Tahun ini 31 Ogos jatuh pada hari Ahad, jadi hari Isnin 1 September diberikan cuti gantian. Cie ambil peluang ini untuk luangkan masa bersama anak-anak dengan keluar lunch bertiga di MyKori Kuala Lipis. Faiz takde dia ke Putrajaya hantar barang abang dia. Jadinya untuk makan 3 orang je malas nak masak. Tu yang ajak anak-anak lunch di MyKori jela.
Bagi yang mungkin belum biasa, Mykori Malaysia ialah rangkaian frozen dessert café yang diinspirasikan daripada pencuci mulut Jepun, khususnya kakigori. Mereka terkenal dengan gaya unik, inovasi berterusan dan pencuci mulut yang dibuat daripada bahan premium untuk memberikan rasa yang luar biasa.
Namun, Mykori bukan sekadar pencuci mulut. Menu mereka juga menawarkan pilihan Korean fried chicken specialties dan hidangan panas lain yang sesuai dinikmati pada bila-bila masa sama ada hari hujan, waktu santai atau ketika meraikan detik istimewa bersama keluarga dan rakan.
Lokasi Mykori di Kuala Lipis ini agak strategik, mudah dicari dan suasananya sesuai untuk makan bersama keluarga kecil seperti kami.
Suasana & Konsep MyKori Kuala Lipis
Dari luar MyKori Kuala Lipis kelihatan seperti kedai biasa je. Bahagian dalamnya dihiasi dengan gaya minimalis meja kayu dan kerusi ringkas yang memberi rasa selesa. Ada juga bahagian tempat duduk untuk 4-5 orang, ada juga tempat duduk untuk 2 orang je.
Kelebihan MyKori ialah pelanggan bukan saja boleh datang untuk pencuci mulut, tapi juga untuk hidangan utama. Jadi, ia sesuai untuk lunch, dinner atau sekadar lepak minum petang. Pada waktu kami datang, ada beberapa keluarga lain serta pasangan yang sedang menjamu selera.
Menu Lunch Kami Bertiga
Cie memilih untuk pesan dua set Signature Chikin Combo dengan tambahan side dish berbeza serta satu pencuci mulut Honeydew Kakigori sebagai pelengkap. Anak-anak pula memang suka Signature Chikin Combo tu. Kali pertama kami makan kat MyKori ni dulu pun order menu sama je.
Signature Chikin Combo – Honey Butter Sauce
Harga: RM28.90
Set combo pertama Cie pilih ialah ayam goreng dengan sos Honey Butter. Dalam set ini ada 6 ketul Winglets dan Drummets serta air boleh pilih mana yang kita nak. Kakak Raisha pilih Peach Tea Iced. Anak-anak request add on Spicy Ramyeon so kena tambah RM5.00.
Sos honey butter ini memang lain daripada biasa. Tekstur ayam rangup di luar tapi lembut di dalam, disalut dengan rasa manis dan sedikit masin daripada butter. Anak-anak suka sangat sebab rasa dia ringan dan tidak pedas. Macam rasa kicap manis pun ye sebab warna sos gelap. Spicy ramyeon pula memberi keseimbangan dengan rasa pedas manis ala Korea. Peach tea iced menambahkan kesegaran, sesuai sangat digandingkan dengan menu ni.
Signature Chikin Combo – Snow Cheese
Harga: RM28.90
Set kedua pula ialah ayam dengan salutan Snow Cheese. Kandungan set sama iaitu 6 ketul Winglets + Drummets (6 keping), air pilihan adik Rania Blackcurrant Soda Ice dan add on Skin On Fries 150gm dengan tambahan bayaran RM5.00.
Snow Cheese ni memang padu! Salutan keju halus-halus menyaluti ayam goreng panas membuatkan setiap gigitan terasa lemak dan sedikit masin. Skin on fries pula rangup di luar, lembut di dalam dan lebih ‘pure’ rasanya kerana masih ada kulit kentang. Blackcurrant soda pula memberi rasa masam manis berkarbonat yang seimbang selepas makan ayam cheesy.
Bagi set Signature Chikin Combo ni sepatutnya ada Kimchi percuma tapi sebab takde siapa suka makan kami tak ambil. Selalunya cashier akan tanya nak ke taknak.
Honeydew Kakigori
Harga: RM20.00
Tak lengkap kalau ke MyKori tanpa mencuba kakigori. Kali ini kami pilih Honeydew Kakigori. Hidangan ini berupa ais kisar halus gebu dengan perisa honeydew yang segar, ditambah potongan buah honeydew segar serta topping manis. Bahagian dalamnya ada sedikit krim yang membuatkan rasanya lebih lemak dan creamy. Atas buah honeydew tu ada taburan badam rangup.
Honeydew kakigori ini menjadi penutup yang sempurna untuk lunch kami. Tekstur ais yang lembut cair di mulut, rasa buah semula jadi yang tidak terlalu manis, memang menyejukkan badan. Anak-anak pula memang seronok berkongsi satu mangkuk besar.
Portion & Harga Berbaloi
Bagi Cie, portion setiap set Signature Chikin Combo cukup mengenyangkan. Dengan harga RM28.90 pelanggan dapat ayam goreng 6 keping, side dish dan minuman. Tambahan pula kalau ambil add on macam ramyeon atau fries, memang cukup untuk makan tengah hari yang memuaskan.
Honeydew Kakigori pula memang agak mahal sedikit (RM20.00), tapi portionnya besar dan sesuai dikongsi. Kalau makan seorang, mungkin terlalu banyak.
Secara keseluruhan, lunch bertiga kami hari itu memang berbaloi total harga sekitar RM77.80. Dengan suasana selesa, makanan yang sedap, serta anak-anak yang happy, rasa puas hati sangat.
Layanan & Servis di MyKori Kuala Lipis
Staf di MyKori Kuala Lipis mesra dan cepat melayan. Kita masuk je boleh terus ambil buku menu dan belek-belek menu. Jika dah bersedia nak order boleh terus ke kaunter. Pesanan makanan di MyKori ni dibuat kat kaunter. Order kami diambil dengan pantas, makanan pun tidak mengambil masa lama untuk disediakan. Makanan pun self service. Nombor pada resit akan dipanggil menggunakan mesin panggilan jika makanan kita telah disiapkan dan diletak atas kaunter. Cie perasan staf mereka terlatih untuk menjaga presentation makanan agar nampak menarik ketika dihidangkan.
Satu lagi yang Cie suka, kafe ini bersih dan kemas. Meja segera dibersihkan selepas pelanggan selesai makan, jadi suasana sentiasa nampak teratur.
Kenapa Pilih MyKori Sebagai Destinasi Lunch?
Ada beberapa sebab kenapa Cie pilih MyKori Kuala Lipis untuk lunch bersama anak-anak:
- Pilihan menu pelbagai – bukan saja dessert tapi juga ada makanan utama.
- Suasana selesa – sesuai untuk family, couple, atau kawan-kawan.
- Portion besar – satu set boleh dikongsi dua orang kalau tak makan banyak.
- Lokasi mudah – terletak di kawasan strategik Kuala Lipis.
Bagi yang ada anak remaja atau keluarga kecil, MyKori boleh jadi tempat pilihan untuk menikmati makan bersama tanpa terlalu formal dan santai-santai di hari cuti.
Pilihan Terbaik untuk Lunch
Cuti gantian kali ini saya pilih untuk habiskan masa bersama anak-anak dengan keluar makan di MyKori Kuala Lipis. Walaupun ringkas sahaja, lunch kami bertiga terasa istimewa. Ayam rangup dengan sos pilihan, pencuci mulut kakigori yang sejuk segar dan gelak tawa anak-anak cukup melengkapkan hari Isnin itu. Rasanya kami akan datang lagi, sebab sekali cuba memang susah nak lupa.
12 Ulasan
Pernah sekali ke MyKori dekat Nilai.
BalasPadamOkay lah makanannya...
Budak2 zaman sekarang suka la.
Padamsedapnya makan kat situ. pasti anak2 suka. cuma di kelantan ni belum jumpa outlet ini...
BalasPadamBudak2 sekarang ni suka la makanan korea jepun.
PadamFeberat anak-anak ni.
BalasPadamBetul tu budak2 sekarang ni fav makanan macam ni.
PadamMenu macam ni anak-anak saya sukalah..
BalasPadamYe anak2 semua suka makanan camni.
Padamthank you Cie, review. sangat berguna ye.
BalasPadamada satu di sini, teringin nak makan sini tapiii takut tak pandai nak order.
Tunjuk2 je cha 😆. Kami pun tak pandai order jugak.
PadamSedapnya tgk chicken wings & air tu =q
BalasPadamYe sedap rasa tak cukup banyak tu tapi mengenangkan rege tu makan jela sikit2 😁
PadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.