Hari Ahad jarang la masak sebab ada plan nak keluar beli barang dapur. Lagipun takde idea nak masak sarapan apa. Dah alang-alang memang nak keluar beli barang dapur terus jela keluar cari sarapan.

Sarapan Pagi di Restoran Kuah

Kat Lipis ni banyak je kedai makan cuma yang kena dengan selera kami tak banyak. Kadang-kadang nampak penuh je kedai bila kami try makanan tak sesuai dengan tekak. Sekali tu jela pergi tak repeat dah.

Tanya anak-anak nak makan apa. Semuanya taktau. Bila bagi pilihan nak makan kat Kopi Stesen. 8.30 pagi baru keluar rumah. Sampai Kopi Stesen full house takde meja kosong. Selalu perasan kalau datang lebih kurang 8.30 pagi memang full dah. Datang awal dalam pukul 8 masih ada kosong.

Tukar plan la sarapan pagi di Restoran Kuah jela senang lepas siap sarapan boleh terus beli barang dapur di BS Freshmart. Sampai si Restoran Kuah tak ramai sangat pelanggan so ada la meja kosong. Kami duduk je terus pesanan diambil.

Macam biasa la kalau sarapan pagi di Restoran Kuah ni Cie makan capati jela. Anak-anak order roti canai. Bapaknya order nasi lemak ayam. Tambah 1 ketul ayam goreng buat ratah-ratah. Ayam goreng dia sedap macam ayam KFC dah.

Sarapan Pagi di Restoran Kuah

Sarapan Pagi di Restoran Kuah

Sarapan Pagi di Restoran Kuah

Sarapan Pagi di Restoran Kuah

Sarapan Pagi di Restoran Kuah

Ada pelbagai jenis menu kat Restoran Kuah tu. Selalu order yang biasa order jela. Nanti nak try rojak pulak. Ada nampak kat menu ada rojak. Sayangnya kedai dia takde cheese nan. Restoran ni dimiliki oleh warga Pakistan. Pekerja dia semua Pakistan.

Siap bersarapan kat situ terus la ke BS Freshmart jalan kaki je.