Family Dinner di Horizon Garden Restaurant Kuantan

Selepas menempuh perjalanan 4 jam ke Kuantan semalam kami terus ke hotel check in. Nanti entri yang seterusnya la Cie cerita pasal hotel. Tunggu check out dulu. Kali ni nak cerita mengenai family dinner dulu la.

Pukul 8 malam tadi kami bergerak dari hotel ke Horizon Garden Restaurant Kuantan. Family dinner fully sponsor oleh Maksu dan Pakcu. Meriah la tadi family belah Maksu, family belah Pakcu dan family pengantin perempuan. 


Penulis di horizon garden restaurant kuantan

Kami sampai semua tengah makan, ada yang dah siap makan. Dapat berkumpul ramai-ramai meriah betul. Pakcu ni adik arwah mak mertua Cie. Kiranya pakcik Faiz la. Jarang jumpa dia kerja offshore. Selalu kalau kami ke rumahnya di Kemaman hanya ada Maksu.

Pakcu cakap bukan senang dapat berkumpul ramai-ramai ni. Yela selalunya kalau ada majlis apa-apa Pakcu takde. Maksu je ada. Pakcu jarang sangat ada di darat. Banyak di laut je.

Meriah betul menu dinner fully sponsor oleh Pakcu. Cie sempat la jeling ke meja cashier nampak la RM2380 semua sekali Pakcu bayar. Ramai jugak tadi Cie rasa lebih 10 meja. Dalam 12 meja kot. Mereka set up 1 meja 8 orang. Tapi sebab tadi meja tak cukup kami duduk tempat orang yang dah siap makan. Mereka cuma topup makanan je. Lebih 80 orang kot. 1 restaurant Pakcu book.

Cie segan nak snap gambar makanan. Takde pun orang snap gambar. Cie je yang curi-curi ambil. Kalau family belah Cie memang jenis handphone dulu makan, baru kita makan. Lepas tu share gambar siapa dah snap. Hahaha. Lagipun tadi Cie sampai orang dah makan. Jadinya tak sempat la nak snap meja yang dah terhidang. Ambil gambar mana yang sempat jela.

Menu masak apa pun Cie taktau. Cie senaraikan jela. Antara menu tadi:

  • Nasi putih
  • Ikan siakap tu macam masak style thai pedas-pedas sikit ada cili padi hijau.
  • Daging tu untuk yang mula-mula sebelum kami datang macam daging kicap. Yang kedua tu dihantar masa kami duduk, daging blackpepper hot plate. Sedap dagingnya lembut.
  • Ayam tu macam ayam lemon tapi bukan lemon. Macam sos sambal gitu la.
  • Tomyam campur
  • Udang butter
  • Sotong tu Cie rasa sotong telur masin. Cie tak makan sotong. Tanya anak-anak yang makan taktau rasa apa katanya celup tepung.
  • Tembikai 
  • Agar-agar
  • Air oren
  • Teh o panas
  • Ais kosong

Tomyam campur horizon garden restaurant kuantan

Dinner di horizon garden restaurant kuantan

Daging blackpepper hot plate

Fried chicken with sweet sour sauce di horizon garden restaurant

Menu semua sedap kat situ. Alhamdulillah rezeki Pakcu belanja. Semoga murah rezeki dan dipermudahkan urusan Pakcu sekeluarga.

Cie kali kedua dah makan di Horizon Garden tu. Kali pertama tahun 2016 masa dinner Mesyuarat Negeri Jabatan Dietetik dan Sajian Pahang. Kami dinner di tingkat atas. Semalam tu di tingkat bawah je. Ada Facebook boleh la tengok semula memory yang lepas.

Memory facebook dinner di horizon garden kuantan tahun 2016

Memory facebook dinner di horizon garden kuantan tahun 2016

Lepas dah settle family dinner. Pusing-pusing Teluk Cempedak dan Bandar Kuantan. Lepas tu balik hotel semula.


Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Meriah makan ramai-ramai. Alhamdulillah ada orang belanja. Besar jumlahnya tu, gaji offshore pun besar. Betul, susah nak jumpa kalau kerja offshore ni. Macam abang saya dulu 2 minggu cuti 2 minggu kerja di Kerteh.
    Semoga bertambah-tambah rezeki yang belanja. Kita segan nak ambil gambar kalau dah ramai-ramai tu. huhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la tapi kalau tak ambil gambar takde modal nak tulis blog 😁. Kena la ambil jugak.

      Padam
  2. Alhamdulillah. Semoga berlipatganda Allah berikan rezeki untuk Pakcu.
    Betul, memang rasa segan hendak ambil gambar makanan kalau dah ramai-ramai begitu.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah rezeki, semoga dimurahkan rezeki Pakcu yg belanja

    BalasPadam
  4. Orang keja offshore gaji lebat :)
    Semoga bertambah berkat rezeki Pakcu sekeluarga 🤲🏻

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.