Nasi Goreng Kampung & Ayam Celup Tepung: Menu Malam Ringkas dan Sedap

Minggu ni adik Rania ada Peperiksaan Percubaan UPKK bermula 8 September hingga 11 September 2025. Hari semalam ustazah minta semua pelajar stayback kat sekolah KAFA selepas habis peperiksaan sebelah petang sehingga la 9.00 malam baru boleh balik. Mereka nak ulangkaji sama-sama.

So sebelah petang, jam 6 ustazah minta semua penjaga hantar makanan untuk anak-anak. Baju persalinan dan kain sembahyang adik Rania dah bawak siap-siap sebelum ke KAFA jam 2 petang. Cie pun taktau nak masak apa untuk mudah nak hantar dan adik Rania nak makan.


Hidangan lengkap menu dinner nasi goreng kampung, ayam celup tepung, ulam dan keropok


Nasi Goreng Kampung Menu Malam Paling Ringkas

Terdetik idea nak masak nasi goreng kampung jela untuk dinner semalam. Balik rehat tu Cie masak terus nasi. Jadinya balik kerja 5 petang terus boleh masak nasi goreng. Kebetulan sayur kangkung weekend hari tu Cie ada tinggal sikit kiranya memang plan nak masak nasi goreng letak kangkung la.

Bahan nasi goreng Cie pun simple je. Cie masuk je bawang putih, bawang besar dan sedikit ikan bilis dalam chopper. Letak air sikit. Blend sampai hancur lepas tu airnya Cie tapis. Punya la malas nak menumbuk. Kalau nak asli nasi goreng kampung, bahannya kena tumbuk. Tak kuasa la makcik nak cepat.


Nasi goreng kampung



Siap dah chop bahan lepas tu panaskan minyak dan tumis la sampai garing. Masukkan kangkung bagi kecut kejap terus masukkan nasi dan bahan perasa. Kacau la sampai sebati. Dah siap dah. Takde haiwan dalam nasi kecuali ikan bilis je.


Ayam Celup Tepung Rangup & Sedap

Oleh kerana dalam nasi kita tadi takde sumber protein dari haiwan, maka kita tambah la ayam goreng celup tepung yang rangup di luar dan isinya lembut di dalam. Pelengkap la untuk hidangan nasi goreng kampung kita. Kalau letak dalam nasi terus biasanya anak-anak tak makan. Jadinya ibu buat la celup tepung, anak-anak suka.


Ayam celup tepung goreng rangup


Ulam Timun dan Tomato Ceri Pelengkap Hidangan

Dalam nasi goreng kampung tu ada sikit je kangkung, kiranya tak lengkap la sumber vitamin. Jadi Cie tambah la ulam timun dan tomato ceri. Sedap juga makan nasi goreng dengan ulam. Ni style Cie la. Suka makan banyak sayur.


Keropok Goreng Teman Setia Hidangan Malam

Family Cie kalau makan makanan bergoreng macam mi goreng, nasi goreng mesti kena ada hidangan sampingan keropok goreng. Memang sentiasa standby stok keropok keping tu. Kakak Raisha tolong goreng keropok. Sambil berborak dengan ibu buat nasi goreng, sambil la dia menggoreng keropok. Sudahnya keropok dah terlebih masak. 


Tambahan Sambal Goreng Tempoyak Petai

Nasi goreng kampung Cie ni tak pedas. Memang tak letak cili pun sebab dah plan nak makan dengan sambal goreng tempoyak petai yang Cie buat stok weekend hari tu. Simpan dalam fridge dan bila nak makan panaskan sekejap.


Nasi Bungkus Untuk Adik Rania

Bila takde idea nak masak apa, nasi goreng la penyelamat untuk menu dinner seisi keluarga. Siap masak sebelum jam 6 petang. Pukul 6 Faiz pergi sekolah KAFA hantar nasi goreng untuk anak daranya. Cie bekalkan sekali teh o ais. Hari ni dan esok taktau nak masak apa pulak. Ustazah cakap anak-anak nak stay lagi kat KAFA. Maka nya kena la masak dan hantar makanan lagi.


Bungkusan nasi goreng kampung Dan teh o ais untuk adik rania

Bungkusan nasi goreng kampung untuk adik rania



Rezeki Tak Terduga

Siap je Cie masak semalam tu, Kak Ngah datang rumah Cie. Dia hantar ikan abang Cie yang dari Pekan tu bawak balik kampung weekend hari tu. Lepas tu sebungkus ikan bilis Kak Long beli masa pergi Manjung minggu lepas.


Ikan bilis Jamilah hasil laut kering

Ikan sungai segar untuk dimasak

 
Kebetulan Kak Ngah pergi beli barang dapur tu terus singgah rumah Cie. Dia bawak jugak air mangga dan waffle untuk anak-anak saudara dia tu. Cie dan kakak Raisha jela makan. Adik Rania kat sekolah KAFA.

Begitulah kisah hari Isnin yang dah berlalu. Hari Selasa baru la kita ceritakan di sini kisah hari Isnin. Dah target setiap hari 1 artikel. Semoga terlaksana la.




Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Rajin dan komited ustazahnya. Sekolah KAFA anak ammi, buat bengkel setiap Rabu je dan selebihnya pandai2 ibu ayahlah nak usahakan utk anak

    BalasPadam
  2. Best juga cerita dari Cie.. berjaya baca sampai habis tanpa skip.. semoga berjaya 1 hari 1 entri :)

    BalasPadam
  3. Bagus betul sekolah KAFA Rania ye, Saban hari ada program utk UPKK ni. Komited ustazahnya.
    Nasi goreng ni makan la bila pun, tak pernah jemu

    BalasPadam
  4. Menu ringkas tu mudah...rezeki tu dpt ikan..

    BalasPadam
  5. Bagus ustazah kan....wah rezeki x di duga tu..dapat ikan..best!!!

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah rezeki..Bnyk ikannya tu =D

    BalasPadam
  7. Paling senang nak buat nasi gorenglah. Wah bestnya dapat ikan. Rezeki jangan ditolak kan.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah pelbagai rezeki Cie, sama malam tadi pun kak ana masak nasi goreng cina ajer :)

    BalasPadam
  9. Bagus ustazahnya ada buat extra class untuka murid-murid. Harapnya murid-murid ambil peluang lebih fokus lagi belajar untuk dapatkan keputusan cemerlang.
    Senang masak nasi goreng je. Ada ayam goreng dan ulaman buat tambah selera makan.

    BalasPadam
  10. Kita geng lah, malas nak tumbuk², chop aje yang senang. Sedap tu NGK kawankan dgn ayam celup tepung.

    BalasPadam
  11. Kita pun sama, nak masak nasi goreng kisar bawang , cili guna chopper je sekarang. Lebih senang dan cepat, takde nak tumbuk-tumbuk lagi.

    BalasPadam
  12. Kita sama kak, suka kerupuk 😄. Saya kalo makan, biasanya wajib ada kerupuk. Apapun jenis masakan..makanya selalu sedia kerupuk udang dan kerupuk ikan mentah di rumah. Jadi tinggal goreng kalau habis.

    Nasgor kampung ini saya sukaaaa. Krn pakai sayur. Walaupun anak2 tak suka kalau saya tambahkan sayur di nasgor mereka, tp saya paksa makan 😄. Biar terbiasa dengan sayuran

    BalasPadam
  13. dah nak dekat exam ni memang cikgu2 bersungguh buat kelas tambahan supaya anak2 dapat skor yg terbaik. all the best rania!
    nasi goreng tambah dgn ayam celup tepung mmng combination yg best

    BalasPadam
  14. Nasi goreng kampung memang ngamlah ada kangkung. Akak geram kalau order NGK kat kedai ada hirisan ayam. Bilis sudah mencukupi.

    BalasPadam
  15. Banyak ikan bilis tu. Buat nasi lemak sedap.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.