Fikir punya fikir cuti jela Jumaat. Cuti Rehat (CR) ada banyak lagi. Petang nanti nak ke Kuantan pulak untuk hadir majlis sambut menantu Mr Pilot dan Mrs Pilot. Last minute plan sebenarnya. Pada mulanya Faiz taknak pergi sebab minggu lepas dah hadir kenduri sebelah perempuan. Maksu beria ajak macam segan pulak tak pergi.
Semalam Maksu whatsapp lagi tanya last katanya Maksu nak book bilik. Maksu dan Pakcu sponsor bilik semua untuk anak-anak buah. Cie cakap kat Faiz ikut jela. Malam ni pun ada dinner jugak tak pasti la kami sempat join ke tak. Faiz kerja hari ni. Lepas dia balik kerja la baru gerak ke Kuantan 3 jam.
Baju semua siap masuk luggage dah tadi sebelum Cie masak menu breakfast pagi ni Nasi Lemak Homemade. Masak banyak terus untuk breakfast dan lunch sekali. Senang sekali arung je masak.
Nasi Lemak Beras Basmathi Kukus
Cie masak nasi lemak selalunya Cie suka kukus. Nasinya lebih lembut. Cie guna beras basmathi memang elok kejadiannya. Guna santan KARA je. Lepas solat subuh pagi tadi keluar rumah ambil daun pandan. Tanam sendiri je dalam pasu senang nak guna. Nasi lemak letak daun pandan wangi la baunya.
Sambal Udang Menu Utama
Kalau ada nasi lemak, wajib ada sambal. Cie masak Sambal Udang. Tengok dalam fridge ada udang Faiz beli weekend hari tu. Kita jadikannya Sambal Udang untuk menu utama menu Nasi Lemak Homemade kita.
Buat Sambal Udang makin berselera anak-anak makan. Cie guna cili kering yidu so tak pedas. Ada campur jugak cili kering yang kerinting tu. Adik Rania tak makan pedas. Kena la masak sambal tak pedas.
Ikan Bilis Goreng Garing
Tak lengkap menu Nasi Lemak kalau takde ikan bilis kan. Cie goreng garing je ikan bilis tu. Makan dengan Sambal Udang memang ngam. Lengkap rasa Nasi Lemak Homemade. Ikan bilis tu kakak Cie bagi hari tu. Dia beli kat TikTok murah katanya.
Telur Kukus
Cie tak rebus telur tapi Cie kukus je. Senang nak kupas kulit kalau kukus. Selalunya kalau masak Nasi Lemak Kukus memang Cie akan kukus telur. Letak je dalam pengukus tu. Pengukus Cie besar. Beras letak dalam mangkuk stainless steel. Tepi mangkuk tu ada space dalam pengukus tu so letak je telur kat situ.
Ada orang buat letak telur sekali dalam beras tu. Cie nasihatkan kalau ada yang pernah buat macam tu seeloknya elakkan la. Takut kulit telur tu tak dibersihkan ada bakteria salmonella melekat nanti terkena nasi kita tu. Dah jadi keracunan.
Bahan Sampingan Perlu Ada Untuk Menu Nasi Lemak Homemade
Menu Nasi Lemak kena ada bahan sampingan baru la lengkap. Bahan sampingan yang ada hari ni Cie sediakan:
Timun ni memang menu wajib untuk nasi lemak. Tak lengkap nasi lemak kalau takde timun. Cie guna timun jepun lebih rangup.
Keropok dan papadom pun jadi pelengkap kepada menu Nasi Lemak Homemade. Papadom tu Cie saja goreng semalam makan dengan Ayam Briyani dan Acar Timun. Keropok baru goreng pagi tadi. Makan dengan Nasi Lemak memang ngam.
Nasi Lemak Homemade Menu Breakfast dan Lunch Sekaligus
Oleh kerana malas dah nak masak banyak kali, maka nya Cie masak je banyak terus Nasi Lemak 3 cawan. Tadi dah makan 3 beranak untuk sarapan, so ada balance lagi tu nanti repeat makan waktu lunch pulak. Boleh la berehat sambil mengadap blog je hari ni.
Cie masih mencari pemenang untuk Giveaway Anniversary Cie. Yang belum join boleh tengok kat Sidebar Cie ada pinned artikel GA kat situ. Boleh la zahirkan ucapan terpaling menarik hati untuk Cie pilih sebagai pemenang. Tarikh tutup 23 September 2025.
18 Ulasan
biasa menu nasi lemak mmg senang cover bfast & lunch trus
BalasPadamAah sekali arung je senang.
PadamWow sedapnya...I loike sambal udang =D
BalasPadamSama la rumah Cie pun suka sambal udang.
PadamCukup lengkap nasi lemak sekeluarga. Sambal udang tu nampak menggoda selera.
BalasPadamHidangan lengkap untuk seisi keluarga.
PadamSedapnya nasi lemak dikawankan dengan sambal udang. Ramai jugak tu dayang² lain, mesti berselera anak² makan. Hati² Cie perjalanan ke Kuantan tu. Baiknya moksu sponsor bilik.
BalasPadamAlhamdulillah berselera semua makan nasi lemak. Rezeki Maksu & Pakcu sponsor.
PadamSedap nasi lemak, sambal udang..
BalasPadamAlhamdulillah ngam menu ni.
Padamserve atas pinggan baru Ikea ke tu
BalasPadamYes sudah pasti 😆. Nyesal jugak beli 2 je. Takpe boleh jadi alasan untuk grab lagi next time.
PadamEh ada penampakan pinggan Ikea di situ hehe ...
BalasPadamOh ada GA ye? Nanti akk join kalau sempat In Sha Allah
Ye GA senang je tulis komen ucapan je 😁. Dah beli mesti kena guna pinggan tu 😆
PadamAhkak pun kalau hari minggu buat nasi lemak je senang. Dari pagi sampai malam. hehehehe
BalasPadamKannn. Repeat la makan menu tu je.
Padamsedapnyaaaa cie.....nasi lemak beras basmathi....selamat bercuti jugak...
BalasPadamAah guna beras basmathi sedap nasi lemak.
PadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.