasi. Nak la hulur-hulur sikit kan sebagai hadiah dapat masuk belajar U. Tapi tu la malas pulak nak drive. Transfer jela nanti senang. Penyakit malas nak drive ni tak boleh nak ubah-ubah.
Aaa.. menyampah kalau jumpa orang yg terpaling ni, hihi.
BalasPadamCantiknya mi goreng, berkilat. Siap ada taugehnya. Mau dua pinggan kalau saya makan ni.
BalasPadamSkrol ke bawah, nampak gambar white coffee. Alhamdulillah. Bubuh ais pun sedap Cie. Minum panas pun ok.
Hehe... biasalah tu orang dok compare itu ini... itu yang kena mention "cara saya" 😁
BalasPadamend up pun jadi mi goreng juga kan.
Akak ni sekarang trigger betul lah kalau ada yang tunjuk mi goreng.. terus je rasa teringin.. adoiiiii
Sedapnya. Kita pun suka makan mee goreng dengan telur mata
BalasPadammi goreng u nampak so yummy la cie!
BalasPadamkopi 3 in 1 tu mcm baru nampak tadi, blog kakSA rasanya. mcm sama. hiiik!
Sedapnya nampak mi goreng cie masak. Cukup segala rencahnya. Ada limau dah bahan tepi sekali. Macam hidangan kat kedai pulak ni. Wah, dah rasa eh Tawau White Coffee. Saya belum sempat bancuh lagi.
BalasPadamalhamdulillah. home cooked meal memang terbaek
BalasPadamsedapnya mee goreng.. baru perasan dah lama jugak tak masak mee goreng ni.. hehehe.. ^^
BalasPadamSiaap yg terpaling tu..mengada...kak SA laginsuka masak x ikut resepi...campak2 je jadi...kan? Akak memamg penggemar mee goreng macam SK
BalasPadam