Mak-mak ni selalu berfikiran jauh. Kuantan - Lipis 4 hingga 5 jam jugak. Kalau lepas kenduri nak mencari kedai uniform, lepas tu nak gerak balik Lipis memang penat la. So malam tu lepas balik dari dinner di Horizon Garden Cie terus search hotel mana yang masih available. Masa tu dah mengantuk sangat Cie stop la pencarian. Dah dapat beberapa short listed hotel mana yang ok berdasarkan review.
Pagi Sabtu tu lepas je solat Subuh Cie teruskan pencarian hotel. Dapat la hotel yang kami nampak sewaktu ke tempat dinner tu. Nampak best sebab berdepan je dengan Kuantan City Mall. Plan nak shopping jalan kaki je. Rupanya tak sempat pun nak pergi shopping. Tapi takpela best jugak hotel tu.
Rocana Hotel Kuantan
Selepas siap mendobi baju kat dobi area Sri Manja Hotel kami terus check in kat Rocana Hotel. Cie book kat situ setelah membaca beberapa review. Situ je yang ada bilik bersesuaian dengan bajet kami. Harga 1 malam bagi bilik Superior Hollywood Twin Room RM200.21 selepas ditolak segala diskaun dan tanpa sarapan pagi.
Booking Melalui Agoda dan Shopback
Cie book melalui Agoda dan tak lupa perlu melalui Shopback jugak supaya dapat cashback nanti. Agoda ni rendah sikit cashback hanya RM6.74 dan lambat pulak tu nanti confirmed masuk akaun. Yang Traveloka tinggi dan cepat masuk akaun. Tapi sebab Traveloka takde tawaran menarik masa tu. Booking jela dengan Agoda.
Check In di Rocana Hotel
Waktu check in hanya ada seorang sahaja guest sebelum Cie tengah uruskan check in. Ada 2 orang receptionist bertugas so Cie terus ke kaunter sebelah kanan. Beliau menanyakan booking atas nama siapa. Cie pun bagitau nama Cie dan hulurkan IC.
Receptionist print details booking minta Cie sign dan tulis details sikit lepas tu nombor plet kereta. Selepas selesai memberikan butiran, Cie perlu membayar cukai negeri Pahang sebanyak RM3. Kalau check in hotel kat Pahang memang kena bayar cukai tu.
Selepas itu Cie diberikan access card dan nombor bilik serta wifi ID dan password. Kami terus ke bilik untuk membersihkan diri dan solat sebelum misi mencari baju uniform KRS kakak Raisha.
Jenis Bilik dan Kemudahan
Bilik yang Cie booking tu namanya Superior Hollywood Twin Room. Cie ingatkan decoration ala hollywood la. Takde apa pun. Katil single 2 biji. Kami cantumkan so muat la kami 4 beranak.
Kemudahan yang disediakan basic saja antaranya:
- Bathroom shower
- Shampoo dan shower gel dilekatkan di dinding
- Vanity kit dan sanitary bag
- Coffee and tea making facilities with kettle
- Air minuman 2 botol
- Hair dryer
- Inner safe
- Laundry bag
- Towel 2 helai
- Alas kaki 1 helai
- Almari pakaian beserta hanger
- Mini fridge
Bilik air nya agak luas jugak dipisahkan antara tandas, ruang sinki dan ruang mandi. Air panas juga ada seperti biasa di shower dan sinki.
Keluasan biliknya pun agak luas memanjang. Ada meja make up, side table, ada kerusi, ada televisyen pelbagai channel.
Setiap katil ada 2 bantal kepala dan 1 bantal tu kecil sikit dari bantal kepala. Kiranya 3 biji bantal untuk 1 katil. Cukup la untuk kami 4 beranak 1 sorang bantal dan ada extra bantal lagi.
Bilik view bandar Kuantan. Nampak la Menara 188 tu dari kejauhan. Kalau malam nampak la lampunya. Gambar di bawah ni Cie zoom. Tak berapa cantik la.
Iron tidak disediakan di dalam bilik. Ada ruang tempat untuk iron. Cie tak guna pun sebab sebelum tu dah iron di Sri Manja baju yang nak balik.
Water station disediakan bersebelahan lif. Kalau nak refill air boleh la ambil di situ.
Parking agak terhad. Disediakan parking di basement tapi hanya untuk 10 kereta je kot boleh parking kalau tak silap Cie. Bahagian tepi hotel ada juga parking tapi agak terhad juga. Parking awam ada tapi kena bayar setiap hari hingga 5.30 petang dan percuma pada hari Ahad.
Kemudahan sarapan Cie tak boleh komen sebabnya bilik Cie tu tanpa sarapan. Memang harga yang diberikan tu tanpa sarapan. Kalau nak tambah sarapan kena charge RM30 kalau tak silap Cie tengok kat Agoda tu, tak berbaloi. Masa check in Cie tengok ruang restoran untuk buffet tu nampak sikit je ruang, mesti makanan biasa je.
Pengalaman Menginap 1 Malam
Bagi Cie selesa juga menginap di Rocana Hotel tu. Bilik agak luas jugak. Keadaan bilik pun bersih. Berdekatan dengan banyak kedai-kedai serta shopping mall. Cuma waktu check out mereka awal sikit 11.00 pagi. Selalunya waktu check out 12 tengahari.
Kami ngam check out 11 pagi dan terus keluar mencari makan tengahari terus. Sebelah pagi tu anak-anak makan goodies yang Toksu mereka bagi je. Ada kek, biskut dan lain-lain.
Seperti biasa sebelum balik sempat la mirror selfie dalan bilik. Rutin biasa kami kalau check in mana-mana mesti snap gambar kenangan. Faiz je tak masuk masa tu. Entah dia buat apa. Rasanya dia mandi masa tu. Bila dia dah bersiap terlupa dah nak repeat ambil gambar.
9 Ulasan
Menarik jugak hotel ni. Jika ke Kuantan kadang² keliru nak pilih hotel. Best ni banyak kedai² keperluan berdekatan.
BalasPadamNampak macam cukup lengkap.
BalasPadamBilik luas dan selesa walaupun memanjang gitu kan. Mujur juga boleh rapatkan katil. Kadang ada hotel yang fixed tak boleh nak rapat. Berdekatan dengan kedai-kedai tu okaylah, kalau lapar senang nak beli makanan. Cantik juga permandangan malam nampak menara.
BalasPadamKuantan banyak hotel kan...kalau pergi lagi nanti boleh la try hotel ni...
BalasPadamowh hotel ni kat tepi River Front tu ke Cie, sebab boleh nampak menara kan :) Senang makan situ kan
BalasPadamNot bad jgk kalau dkt dgn mall =D
BalasPadamTak perasan kat mana hotel ni, boleh la suggest pada kawan2 lain nanti.
BalasPadamtk brp suka kalo dlm bilik hotel tkde iron tp nasibaik la skarang tudung jenis sarung so ironless
BalasPadamNampak macam selesa ja hotel ni.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.