Terima Hadiah Top Komentator Blog Amie's Little Kitchen
Alhamdulillah hadiah bagi Top Komentator Blog Amie's Little Kitchen selamat dah mendarat dari Sabah ke Kuala Lipis semalam 4 Julai 2025.
Permulaannya pada 20 Jun 2025 hari tu Cie ternampak 1 entry bertajuk Top Komentator 01 Januari 2025 - 19 Jun 2025 Amie's Little Kitchen semasa Cie tengok reading list blog Cie untuk Cie blogwalking.
Cie pun klik la untuk baca dah tinggalkan jejak. Memang tak terfikir pun untuk jadi salah seorang dari top komentator tu. Cie tak pernah dapat 1st place. Tapinya ada la jugak masuk carta top 10 tu. Selalunya blogger lain bagi yang pemenang no1 je. Jadi memang tak pernah ada rezeki la.
Sekali baca tengok eh ada nama Cie la tersenarai dalam top 10 dan Cie tempat ke 8. Cie takdela terfikir Kak Amie nak bagi untuk top 10. Sekali baca ke bawah tengok eh Kak Amie nak bagi la.
Tak sangka la. Cie memang ada masa malam-malam je kalau hari bekerja nak blogwalking meninggalkan jejak kat blog kawan-kawan. Weekend jela banyak masa. Selalunya sempat la nak baca blog kawan-kawan.
Takdela terfikir nak menang ke apa. Memang tujuan blogwalking untuk beramah mesra di alam maya je. Kita datang rumah orang dan orang datang rumah kita berbalas kunjungan secara alam maya.
Alhamdulillah rezeki tersenarai la dalam pemenang. Kak Amie mintak Cie emelkan alamat. Laju-laju terus emelkan alamat.
Lepas tu terus lupa dah. Sehingga la semalam Cie balik rehat pukul 12 lebih tu turun dari kereta je ternampak parcel Gdex atas rak kasut.
Cie bermonolog sendiri jela. Ni mesti termometer jabatan yang Cie hantar untuk calibrate hari tu mereka dah siap buat dan return semula. Atau sample yang sales rep hantar.
Biasanya wakil Gdex ni memang buat alamat hospital pun dia hantar rumah jugak. Sebab dah kenal lama sejak 2012 dia selalu hantar stok Shaklee Cie masa buat bisnes dulu. Tu yang dia dah terbiasa kalau alamat hospital pun walaupun ada nama Cie dia akan hantar rumah.
Sangkaan Cie meleset bila baca alamat kat parcels tu tertulis alamat rumah Cie dan bila tengok alamat pengirim baru ingat oh ni mesti hadiah Top Komentator Blog Amie's Little Kitchen ni. Terus bawak masuk rumah dan unboxing terus.
Mula-mula pegang parcel tu rasa macam besar dah berat. Duk fikir lagi apa la Kak Amie bagi ni macam banyak je ni. Terus buka tengok ada 2 bungkusan. Dengan penuh sabar buka satu-satu.
Plastik pertama Cie buka ada banyak hadiah dalam tu.
- Tawau White Coffee
- Coin purse disulam manik
- Fridge magnet rumah terbalik Sabah
- Kain batik Sarawak (Cie agak je)
- Bekas berzip Brunei
Plastik kedua pulak taktau apa. Di bungkus dalam plastik Tawau Cocoa. Sekali buka tengok ada 2 jenis ikan bilis.
- Ikan bilis halus kecik
- Ikan bilis dah siap kopek.
Cie suka ikan bilis halus kecik tu goreng garing makan dengan nasi panas memang sedap. Selalunya beli online je yang tu susah nak cari yang elok kat Lipis ni. Rezeki dapat dari Kak Amie boleh buat stok simpan dalam fridge tahan lama.
Banyaknya hadiah kiriman Kak Amie ni. Terkejut jugak Cie sebabnya ni kali pertama Cie dapat hadiah sebanyak ni untuk hadiah Top Komentator.
Sebelum ni pernah je dapat hadiah dari rakan blogger tapi lama dah. Masa aktif dulu-dulu menang giveaway segment. Sekarang ni lama dah takde. Alhamdulillah untuk rezeki kali ni.
Cie memang suka baca blog Amie's Little Kitchen ni. Kak Amie tangkap gambar cantik-cantik. Lepas tu Kak Amie punya penceritaan tu menarik. Kak Amie juga seorang blogger yang sangat aktif. Page viewer jugak cecah puluhan juta dah. Memang adore sangat dengan blogger yang hebat macam ni.
![]() |
Top komentator terkini yang Cie baru screenshot tadi dah nombor 4 Cie. Hihi |
Blog Cie ni jauh lagi ketinggalan ke belakang. Walaupun dah buat blog sejak 2009 dan senyap sekejap dan buat blog baru pada 2011. Lepas tu on off update sehingga la 2024 Cie decide untuk kembali aktif semula nak menulis di blog ni selepas Cie dah tak buat bisnes dan dah tak aktif di Facebook.
So ada la masa nak menulis, nak blogwalking dan semua yang berkaitan dengan blog la. Kat blog ni seronok bercerita. Kawan-kawan blogger pun komen takdela nak kondem kita. Semuanya komen yang murni-murni je. Saling support each other.
Terima kasih banyak-banyak Kak Amie atas kiriman hadiah yang sangat bermakna ni. Semoga Kak Amie dilimpahkan rezeki melimpah ruah, dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan yang baik-baik untuk akak sekeluarga.
waaahhh bestnyaaa byk sgguh pemberian sis amie! tahniahhhh Cie!
BalasPadambestnya hadiah! congrats cie
BalasPadamAlhamdulillah. Parcel dah sampai. Dompet tu motif asli dari Sarawak, begitu juga kain batik. Ikan bilis halus itu pula dipanggil ikan bilis mata biru.
BalasPadamTahniah cie! Banyak dapat hadiah tu
BalasPadamSamala suka baca blog puan amie jugak sebab gambar cantik2!
Alhamdulillah..tahniah Cie...
BalasPadamSeronok dpt stok ikan bilis tu
Tahniah dapat hadiah menarik..
BalasPadamYeayyy.. dah sampai 🥰
BalasPadamTahniah Cie.
Sepanjang akak baca blog tak jumpa pula komen yang negatif..
semuanya molek-molek.
Blogger pun jenis yang menulis secara baik.
Wahh tahniah Cie!
BalasPadamAlhamdulillah..Tahniah Cie. Banyak hadiah yang kak Amie kirimkan. Tak pernah jemu datang blog kak Amie kan. Kita komen suka-suka je memeriahkan dunia blog. Kalau dapat hadiah tu satu rezeki.
BalasPadamTahniah Cie...semoga dimurahkan rezeki buat Kak Amie kan..banyak betul hadiah Kak Amie bagi...
BalasPadamBanyak hadiah kak Amie bagi. Tahniah, Cie. 👏
BalasPadam