Rutin mingguan seperti biasa selepas sarapan pagi di Kopi Stesen Kuala Lipis hari Sabtu baru ni, kami terus ke BS Fresh Mart untuk membeli stok bahan makanan basah seperti lauk dan sayur-sayuran. Selalunya kalau nak membeli bahan makanan mingguan ni memang kami ke BS Fresh Mart je. Lebih senang nak membeli.


Membeli Barang di BS Fresh Mart


Masuk je ke BS tengok keadaan agak lengang. Ke mana semua orang ni? Balik kampung ke? Atau pergi bercuti? Seronok sikit nak membeli tak perlu beratur panjang kat kaunter. Oleh kerana tak ramai orang Cie pun bercadang nak tebus SARA guna IC Cie pulak. 31 Ogos hari tu dah selesai tebus SARA (Sumbangan Asas Rahmah) 2025 guna IC husband.


Tebus SARA Guna IC Cie

Tak banyak pun barang Cie ambil tadi hanya ambil barang yang memang nak dibeli. Kiranya tak habis la RM100 tu. Nanti ada masa kita tebus lagi. Nasib baik SARA ni boleh carry forward bukan sekali pakai kena habiskan. Boleh la simpan untuk bila-bila pulak selagi belum sampai 31 Disember 2025.


Resit belian barang dapur tebus SARA 2025



Baki Boleh Di Bawa Ke Depan

Bagus juga kerajaan buat sistem baki boleh bawa ke depan ni. Takdela kita mesti kena habiskan terus. SARA Cie berbaki RM65.05. Nanti boleh guna untuk tebus makanan lain pulak. 


Apa Cie Beli Tadi?

Kebetulan Cie memang nak membeli sanitary pad dan berus gigi. Bila check dalam senarai boleh guna SARA. Lepas tu Cie ada beli juga santan KARA dan mi sedaap. Mulanya Cie ingatkan santan tu tak boleh. Cashier kata boleh je. So kira la sekali tadi total RM34.95. 


Seronok Dapat Guna SARA

Rasa seronok pulak dapat bantuan dari kerajaan ni. Merasa la RM100 tu banyak jugak. Tak kira golongan apa semua dapat asalkan berusia atas 18 tahun. Isi rumah Cie kami suami isteri jela yang boleh tebus SARA. Anak-anak tak layak. Yang dapat tu berbelanja la dengan baik. Kalau rasa taknak jangan tak tebus pulak. Tebus je dan bagi kepada sesiapa saja pun boleh.