Singgah 7E Cafe Dekat Rumah, Dapat Custard Danish Percuma!

Tengahari tadi lepas ambil adik Rania dari sekolah dia request nak beli ais krim 7E Cafe, Cie pun singgah la sekejap ke 7E Cafe yang dekat dengan rumah Cie tu senang sambil lalu. 

Dah alang-alang tu Cie nak beli terus la ice latte gula aren. Cadangnya nak singgah sebelum masuk kerja petang kang. Dah singgah tadi terus la beli.

Bila masuk 7E Cafe memang rambang mata la macam-macam ada cuma yang 7E Cafe dekat rumah Cie masih tak banyak pilihan makanan lagi. Husband pulak dah beli makanan lunch so takdela beli makanan lain tadi. Fokus beli ais krim dan ice latte jela.


Kad menu makanan 7E Café dengan senarai pilihan burger, pastri dan minuman



Bak kata blogger Mazni, Cie ni boleh jadi duta 7E dah. Hahaha. Post kat blog banyak cerita 7E Cafe je. Lagi-lagi sekarang ni ada 7E Cafe cawangan baru yang dekat sangat dengan rumah. Makin kerap la Cie singgah 7E Cafe tu.


Ice Latte Gula Aren – Segar dan Berbaloi


Pilihan pertama Cie tentulah minuman yang dah lama popular di 7E Cafe iaitu Ice Latte Gula Aren. Minuman ini memang antara best seller di 7E Cafe. Gula aren yang pekat dan aromatik di bahagian bawah cawan menjadikan rasa latte ini unik berbanding biasa. Bila dikacau rata, rasanya cukup seimbang antara pahit kopi, susu dan manis lemak gula aren.

Bagi penggemar kopi, ice latte ini memang sesuai. Harganya pun masih dalam kategori berpatutan berbanding minuman cafe lain. RM5.90 je untuk ice latte gula aren. Kalau ice latte RM4.90 je.


Ice Latte Gula Aren dalam cawan plastik 7E Café



Cie ni beli ice latte petang ni nak elak mengantuk la ni. Biasanya kalau petang Jumaat masuk office selepas rehat lama memang mengantuk la mengadap pc kat office tu. Ice latte 7E Cafe ni je yang boleh cerahkan mata Cie.


Aiskrim Coklat – Pemanis Petang


Tujuan utama nak singgah 7E Cafe tadi sebab nak beli ais krim la. Si adik Rania pau ibu. Pilihannya ialah chocolate soft serve dalam cup senang nak bawak balik rumah sebab beli 2. 1 untuk kakak Raisha dan 1 untuk adik Rania. Hanya ada flavour chocolate saja. Harga aiskrim cup RM3.90 dan kon RM2.90.


Aiskrim coklat dalam cup dari 7E

Aiskrim coklat dalam cup dari 7E



Lemak berkrim dan cukup rasa coklatnya. Teksturnya lembut dan cair perlahan bila makan, tak terlalu keras seperti aiskrim dalam bekas plastik. Aiskrim ini memang sesuai untuk anak-anak, tak terlalu manis dan portion nya sederhana.


Hadiah Percuma dari Cashier – Custard Danish Bread


Waktu di kaunter selepas membuat bayaran, adik cashier 7E cakap sambil keluarkan roti dari bawah kaunter, “kita bagi percuma je”. Cie tak tanya banyak la sempena apa. Cie ucap terima kasih je. Tengok expired date lambat lagi 6 Ogos. Saja bagi kot sempena opening.


Custard Danish Bread dalam bungkusan plastik dari 7E Café



Roti yang diberi ialah Custard Danish Bread 2 biji. Berintikan kastard lembut di tengah dan dibalut dengan pastri berlapis yang rangup di luar. Rotinya lembut dan aroma kastard dia harum sangat. Anak pun suka sebab tak terlalu manis.

Promosi seperti ini memang bagus untuk tarik pelanggan datang semula. Walaupun nilainya kecil, tapi kesan dari segi emosi dan pengalaman pelanggan sangat besar. Kita rasa dihargai dan disambut baik.


Tengok Produk CP di Rak – Burger & Roti Sosej Keju Cili


Sementara tunggu adik cashier siapkan air dan aiskrim tadi, sempat juga Cie snap gambar produk dari jenama CP (Charoen Pokphand) yang diletakkan di peti sejuk. 

Antaranya:

Burger Ayam Keju CP


Burger ini terdiri daripada patty ayam goreng yang rangup, disertakan dengan hirisan keju leleh dan roti burger yang lembut. Pembungkusannya menggunakan vakum plastik dan sesuai disimpan di rumah sebagai stok makanan segera. Burger ini boleh dipanaskan dalam microwave selama 1–2 minit dan sedia untuk dimakan.


Burger Ayam Keju CP dalam pembungkusan plastik



Sesuai untuk: Sarapan, bekalan ke tempat kerja atau sekolah atau hidangan petang cepat siap. Harga RM6.90.


Roti Sosej Keju Cili CP


Produk ini adalah gabungan menarik antara roti lembut, sosej ayam, keju cair dan sos cili ringan. Ia boleh dijadikan kudapan atau sarapan ekspres.


Roti Sosej Keju Cili CP dalam bungkusan plastik



Bungkusannya praktikal, boleh terus dipanaskan dalam microwave atau oven toaster tanpa perlu banyak persiapan. Harga RM6.90.


Burger Stik Ayam Lada Hitam CP


Yang ini agak unik, patty ayam tebal yang disalut perapan lada hitam beraroma, digabungkan dengan roti lembut serta sedikit sos. Sesuai untuk penggemar burger yang mahukan cita rasa lebih berempah. Patty-nya mesti juicy dan ada rasa ‘homemade grilled’. Harga RM6.90.


Burger Stik Ayam Lada Hitam CP dibungkus rapi



Produk ini nampak ringkas, tapi ada nilai tambah dari segi kepraktisan. Bagi ibu-ibu yang sibuk atau pelajar universiti yang tinggal sendiri, makanan begini sangat membantu. Next la beli dan try burger tu pulak.

Tahun lepas anak buah pergi Thailand ada la dia bagi burger CP tu sedap betul. Rupanya ada juga kat 7E Cafe Malaysia.


Apa yang Buat 7E Cafe Lain dari Biasa?


Sejak 7-Eleven memperkenalkan konsep 7E Cafe, suasana dalam kedai menjadi lebih ‘cozy’ dan mesra pelanggan.

Kedai ini juga lebih kemas susunannya, dengan pencahayaan yang lembut dan sedikit dekorasi moden. Jauh beza dari 7-Eleven tradisional yang kita kenal sejak dulu. Anak-anak pun suka bila nampak mesin aiskrim dan peti minuman yang penuh dengan pilihan menarik.


Tips Bila Singgah 7E Cafe


  • Tanya tentang promosi semasa – kadangkala ada promosi ‘Beli 1 Percuma 1’ atau ‘Percuma produk X dengan pembelian Y’.
  • Cuba minuman baru – 7E Cafe kerap perkenalkan menu minuman mengikut musim, seperti matcha latte, caramel macchiato, atau air soda berperisa buah.
  • Ambil gambar untuk blog atau media sosial – susunan makanan dan minuman di 7E Cafe biasanya sangat fotogenik!


Rezeki Tak Disangka dari Kunjungan Singkat


Kunjungan singkat tengahari tadi sebenarnya tak dirancang, tapi hasilnya cukup menggembirakan. Dari dapat menikmati ice latte sedap, aiskrim sejuk yang menyegarkan, hingga rezeki custard danish bread percuma semuanya menggembirakan hati. Ditambah pula dengan info baru tentang produk CP yang menarik untuk dicuba kemudian hari.

Kadang-kadang, momen kecil seperti ini yang menceriakan hari. Kita tak perlu keluar jauh atau belanja besar pun untuk nikmati sesuatu yang manis dan bermakna.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. dekat sini tak nampak lagi nie..tapi hr tu tengok tgh renovate, mungkin nanti berwajah baru...

    ehh, tengok sebelah, comelnya dia punya widget top komentator tu

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, rejeki dapat custard danish percuma. Murah juga ice-creamnya. Ok, boleh try lain kali.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.