Sup Ke Masak Kicap?

7/13/2025 06:43:00 PTG
Lunch tadi tak masak. Tanya anak-anak nak makan ke tak jawapan masing-masing taknak. Husband pun taknak makan dia sarapan nasi lemak pagi tadi lepas tu singgah 7E Cafe dia ada beli pau dan curry puff dia sorang je habiskan kami semua taknak. Cie pun takde rasa lapar. 

Sup Ke Masak Kicap?

Tu yang menu lunch bertukar ke menu dinner. Cie plan nak masak sup ayam, telur dadar dan bayam goreng. Teringin pulak nak makan nasi kuah sup banjir. Kebetulan pulak Cie nak buat stok sambal kicap. Bila ada stok bawang goreng, Cie akan buat stok sambal kicap sekali.

Sup Ke Masak Kicap?

Sambal kicap Cie pulak tahan lama simpan dalam fridge jadi bila-bila nak makan dengan sup senang dah ada stok. Pisang goreng pun Cie makan dengan sambal kicap sejak duduk Johor dulu.

Sup Ke Masak Kicap?

Cie dulu belajar di Politeknik Johor Bharu jadinya mula-mula datang ke sana beli la pisang goreng tepi jalan tu. Tiba-tiba penjual tu bagi sekali sambal kicap. Kita ni dah pelik nak buat apa. Rupanya orang Johor memang makan pisang goreng ke tempe goreng ke dengan sambal kicap.

Mula rasa pelik tapi bila dah cuba rasa sedap pulak. Sejak tu la kalau makan pisang goreng dan ada sambal kicap Cie akan makan pisang goreng cicah sambal kicap. Lama jugak duduk Johor dulu 3 tahun sampai habis Diploma jadinya banyak la belajar makanan orang Johor. 

Cuma yong tau fu je tak boleh terima makan dengan sup. Hihi. Ada orang dah biasa makan yong tau fu dengan sup memang tak reti makan dengan kuah hitam tu. Ada orang suka, ada orang tak suka. Atas selera masing-masing. 

Cie reti makan tempe pun masa duduk Johor walaupun dulu mak masak je tempe tapi tak pernah rasa. Bila sampai Johor kat cafe poli ada kedai jual nasi campur buat sambal tempe kita pun try rasa sedap sejak tu la pandai makan tempe. Begitulah ceritanya.

So kembali kepada cerita menu dinner kita hari ni. Mulanya tadi Cie masak telur dadar dulu. Macam biasa la masak telur dadar nak bagi garing dan rangup kena goreng dengan minyak banyak dan telur tu kena campur bancuhan tepung jagung. Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan bancuhan telur tu.

Sup Ke Masak Kicap?

Bila dah toskan minyak ada la baki minyak. Cie pun goreng cili padi dan bawang putih untuk buat sambal kicap. Nak bagi tahan lama memang kena masak dulu. Lepas tu baru masukkan dalam blender bersama kicap dan bawang goreng. Lepas tu blend jela sampai hancur. Cumanya blender Cie ni rasanya blade tu dah tumpul so tak hancur sangat.

Cie pernah share dulu resipi buat sambal kicap masa buat mi sup. Tapi yang tu Cie tak letak bawang goreng. Cie letak bawang merah kecil tu je. Tadi sebab dah takde bawang merah kecil tu Cie dah habiskan buat bawang goreng. Jadi jugak sambal kicapnya cuma ada banyak cara. Arwah mak saudara pupu Cie dulu pernah ajar buat sambal kicap letak bawak goreng. 

Bila dah siap sambal kicap Cie tuangkan dalam  bekas tupperware dan simpan dalam fridge. Bila-bila nak makan nanti dah ada ready stock dalam fridge tu dan boleh cedok je. Sekali buat tak boleh sikit nanti tak bergerak pulak blender. Nak mudah buat banyak boleh simpan.

Menu seterusnya Cie masak bayam goreng. Tumis dengan bawang putih je. Simple je letak bahan perasa dah siap. Anak-anak ada masa makan bayam goreng, ada masa tak makan. Kalau makan pun daun je.

Sup Ke Masak Kicap?

Akhir sekali baru masak sup ayam. Sup ayam ke masak kicap? Ni alkisahnya kenapa sup ayam Cie tu dah hitam kuahnya macam ayam masak kicap. Tadi kan Cie buat sambal kicap dalam blender. Lepas tu kicap tu kan ada melekat pada blender tu jadinya sayang pulak nak buang kan. Cie pun tuang dalam periuk sup.

Sup Ke Masak Kicap?

Maka jadilah sup ayam Cie berwarna hitam. Hahaha. Menu nya tetap sup ayam dan bukan masak kicap. Nanti nak makan tak perlu dah letak sambal kicap sebab dah letak siap-siap. Mudah kan? Sama je pun mana-mana jangan nak lurus sangat sup mesti berwarna cerah. Kita inovasikan jadi sup berwarna gelap. Hihihi.

Daun sup tak boleh taburkan sekali sebab nanti anak-anak buang je tak makan bila tercedok daun tu. Tabur dalam pinggan sendiri je nanti. Limau tu nanti perah dalam pinggan masa nak makan. Cie akan makan nasi lepas tu letak kuah sup banjir. Memang sedap. Hari tu adik Rania dah follow macam ibu makan katanya sedap.

Awal siap masak tadi sebelum pukul 6. Ingatkan nak brisk walk kat luar. Elok je Cie siap masak guruh pun berdentum-dentum, hujan pun turun. Nak berjalan atas walking pad pun tak berani sebab guna elektrik jugak walking pad tu. Maka nya kita sambung berehat jela sambil mengadap blog.

14 ulasan:

  1. samala kak, saya pun tak pernah makan yong taufu dgn sup. baru tahu ada YTF sup masa baca blog kak nur haha

    BalasPadam
  2. Wahhh Sup memang sedap .... Taufik gatah gitu kalau da takde lauk lain pun jadi

    BalasPadam
  3. Sedap menunya sup tu hirup sedap boleh berpeluh makan dengan sambal kicap. ;)

    BalasPadam
  4. Sambal kicap ni buat sekali boleh simpan lama2 dalam esbok

    BalasPadam
  5. Gorengan dimakan dengan sambal, kalo di sini itu kebiasaan orang2 di Indonesia timur, macam Sulawesi, Flores, Ambon atau Papua. Dulu saya pun heran, tp lama2 memang sedap.

    Nah yong tau fu saya blm pernah coba makan dengan kuah hitam kak. Penasaran nak coba. Saya nih sebelum merasakan sendiri, blm bisa bilang suka atau tidak. Harus tahu dulu 😄

    BalasPadam
  6. YTF kuah sos dan YTF sup, dua-dua saya boleh terima. Biasanya YTF yang dijual di pasar malam tak ada pilihan, hanta kuah sos saja.
    Wah, sup ayam warna hitam ye Cie. Tak kisahlah warnanya kan. Janji jadi sup ayam.

    BalasPadam
  7. kita la tu, YTF dgn sup. rasa diet betul. masa mula2 dtg Selangor, rasa cam eh? kuah pekat apakah ini??? hiii... kita pun dilema sup ayam atau tomyam sebab nak makan dgn megi. akhirnya jadi tomyam.

    BalasPadam
  8. Sambal kicap campur dengan bawang goreng lagi sedap. Selalu buat mentah bila ada kawan ajar dgn bawang goreng lagi sedap rupanya. Apa pun cecah sambal kicap lagi syiok makan. Orang johor datang bertandang

    BalasPadam
  9. Sy mmg suka kalau sup daging cical cili kicap ni =D

    BalasPadam
  10. semua sedap....kicap cili kak mieja pun jenis buat banyak dan simpan, senang nk makan dah ada dalam fridge

    BalasPadam
  11. X kisah la sup ker kicap..janji org dalam rumah kenyang makan...

    BalasPadam
  12. betul tu atas selera masing2.. tp Ana lebih suka YTF kuah pedas hitam tu ehehehe

    BalasPadam
  13. Stok sambal kicap memang wajib ada dalam peti ais. Kami orang Johor tak reti kalau makan pisang goreng atau tempe goreng tanpa sambal kicap. Rasa pelik pulak kalau tak ada. hihi...
    kalau yong taufu suka makan dengan sos hitam. Ada sup, hirup je tak campur.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Dikuasakan oleh Blogger.